Assalamualaikum w.b.t.
Pening sangat tak tahu nak letak tajuk apa haaaah aku letak saja nama tempat makan yang kitorang soooting untuk JJCM hari tu. Dah tak surprise dah kan Hani kan Hajar. Nak buat macam mana semua pembaca pong mesti dah kantoi dah tahu sebab dah letak dekat pre-post hari tu. (Part 'semua pembaca' tu memang tak boleh belah.) Lagi-lagi kalau ada yang dah pernah pergi The Seoul Garden tu mesti geleng dan tunduk kepala cakap alahaaaaai looser betul budak Ocha ni orang dah naik muak telan segala kejadah dekat situ kau baru nak kenal ke? Hoh. (Berlalu pergi sambil buat muka ignore)
Wa tak pedulik lu nak cakap apa bro yang penting wa teruja menulis entry ni (walaupun actually hanyalah sisa teruja pasal dah 4 hari berlalu) tapi wa nak cakap kalau lu nak bawak lu punya family, kaum kerabat, orang kampung, rakan sekelas, jiran tetangga, masyarakat setempat pon boleh tapi kena make sure perut memasing kempis dan kosong dan selim dan klear. Clear la means CLEAR-KOSONG-EMPTYSTOMACH macam lu tunggu waktu berbuka puasa tu kalau tak memang rugilah bayar mahal-mahal tapi makan ciput lagi-lagi kalau bukan bertaraf student. Dah lah makanan dia YA ALLAH sangat KAYA dan MEWAH dengan LEMAK kau tahu!
Sampai efek lemak yang terkumpul boleh nampak time tu jugak. Haaa, tolonglah percaya.
Tapi taklah lemak mana actually. Mana ada creamy-creamy cheesy bagai sumanya barbeque tapi bila dah dua tiga kali tambah apa tak sama ke macam makan 3 set Kenny Rogers? Wahai perut bersabarlah, bukan selalu kan? Bapak pon cakap duit belanja tu bapak beri untuk makan. Anak yang taat ikut cakap ibu bapa kaaaan.
Dan kat bawah ni, sikitlah gambar wa nak tunjuk dekat lu pasal banyak yang dah masuk dalam usus besar usus kecil pancreases dan segala organ dalaman lu isilah tempat kosong sendiri okei. Lupa nak snap masa awal-awal makan, ini je yang ada dalam camera album. Nampak sangat kebulur tahap rakyat Bosnia Herzegovina kan weh kan.
Antara yang adoo...
Sayur-sayuran yang berkhasiat tetapi berkhasiat itulah yang tidak habis dimakan.Ok next.
Seafood yang tak tahu macam hapa punya rasa tapi tiram tu tak habis. Cuma scallops tu je yang boleh diterima usus. Mujur...
The barbeques...
Yang sangat kaya dengan protien dan sangat sedap dan sangat paling banyak masuk perut.
Dan sangat menarik bukan?
Huaaaargh, tiba-tiba mengidam lagi nak makan kat sana.
Gomen guys. Tak dapat nak tunjuk banyak. Anywei, apa kata korang tengok gamba kitorang pulak. Haaa, yang ni memang banyaaaaaaak GILA. Sampai kena fikir dua tiga kali nak teruskan baca entry ini ke tidak. Memang agak kurang waras punya aksi dan pose tapi kau orang tengok sajah. Dan jangan tak percaya, pinggan yang banyak-banyak atas meja tu hanya kami bertiga yang makan, Tiada anasir luar yang terlibat. Sebab bukan apa, kawan aku Si Piah tu dia tengok gambar ni semalam dia tanya aku pegi dinner dekat mana ni? Aku bagai nak rak eksplen tapi dia tak cayo. Dinner tang mana aku nak pergi dengan wajah serabai begitu Piah hang habaq mai sat.
Wajah kanak-kanak riang di hari raya.
Dia kelihatan gembira.
Dia juga...
Oh, dia yang menggelabah.
Pose Hani yang suwit dan pose dia yang geli.
Memang dasar kanak-kanak riang.
Aku tak tahulah siapa yang dah 21 tahun antara kami semua sebenarnya.
Okeh yang kanan tu arab betul. Jadi sila berbangga sebab dapat makan semeja.
OOoOoooh girls, I really am sorry sebab memang tak pandai betul nak buat kronologi dan mengarut merepek dalam entry kali ni. Tak tahulah faktor yang mana paling banyak menghalang. Assignment yang melaut ke, kesihatan yang tak berapa nak stabil ke, penat dan stress yang terlampau ke, seriously I can't explain myself kenapa jadi macam ni but since dah cakap I will post the enrty about The Seoul Garden yang kita pergi hari tu.
Dan di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada kesayangan H kuasa dua saya, sebab sudi berjimba bersama dan meluangkan masa walaupun sekejap cuz it's not about the time, but the value that we treasure together. And there's another thing that I realized, DEAR, YOU REALLY ARE MY SISTERS. (Sebab teringat dialog masa Hani cakap dia nak duduk dekat kondo Sunway tu) dan juga sesi sentap menyentap a day before, but at the end semuanya kembali macam biasa. Sayang koruuunk... Muaxxx (tulis macam budak gedik tak?)
Okeh, tulis stail matang sikit. Aku sayang korang sampai mati weh ~Pinky promise~
p/s: kalau tak pernah pergi, apa lagi ajak apak dan amak sekarang. berbaloi-baloooi...