Assalamualaikum...
Sejak akhir-akhir ni kesihatan aku memang sangat unpredictable. Bila pagi-pagi tu rasa macam panaaaaaas sangat. Padahal baru lepas mandi. Lepas tu malam-malam rasa sejuuuuuk gila. Sampai ber'sweater' bagai kau tahu. Even turun beli nasi lemak dekat gerai bawah Melati tu pon pakai sweater orang tengok dah macam nak maki Hoih-kau-hidup-dekat-kutub-mana-ni? Tapi bila matahari tercangak atas kepala, memang 'rentung' dah rasa. Sekapal ais pun belum tentu cukup. Lepas tu antibodi badan rasa macam lemah ya amat. Tersepak botol syampu pon nak 'adoih'. Kenapalah aku jadi begini agaknya. Faktor cuacakah? Faktor ekonomikah? Faktor politik? Haish, merepek apa ni?
Aku selalu terfikir, macam mana kalau itu petanda ajal? Macam mana kalau Allah tarik nyawa aku dalam masa terdekat ni? Aku masih banyak dosa lagi. Aku masih belum puas nak tatap wajah mak ayah (sebab jarang dapat balik rumah sekarang). Aku belum sempat nak pakai jubah konvo. Belum sempat nak bagi mak ayah duit gaji aku yang pertama. Nak merasa alam rumah tangga jauh sekali. Apatah lagi nak tengok anak-anak membesar. Beranak? Huish... Jauh gila fikir. Tapi seriyes. Macam mana kalau Luh Mahfuz dah tetapkan begitu? Tengok bumi sekarang pun semakin menakutkan. Orang-orang bumi pun menakutkan. Mujur aku tak kenal orang Marikh atau Jupiter kalau tidak boleh buat perbandingan.
Dan satu perkara yang aku selalu fikir, aku ni kategori ahli syurga atau ahli neraka? Aku solat, baca Quran, tutup aurat, puasa, tak derhaka pada mak ayah, kadang-kadang bersedekah, belanja kawan-kawan, tapi adakah itu semua jaminan aku tak dibakar api neraka? Kalau boleh cakap begini, seriyes aku tak tahu macam mana skema penilaian yang Allah akan buat ke atas aku di padang Mahsyar nanti. Semua orang pun tak tahu actually. Tapi bila aku fikir-fikirkan macam mana orang yang serba baik itu merasakan Allah tak terima taubat mereka sedangkan aku yang tak baik ni, dengan bahagia dan gembiranya merasakan amalan aku dah cukup untuk terlepas daripada seksaan kubur.
Kadang-kadang aku menangis, menyesal dengan dosa yang aku pernah buat. Menangis bila teringat segala maksiat dan kemungkaran yang banyak melingkar sepanjang hidup aku. Kalau dosa sendiri pun tak terampun, layak ke aku nak mohon Tuhan ampunkan dosa mak ayah aku, dosa adik-beradik aku, dosa kawan-kawan aku? Macam mana kalau Tsunami di Jepun tu Allah sasarkan ke Malaysia? Macam mana? Macam mana? Memang sah tak sempat nak fikir orang sekeliling. Nak fikir shopping, tengok movie, makan secret recipe lagilah tak peduli.
Jadi sementara Tuhan masih beri peluang, aku harus istiqamah dengan perubahan aku sekarang. Bukan diri aku saja, tapi semua yang membaca. Biarlah sikit asalkan konsisten. Aku tak mahu kencang bercakap pasal iman manusia sedangkan iman sendiri dipandang sinis oleh orang. Zalim kalau aku mengkritik orang sedangkan aku selesa dengan dosa yang aku buat. Aku tak tahu dari mana titik puncanya. Kesedaran itu datang macam bagi warning supaya aku perbaiki diri. Aku anggap itu sebagai amaran Tuhan. Kalau umur aku masih panjang, syukur Alhamdulillah. (Sempat aku merasa nasi minyak kawan-kawan aku nanti.) Tapi kalau tidak sepanjang itu, pintu taubat masih terbuka. Ocha, sila berubah!
Entry insaf sebab baru lepas baca entry Kak Sri dan Kak Hana. Plus, baru lepas tengok video kat bawah ni. Sumpah menakutkan sampai menitik air mata. Subhanallah, ALLAHUAKHBAR.
Please pray for them,
Sekian, assalamualaikum
p/s: macam manalah Yamapi, Kamenashi dengan Akanishi kat sana. Huuuu...~