Tuesday, February 22, 2011

mEnGuNdi


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sari berita utama. Saya dah mengundi. Yeay. Itu je point nak bagitahu. Sekarang ni mood tengah semangat nak buat assignment jadi tak boleh merepek panjang lebar. Saya jugak tak boleh nak berkempen macam Kak Tiya since she was the campaign manager for her kesayangan jadi saya cuma duduk atas pagaq saja tak mahu komen apa-apa tentang calon-calon MPP Akademi Pengajian Bahasa tu. Kang tak pasal-pasal blog aku kena ban kau nak jawab? Haa, ayat aku bukan calang-calang kau kena tahu tu...




All I can say is Kenanga memang indah sejak semalam. Dengan kertas bergantungan, berkibar-kibar dah rasa macam hari sukan sekolah dah. Bukan Kenanga je actually satu UiTM lah senang cerita. Tapi tak kuasalah akak nak pergi satu-satu fakulti snap banner poster segala dekat sana kan. Nanti orang cakap kau kenapa gila? TERsnap sekitar kenanga ni pon dah besar nikmat dah tau.



First thing dalam kepala hotak, kenapa poster jarak-jarak? Ok, ekonomi gawat tak boleh fotostat banyak-banyak kertas.



2nd thing dalam kepala, kenapa perlu 'We Love U"? Tak ada unsur kempen di situ haa kan dah keluar analysis grammar. Tapi ok lah sebab ada pangkah sebelah nama syafik tu kan. faham, faham...



3rd thing dalam kepala. simple. terus faham. undilah zam!



4th thing dalam kepala batu. Seravut tapi meriah. Tapi memang seravutlah.



Cuma part yang tak berapa nak faham tu macam mana pagi-pagi aku begitu semangat ambik gambar ni segala, tup-tup lepas habis kelas pada pagi dan hari yang sama tiba-tiba boleh pengsan kat luar kelas rasa macam melayang-melayang rasa macam nak muntah rasa macam nak matilah senang cerita. Masya-Allah banyak dosa aku ni sebenarnya sebab tu Allah tiba-tiba buat roadblock dekat saluran darah aku tak kasi naik kat otak. Lepas tu pandai pulak terdetik insaf dalam hati. 



"Itu baru pengsan, Kalau Tuhan cabut nyawa betul-betul masa tu acanne?"



Tak pasal-pasal kau orang bertandang kat rumah aku sebab ada kenduri tahlil. Ok dah. Tak seronok cakap pasal sakit-sakit ni. Sebab tu dalam entry lalu aku dah pesan, jagalah diri  elok-elok. Sick is not fun ok. Not fun at all. Sekian sari berita dah habes. Bye!





p/s: kalau sakit atau pengsan jangan bagitau mak, nanti dia pot-pet pot-pet seolah-olah dapat kredit percuma...:P

the history

Followers