Tuesday, February 22, 2011

JaNgaN RaSa MeNutUp aUraT ItU taK caNtiK


Aku betul-betul tak tahu macam mana nak bangkitkan isu ni. Nak kata sensitif mungkin juga sebab kawan-kawan sekeliling ramai je yang tak bertudung tak berhijab. Even saudara-mara sendiri  pun ramai je yang free hair. Cuma taklah sampai ke tahap sosial yang terlampau hellow siapa cakap orang yang tak pakai tudung tu jahat? Even orang yang pakai tudung pun tak semuanya baik. Tak kisahlah. Masing-masing dah besar dah pandai fikir hukum Tuhan takkan nak pot-pet pot-pet macam ustazah bagi ceramah dekat budak yang belum akil baligh lagi. It's your choice. Fikirlah sendiri kan.


Cuma yang menjadi isu sekarang ni ialah yang dah bertudung tapi on off on off.  Ini memang haramjadah punya manusia. Maaflah dengan ayat aku yang macam haramjadah jugak ni tapi kau orang harus biasakan diri membacanya dan terbiasa dengannya sebab benda ni bukan main-main sebab melibatkan agama hukum Tuhan dan dosa pahala kalau aku diam aku sama macam bersubahatlah macam aku sekali buat dosa dangan kau. Dosa yang sedia ada pun tak tertanggung nikan nak bawak dosa orang. Maaflah aku tak larat nak tanggung.





Onestly cakap, tutup aurat ni memang susah. Bila aku cakap susah maknanya MEMANG SUSAH LAH WEH. Kau jangan tanya betapa aku terlalu nak sangat tayangkan mahkota indah atas kepala walaupun taklah seindah mana. Semua pun tahu kan orang bertudung punya rutin macam mana, pagi-pagi kena bangun iron baju lepas tu iron tudung. Lepas tu nak fikir tudung apa match dengan baju, nak sembur starch kasi elok terbentuk kang kelepet orang cakap kau ni selebet, lepas tu fikir pulak nak pakai brooch kecik ke besar ke, nak pakai shawl stail macam mana, tudung nak lilit kiri ke kanan ke, seriyes pagi-pagi dah boleh kasi mood spoil sebab tudung. Kalau free hair ada kau kisah tu semua? Tak ada... Aman bahagia rasa macam di pagi raya.



Tahu berapa ramai kawan-kawan aku yang ada rambut menawan macam Aiswarya Rai? Tak payah pergi salun, natural hair pun dah boleh kalah model. Flip kiri kanan, menggoda habes kalah minah dua ekoq dalam Legally Blond. Ini berani sumpah punya ayat, jujur cakap, kawan-kawan aku lebih syantek kalau tak pakai tudung. Tapi kenapa diorang pakai jugak? Sebab kawan-kawan aku semua hebat. Hebat lawan nafsu  nak tontonkan aurat di khalayak ramai. Ingat senang nak buat macam tu? 





Sebab tu orang yang menutup aurat ni aku respek gila. Kesabaran dia tinggi.  Kuat pertahankan maruah dan yang paling penting, tutup aurat kerana Allah. In fact, aku anggap orang yang menutup aurat is the smartest women ever sebab dia berjaya kawal nafsu dia dan nafsu orang bukan mahram sekeliling dia. Cakaplah, siapa je yang nak pandang orang pakai tudung? Melainkan pakai tudung tapi pakai baju stail baju nangka nampak shape kejadah apa ntah lagi dan kadang-kadang golongan ini termasuklah aku jugak. (muka insaf) Kadang-kadang tu maksudnya KADANG-KADANG bila setan sangat berleluasa lah.



Tapi ingatlah Allah tu Bijaksana. Lebih bijak daripada kamu-kamu-kamu yang dapat dean every sem atau yang selalu dapat anugerah kecemerlangan waktu sekolah dulu. Tapi even bijak laksana macam tu pun, aku masih tak faham kenapa fikiran cetek dan harap kau bersabar kalau aku cakap kau ni agak stupid jugaklah sampai kau harus fikir "aku ni tak cantiklah pakai tudung." "Tak da siapa nak kawan aku." "Lelaki tak mau dekat dengan akulah kalau aku pakai tudung." "Orang tak nak ambik aku jadi girlfriend kalau aku pakai tudung." Itu semua memang statement haramjadah sangat paling aku rasa nak paaaang je kiri kanan pipi tu kasi lebam. Apa kau bangga tunjuk semua aset kau dekat orang suka-suka hati? Yang tak tentu jadi kekasih halal kau?






Penatlah nak ulang ayat ni tapi aku ulanglah jugak. Kan Allah dah janji...



Di dalam surah an-Nur ayat 26, Allah s.w.t. berfirman maksudnya: 

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik….."


surah an-nur ayat 26


Allah tu Adil. Janji Dia tak macam janji melayu. Janji Dia tak macam janji lelaki yang nak mengayat perempuan. Allah tak menanam tebu di pinggir bibir dek, haa kan dah keluar peribahasa...






Aku bukanlah nak buat ceramah kat sini. Dan bukanlah nak cakap semua orang yang free hair atau separuh free hair itu berperangai buruk because I know ada jugak orang yang bertutup litup tapi perangai macam hampeh. Itu soal hati. Kita tolak tepi sajalah. Tetapi orang yang baik dan bertutup dengan sempurna itu lebih pakej lah kan. Macam aku ni seriyes tak lengkap pakej lagi. Kalau dah mulut hampeh macam ni memang dasar tak berapa nak solehah la tu. Cuma aku bak kata pensyarah aku, jangan melihat orang yang berkata tapi lihatlah apa yang diperkatakannya. Jangan tengok perangai aku yang hampeh ni, tapi tengoklah ayat aku yang hampeh jugak tapi untuk kebaikan ni...






Aku tahu aku tak baik, tapi aku cuba menjadikan diri aku lebih baik. Jangan persoalkan baik atau tidak aku ni sebab sekurang-kurangnya aku taat perintah Allah dengan menutup aurat (dengan masih tidak berapa sempurna). Cuba tanya diri sendiri, kenapa boleh buat baik dengan manusia tapi susah nak buat baik dengan Tuhan? Ikut perintah Dia, samalah dengan kita berbuat baik kepada Dia... tak susah kalau kita ikhlas...




sekian, bye...
eh, assalamualaikum...

the history

Followers