Friday, March 25, 2011

DiaLaH Di haTi

Assalamualaikum jumaat...
(Tak tahu kenapa bagi salam pada Jumaat.)


Assalamualaikum juga kawan-kawan. Aku penat. Aku betul-betul kehilangan masa rehat sekarang. Malam tadi around pukul satu, rumet dah naik katil. Hujan lebat tu memang menggoda. Tapi aku masih tahan nafsu. Gigihkan diri jugak duduk kat meja studi buat notes marketing walaupun berapa ciput je yang boleh masuk dalam kepala batu ini. Tapi sepuluh minit. Syaitan menang dan aku kalah. Bilik aku terus gelap gelita. Tapi sempat tanam azam dalam hati notes sambung besok pagi. Alhamdulillah, done dalam kelas translation tadi. 




Ya Tuhan, I really wish to time goes slow. Aku takut tak sempat nak baca semua apatah lagi nak menghafal. Bukan sebab aku malas walaupun I really am 'pemalas'. Tapi sebab the snowball of assignment yang tak kurang lebatnya membuatkan aku sangat chaotic. Alaaaah, semua orang pun tahu campus life memang begini. Orang yang tak rasa, dia takkan tahu. That's why, aku sangat bengang bila orang nak emo sebab aku tak mahu layan masej dia or being cold with them macamlah keja aku melayan kau seorang. Unless kalau ada benda penting nak cakap tak apalah. Ini tidak. Sekadar nak bermesra nak bermanja HELLOOOW... Aku belum naik taraf sebagai isteri lagi untuk memenuhi segala tuntutan manja mesra kau itu. Pfffft.




Dan aku bertambah stress. Macam bersalah sangat being honest bila bagi mesej macam ni; "terus-terang-saya-cakap-saya-tak-suka-mesej-dengan-awak" like mesti dia kecik hati bila baca mesej yang aku tulis tu. Teruk sangat ke dia? Not really. Sumpah dia baik. In fact dah lebih 3 tahun dia bersabar dan bertahan dengan ayat-ayat kwanghajau aku tu segala. Sampai aku dah naik takut dah. Kenapa kau tak cari orang lain weh? Tolonglah jangan tunggu aku. Tapi nak buat macam mana. Bukan hati tak cuba nak sayang. Itu semua kerja Tuhan. Belum sampai seru untuk Dia buka hati aku lagi. Maaflah saya selalu berkasar dengan awak. Tapi saya memang tak boleh nak terima awak.




Pagi tadi telefon mak, nak mengadu la apa lagi kan. Pasal benda-benda macam ni memang mak je yang aku tuju, yang paling best nak merengek dan yang paling best nak dapat petua-petua alam dewasa. Mak cakap, "Jangan fikirkan sangat. Kau tu blaja lagi. Lelaki umur-umur macam ni memang macam tulah perangai dia. Nak tunggu betul-betul serius, tengoklah bila dia dah nak masuk 30 nanti. Masa tu baru tahu dia tu boleh pakai ke tak boleh pakai punya orang. Kalau ada sekarang ni pun belum tentu lagi masa depan macam mana. Kerja tak ada tapi dah menggatal." Ok chop... Begitulah pointnya lebih kurang. Selebihnya terpaksa di potong kerana mengandungi unsur-unsur peribadi yang keterlaluan.




Tapi jauh disudut hati, siapa tak mahu berkasih-sayang. Cuma tak tahulah kot aku ni demand sangat ke cerewet sangat ke, diva sangat ke konon-konon nak kekasih ala-ala Farid Zuhri tu kan. But I'm telling you, I found someone. He's not that charming like tall dark and handsome punya makhluk atas muka bumi ni tapi 'dia' boleh buat segala bulu aku meremang, yang boleh buat darah aku berderau, yang boleh kasi lemah lutut lemah jantung aku in fact nak pandang muka 'dia' pun aku tak berani. Memang sahaja aku tulis ini kerana Allah Taala sebab nak bagitahu aku ada seseorang di hati. Yang sangat jauh untuk dapat tapi tak mustahil kalau Allah mengizinkan. Barakallahu alaik.




Clue?

Dia budak APB yang aku jumpa masa pergi ceramah wacana hari tu.




Kadang-kadang aku rindu untuk bertudung begitu. 
(Abaikan rumet saya. Saya tahu dia cumel)




And away. 
Sebab blushing lepas buat confession. 
Sekian. Assalamualaikum.




p/s: segala pertanyaan secara live selepas entry ini ditulis tidak akan dilayan. annyeong~

the history

Followers