Pagi tadi kaaaaan, elok je mengadap buku teks marketing fotostat cover hijau tu. Tekun dan kusyuk je baca chapter 7 rasa macam pelajar cemerlang betul. Lepas tu teringat semalam klasmet mesej bagitau dia dah sent emel marketing ok nak online yahoo kejaplah. Terus capai broadband double click chrome shortcut pap terus keluar lyricsmode last page online hari tu dok tayang lyric lagu LOVE. Tab sebelah dia pulak, facebook homepage waaah empat notification (itu pun dah cukup kagum okeh). Yahoo bukak kejap lagi lah hati bercakap sendirian.
Bukak berita harian online nak tengok waktu solat hari ni eh lupa kebocoran melanda tutup balik berita harian tu bukak beautifulnara pulak. Oh, the latest update pagi tadi dia cakap pasal preview khurafat. Ok skip sebab cerita lama. Terus teringat The Green Hornet baru tonton malam tadi dengan geng sakai. Bagi rating 4 quarters over five sebab Jay Chow tak berapa segak tampan dan bergaya tapi masih cool sebab mampu buat coffee machine yang wow dan pistol gas hijau dan black beauties yang kalis peluru kalis api dan kalis rindu tanpa perlu pergi ke mana-mana kilang for soldering. Tipu punya cerita tapi buat-buat percaya sajalah.
tapi dulu Jay Chow omel angat
sekarang dah macam bapak orang dah
Lain sangat kan muka diaaaa. Biarlah. Biarlah. Yang penting cerita tu besh. Memang sumpah best sumpah lawak dan sumpah tak rugi pergi tengok. Menyesal lagi ada kalau tak tengok. See dia puji macam mana punya lambung.
Then bukak blog dashboard pulak tengok waaah, kak tia ada latest post. Reading reading. Skroll dekat blog link pulak, new tab terus naik melambak-lambak. Baca blog orang ni la, blog orang ni la, blog orang ni la tiba-tiba anak pakcik mohd puad mesej suoh naik bilik tuntut lebihan pizza yang bungkus semalam tak habis. Eh, tak perasan dah pukul 12 patutlah lapar. Naik tingkat 9 makan pizza part sendiri, cakap terima kasih dekat maknae, turun balik sambung baca blog sambil makan pizza part cik hani afiqah pulak teruk punya perangai kan?
Hati tergerak kejap nak jeling buku kat sebelah eh bila masa buku teks marketing ni tertutup? Yahoo mail dah bukak dah tadi, dah donlod notes dah pon. Tapi bila masa pangkah page tu balik? Entah. Misteri nusantara kejap. Tapi biarlah. Terasa nak donlod lagu pulak terus bukak 4shared taip cnblue. Pap pap pap keluar voice, keluar let's go crazy, keluar arogatou senang celita semua tajuk lagu keluarlah!
Kalau rasa-rasa internet tu rapid version, dengarlah utube atas tu. LOVE performance live walaupun sekadar lip sync. Bukan apa, saja sebab nak suruh tengok Jung Yong Hwa (main vocal yang tengah-tengah) tu punya killer smile and Lee Jung Hyun (guitarist yang kanan) tu punya smiling eyes omaigod sooooo adorable! Ok, tukar balik mode normal.
Disebabkan jam dekat sidebar cantik punya nombor sekarang. 2.22 pm. Dan aku tak rasa macam ada apa-apa aktiviti bermanfaat yang aku buat hari ini, jadi aku rasa aku wajib chow sekarang. Seriously, tulis post ini pun secara tak sengaja sebab tengah tunggu gambar pizza semalam upload dekat tab sebelah. Kalau nak sambung dengan cerita pizza kang memang sah konfirm dan sahih seratus kali skrol pun tak habis satu entry. Sambung pot pet lagi di lain entry okey. Sekian terima kaseeeey!
p/s: Ocha jangan malas. Rajin, rajin, rajin!!! dalam kurungan update blog.
No comments:
Post a Comment