Monday, February 7, 2011

TaK sEmPaT aYaM aKu MeNeTaS


Tajuk tu... Ye, yang di atas tu, adalah ayat yang mak aku cakap setiap kali aku masuk dapur untuk menghuru-harakan ahli mesyuarat dapur. Dia tahu aku bawak balik segendong plastik besar berisi stok ala-ala nak bukak bakeri yang aku borong dekat giant masa jemput beruang hari tu, jadi tahap berjaga-jaga Puan Zubaidah tu meningkat sikit. Bukan apa. Sebab bila orang cina raya, aku pun sambut bagai nak rak! Tiga kek aku bedal seminggu haaa hambek kau sekali entry cerita pasal keeeeeeeeeek je!



Tapi ayah aku agak annoying dengan aku kalau tiba-tiba nampak makhluk aneh begini dekat dapur.  Sebab bila tengok apakejadah macam gambar bawah ni ada atas meja dapur, mesti dia akan pot-pet pot-pet dah kalah chef wan buat rancangan masakan dah. Lepas tu bila dah rasa haaaa, baru tau siapa chef wan sekarang. (Muka bangga kembang kempes idong sebab daddy puji my ciskek hoooo yeah!)






Haaaai Is, nama saya gadis. Ini ciskek pertama saya buat dalam sejarah hidup jadi bila tulis dalam diari malam hari tu saya highlight begini; 'Today-I-Made-My-Fisrt-Cheese-Cake.' Haaa, cakap dengan diary speaking gitew. Ciskek apa? Beri Biru yang sedang masak ranum dibelakang rumah tidak elok dibazirkan. Jadi saya petik untuk dimanfaatkan bersama seisi keluarga maka jadilah dia kek keju beri biru walaupun aku tak nampak mana kebiruannya di situ.






Siapa tak telan air liur tu saya faham. Biasa la, orang mesti tengok luaran. Dalaman tak penting. Rasa tak penting. Kalau nampak buruk selekeh selebat begini, rasa konfirm tak sedap berkerim disukai keramaian. Apa boleh buat. Cuba lagi tahun depan.



And then, after beberapa hari, tak tergamak tengok bunda makan hati sebab buat kek ikut selera beruang je kan, jadi terimalah butter kek yang the simplest marvelest, deliches, haaa kan dah masuk bakul gendong sendiri. Tapi sebab ini versi warna-warni bunda panggil itu kek pelangi tapi the basic is butter lepas tu main campak-campak segala gula, telur, tepung SIAP! Bak kata ayah, S.Jibeng pon buleh buat. S.Jibeng kalau korang tak kenal aku tak tahulah nak cakap apa. So, the point is, kek ini paling SONANG.






Dan terakhir sekali, permintaan ex-birthday girl saya yang request nak marble cheese bronis ni haaa. Since Thaipusam tak balik rumah kan, apa boleh buat. Postpone la kasi terlajak sikit. Tak apa. Asalkan merasa. Dan ini, the best la. Seisi keluarga pun boleh habiskan setalam satu sesi. Tak ada yang tak kena dengan selera tekak. Ayah angguk, bunda angguk, beruang kau jangan tanyalah.









Dan semalam, sebelum bergerak ke Shah Alam, sekali lagi dapur tu huru hara dengan aksi bajet macam ada program masakan sendiri dalam AFC. Yelah gedik. Jadi kalau dah ini kegemaran ramai, maka haruslah aku doublekan segala aduanannya. Kalau satu resipi dah enam biji telur, double resipi dah berapa pulak? Matematik aku 3 je, kau kiralah sendiri. 



Kita kembali kepada tajuk. Tiga resipi seminggu. Satu resipi paling kurang 6 biji. Macam manalah bunda tak bising telur ayam dia tak sempat nak menetas? Uish... Harus aku cari laki tokey reban ayam kalau macam ni.




p/s: tak sempat update dekat rumah sebab apa? aku dah khatam ur beutiful 16 episod, cinderella man 16 episod, we got married yonghwa couple 40 episod. hebat kan?


No comments:

the history

Followers