Assalamualaikum wbt...
Sempena entry terakhir dalam bulan Mac ni kan, aku nak membebel sikit kat sini. Aku nak membebel pasal apa aku tulis belog sebenarnya. Dear, bukan aku nak mintak attention daripada korang or what. Kalau aku tulis sambil beremosi macam contoh aku maki hamun orang ke kutuk mengutuk ke aku sindir orang kasi sentap ke hape ke memang aku dah fikir panjang dah. Sebab aku tahu orang akan baca jadi aku tak peduli apa consequence yang datang sama ada orang nak maki aku balik ke nak kutuk aku balik ke nak kasi aku sentap ke lantak kaulah. This blog is NOT OURS and it is NOT YOURS. Maka obviously it is MINE.
Cuma ada part yang aku terkilan tu bila kisahnya jadi satu hala. Maksud aku bila aku asyik dok potpet sorang-sorang kat sini, cerita masalah aku, cerita aktiviti yang aku rasa seronok nak kongsi, cerita pasal current issue ke atau apa saja, maka hanya aku yang berkongsi dan orang lain membaca like kadang-kadang aku rasa it’s not fair. Memang betul there’s just a few friends of mine who’s blogging tapi itupun susah sangat nak tengok entry diorang naik. Okay, diorang sangat sibuk tapi apalah salah kalau just type a few words and publish it. Paling-paling pun letak je apa-apa status gila-gila dekat facebook tu just to lemme know about their days.
Aku tak kisah nak cerita apa-apa pun dekat sini like nak kantoikan diri sendiri ke, nak bukak pekung di dada ke, masuk bakul angkat sendiri ke, aku tahu akan ada satu feel yang buat aku satisfied gila lepas tulis setiap entry dalam blog ni. (Hanya blogger saja yang tahu perasaan blogger ok). But the situation is akan jadi tak adil bila hanya aku yang bercerita sedangkan aku tak tahu apa kisahnya kawan-kawan aku minggu ni. How’s their day, how’s their test, how’s their feeling towards this final countdown, SANGAT BERAT SEBELAH! Rasa macam nak paksa semua kawan aku buat blog dan update blog diorang sekurang-kurangnya tiga hari sekali! (Kejam tak?)
Memang. It’s true TAK-ADA-SIAPA-PAKSA-AKU-CERITA-DALAM-BLOG-NI. Dan memang betul just aku je yang beriya dan bersemangat cerita semuanya. Tapi itu sebab aku tahu aku bukan jenis yang akan sent mesej dekat kawan-kawan hapdet apa yang aku buat setiap hari melainkan kalau aku rasa memang lama gila aku tak contact sesiapa. But at least aku hapdet blog untuk kawan-kawan aku baca dan tahu apa yang aku tengah rasa, apa yang aku buat, apa yang tengah serabut dalam kepala otak aku sekarang, MY LATEST DAYs and my latest crush. But where are you guys? Am I not your friend? Am I had no shoulder for you to cry on? Am I had no ears for you to mumbling?
Mungkin alasan terbaik yang diorang akan cakap is FINAL DAH DEKAT. A ship of assignments, a cargo of test, notes preparing lagi. Ya, memang aku tak ada semua tu.
(Emonye) Sekian, Thanks for reading this. Assalamualaikum.