Aku dah jumpa satu lagi cara macam mana nak halau hantu stress jauh-jauh. Selain memasak atau shopping, satu benda yang boleh buat aku seronok dan gembira sekaligus lupakan stress aku ialah dengan menari. Baru aku tahu rupa-rupanya ada darah seni dalam diri aku ni paaaaaang hambek satu penampar nak bajet artis sangat kau hah?
Ok, tak. Sebab aku betul-betul sedar sejak jadi aerobic instructor untuk program generasiku mcc hari tu, macam have fun gila tahu tak lagi-lagi bila ada kawan tumpang sekaki brainstorming curahkan idea untuk step lagu gee dengan beautiful tu. Dan sejak tu, asal rumet tak ada dalam bilik je terus terkinja-kinja macam berok mak yeh menari sorang-sorang macam hapa aku buat confession begini memalukan diri sendiri depan khalayak ramai ni hisyh...
Ni orang yang perasan ada darah seni mengalir dalam diri tu bersama teman semenari, Siti.
Dan dialah orang yang bertanggungjawab kalau suatu hari nanti saya hafal the real steps of that 'Beautiful' song. Dan salahkan dia jugak kala saya minat kumpulan Beast tu. Aaai gooo.
Haa kan dah kantoi dengan kamera girl, erobik pakai wedges.
Hapa punya perangai ni?
Gambar warming up saja yang ada.
Nak tengok video?
Okeh, keliklah kalau rasa-rasa buffering tu tak berapa nak lama sangat kan.
Sekarang bila semua orang dah cergas (lah sangat), boleh la gerak pergi chek point masing-masing sebab memang dah tua-tua ni aku dah tak boleh main lari-lari lagi dah. Kena senangkan diri jaga sedia, fikir idea nak kenakan setiap kumpulan yang datang nak complete kan task. Memang seriyes rasa macam orang tua betul ni tunggu masa je nak masuk rumah kebajikan orang tua-tua eh tak, rasa tua sikit je macam minggu orientasi kat sekolah dulu ragging adik-adik junior oooh dah dewasa rupanya kau ni ingatkan tak sedar diri tadi.
Hini perkenalkan Alia, geng bas sekolah tukang buat dajal yang sama-sama menjaga chek point dengan haku. Memang otak dia ni kalau pakai kat sekolah seriyes dapat title senior-kejam-gila oleh adik-adik junior (kot). Tengok muka sajalah.
Alaaa, setakat air tasik campur tanah, campur telor, campur sampah sarap sikit, campur serbuk kari, serbuk kunyit, ini nak kasi orang geli ke nak kasi orang lapar ni? Haaah, lepas tu campak la berudu dua tiga ekor. Tu jeee...
Lepas tu celup tangan sorang-sorang cari gula-gula (yang tenggelam) kat dalam tu. Dah complete task baru boleh settle kan puzzle pulak dan lepas tu baru dapat klu nak pergi next chek point. Macam tak mencabar je kan. Hish, bakat meragging junior dah terhakis agaknya.
Hoi-hoi aku bukan saja mencapub dah kamera girl tu enterframe gambar aku sekali nak buat macam mana.
Kalau nak posing aku cakap begini tau. Hajar, Hajar, ambek gambar Ocha.
Okeh, 1,2 klik, klik. Haaa, cenggitu.
Yang kiri tu Hajar, yang kanan tu Ayna Al-Mohsi. Dua-dua budak AD ni memang ke hulu ke hilir dengan kamera gabak tu. Terima kasihlah kau berdua.
Kamera henfon aku yang setakat 3.2 tu memang takkan dapat efek blur background macam ni. Yang dapat blur semua hadolah. Memang kalau gambar macam tu dasar tangan tak berbedung namanya. Jadi terima kasih sekali lagi. Eh, lupa nak kenalkan. Tu nama dia Aliyah. Kawan se'kembara' dan untuk Cik Ani, Aliyah ni kawan Cya tawu...
Untuk makcik Melati,
ini bukti pembelian yang saya aktif dalam aktiviti kolej.
Tak bagi saya kolej sem depan siaplah.
Tak kira. Nak perkenalkan jugak ini protegee saya. Bukan setakat jadi senior, I jadi mentor sekali okeh. Itu pasal la malam-malam harus tercangak dekat lab komputer tu. Kang malam ni Piah bertugas, malam ni pulak Dhiya, malam besok Waida, malam lusa Ira. Lepas tu rotate lah sampai habis sem. Macam mana rumet aku tak bahagia berjimba sorang-sorang dalam bilik setiap malam. Hish...
Ni pon nak perkenalkan jugak. Bakal menantu bapak...hoho. Choooooy. Ini Rohaifiza or nama glamer Roy. Alaaaa, yang aku dok in relationship dekat fesbuk tu. Dah jangan fikir jauh-jauh aku masih berada di jalan yang lurus dan diredhai. (Tunduk kepala berzikir lapanpulohdua saat)
Ni pon nak letak jugak. Mimi. Bukan memey yang rampas Norman daripada Abby Abadi tu. Dialah mastermind untuk program generasiku mcc ni. Mesti kau orang para pembaca di luar sana gembira sebab kali ni aku tak menyelit dalam gambar kan? Fine. Selamat bergembira.
Haajar tengok gambar ni dekat wallpaer laptop aku. Lepas tu dia cakap 'Kau-bajet-kau-diva-lah' Ye, aku tau apa yang korang nak cakap.
"AGAAAAAKLAH"
~kaaaaaan~
p/s: mula-mula cerita pasal stress, sampai bawah dah lain. lagi sekali, aaii goo...