Monday, March 28, 2011

ShOeS cRaZiEr bErSaMa KaK aNiE!!!


Assalamualaikum wbt


Petang jumaat hari tu, Kak Ani ajak keluar jalan-jalan teman dia cari baju dinner dekat PKNS so aku pun macam OKEY lah since besoknya dan besoknya lagi konfirm yakin dan konfiden bahawa aku akan terpenjara sehari suntuk dengan program APB. Tak mahu cerita pasal tu (tapi next post, MAYBE) sebab ini pun tengah taip stail menggelabah gila kang dah cakap dengan Kak Ani nak letak dekat blog sekali dia tunggu mana-Ain-ni-tak-hapdet-hapdet-belog-lagi-nih. Kwahaha, macam geli bajet perasan femes belog sendiri.




So, those picture were taken after segala kelengkapan UTAMA which is baju dinner Kak Ani dah selamat dijumpai. Sorry I can't reveal the pictures yet sebelum dinner sebenar. Kang tahu dek Kak Ani kang mengamuk sakan dia punyalah berahsia taknak bagitahu orang aku sedap-sedap kantoikan kepada masyarakat. 




Anyway DONE with the baju sebab lepas tu kitorang pergi SACC untuk cari kasut which is the only thing yang aku rasa boleh display kat sini. Macam aku pulak nak pergi dinner bila rasa teruja bersama pilih kasut dengan Kak Ani hari tu. Ke, memang aku ni dasar mata yang PANTANG TENGOK KASUT? Oooh, konfius kejap.




Okeh, kita tengok kasut yang pertama. Kak Ani suka yang ni sebab dia cakap selesa. Tapi aku tak approve sebab kaler biru. Tak match langsung dengan baju dia. Okeh dah.




Yang ni okey. Sebab manik-manik depan tu nampak traditional rasa macam sesuailah kalau pakai dengan baju dia tu. Kaler pun okeh. Tapi bila Kak Ani pakai aku tengok jalan dah macam hape dah. Senget kiri kanan. Ooooh, tapak dia kecik. Patut la tak stabil. Ok, next.




Yang ni Kak Ani suka. Aku pun suka. Tapi sebab tali-tali dia tu jenis elastic (sumanya getah semata), so aku cakap dengan Kak Ani in long term punya condition, kasut tu memang betul-betul akan jadi elastic. Jadi aku strongly reject sebab cakap berdasarkan pengalaman. Waaaah, dah macam doktor kasut dah ni.




Kasut ni nampak dari jauh macam sooo adorable. Sekali bila Kak Ani pakai, entahlah. Ada something yang aku ras tak kena kat situ. Cer korang cakap tang mana yang tak kena. Mengada konon instinct hebat sangatlah nak komen stail orang? Maybe sebab kaki Kak Ani kecik sangat kot...=) Ok, lagi?




LASTLY... Kak Ani terbekenan yang ini. Not bad jugak. Tapi Kak Ani cakap kasut ni berat. Nampak solid kan? Eloklah tu, nanti kang jalan taklah main gedah kasi pecah je. Kurang-kurangnya boleh jadi wanita Melayu terakhir walaupun sekejap...haha.




Yang ni pun I guess kena dengan kaki Kak Ani. Tapi since agaknya dia dah jatuh hati dengan kasut yang sebelum ni, dah tak nak pandang yang lain dah.




Okeh, konfirm dia ambik kasut yang sebelum tu tadi.
See the muka bahagia sebab hajat akhirnya tercapai.




Extra bahagia sebab rasa tinggi gila pakai wedges padahal masuk je vincci terus tuju the flats.




Extra lagi satu. Satu-satunya kasut yang snap luar daripada Vincci. (Kat kedai lainlah maknaya tu) Aku yang paksa Kak Ani try kasut ni the moment I saw it. Walaupun gabak daripada kaki Kak Ani aku tak kira. Lepas tu balik bilik terus got headache sebab terlampau memikirkan kasut ni. Chiiis, rasa macam nak lempang pipi kiri-kanan kenapa-kau-tak-ringankan-kad-atm-kau-haa-weh? (Mungkin ketetapan iman masih kuat masa tu tapi bila balik bilik dia terus meroyan) Kak Ani ottokee...? Ain suka gila kasut tuuu...!!!




 Ooooh, berbalik kepada Vincci...




Sambil menunggu kakak kedai tu carikan saiz untuk Kak Ani, masing-masing jadi terencat sekejap. Ye, memang semua orang akan retarded bila keluar dengan aku. Pffft.




p/s: anyway, terencat-terencat pun, inilah perangai yang aku and the gossip girl selalu dok buat.

the history

Followers