Wednesday, March 9, 2011

SaYa TuLiS cUma naK HiLaNgKaN bEbaN



Aku seriyes rasa macam nak lempang budak yang tegur mata aku lawa (sebab pakai eyeliner) masa dekat lab tadi. Sebab kalau dia tahu cerita di sebalik mata 'lawa' itu, aku rasa dia juga akan menangis kaw-kaw sampai hilang eyeliner dah tak tahu jadi rupa jebon mana ntah nanti. Imagine lah eyeliner itu daripada pukul 4 petang aku pakai sampai 4-30 asar dah masuk, aku ambik wudhuk tapi tak padam eyeliner tu memang jadi mata panda sekejap lepas tu tachap baliklah kan. Siap-siap pakai shawl setengah jam kemudian rasa rimas pulak okei tukar pakai tudung biasa saja bukan setakat shawl seluar baju pun dah berapa banyak bukak-lipat-susun balik dalam almari rasa macam malam bersanding yang tukar-tukar baju tu apa orang panggil? Lantaklah, tapi memang gitulah gayanya tadi.



Memang aku rasa macam tak-naklah-emo-emo-dekat-sini apatah lagi dekat belog yang semua orang pon boleh tahu dan nampak, tapi bila hati ni dah macam roti tisu kat kedai mamak tu, yang sangat nipis dan senang tersiat, aku tak kira aku nak tulis jugak sebab bila hati aku sakit satu kerja aku pun tak jadi. Asimen menggunung, dosa bertimbun, nak mengadap test minggu ni, minggu depan, dahlah tak dapat balik jumpa mak ayah, aku tak tahu kenapa aku rasa hidup aku sangat disaster sejak akhir-akhir ni. Aku tak suka ada perasaan tak senang begini yang boleh kasi spoil segala benda sampai nak mandi pun tak ada mood. Maknanya mata 'lawa' itu masih ada sekarang ini kau tauhu!


Hish... Aku kena bertaubat ni. Sebab tu hati tak tenang.



Oleh sebab hati aku yang rasa, hati aku yang sakit, maka hati akulah yang sedang bercakap ini. (Anggap sajalah aku tengah bulan mengambang.) Balik bilik terus nak mengamuk telefon Nurul potpet-potpet buat panas hati kakakku itu. Mintak maaf sayang kerana memekakkan telinga kau. Hati aku ni memang keluaran kilang yang tak bertauliah, memang tak professional, memang tak tabah, memang dasar benda kecik pun nak menangis dan nak diperbesarkan kalo boleh nak sebarkan ke 7 daerah berdekatan. Aku harap kau faham...



Cuma 'benda kecil' yang aku maksudkan itu, 1-buat aku menunggu, 2-buat aku tangguhkan kerja aku, 3-buat aku rasa seperti diperguna, 4-buat aku macam tak ada perasaan padahal bukan susah sangat nak faham isyarat aku cuma sengaja, 5-balik bilik tanpa sikit pun benefit yang aku dapat, seriyes aku sangat tak boleh nak terima. Aku tak faham kenapa kadang-kadang aku rasa macam aku je yang terover sayang gila dekat orang padahal...







Hish, aku kena solat taubat sekarang jugak...Banyak dosa sangat nih sebab tu Tuhan marah.

the history

Followers