Tuesday, March 29, 2011

hEi, JaNgaN mAiN-MaiN dEnGaN haTi YaNg LuRuS Ini Ok!


ASSALAMUALAIKUM


Hari ni aku rasa macam nak potpet panjang. Tak ada specific tajuk maknanya kalau aku merapu karang maknanya entry ini memanglah merapu. Aku rasa memang tak ada benda lain yang lebih layak untuk aku buat selain menulis segala isi hati tak kiralah marah ke sedih ke gembira ke sebab aku tahu ada orang yang membaca dan itu dah cukup buat aku lega rasa macam there’s somebody lending me their ears. Oleh itu, terima kasih kepada yang membaca.





Dan bercakap pasal isi hati, Ya Allah tolonglah cakap dengan aku tang mana dalam hati aku ni yang sistem saraf dia sangat peka dengan kata-kata orang? Sebab kalau boleh aku nak cabut saraf tu campak kat longkang or wherever sebab aku tak mahu lagi ada that sensitive part dalam diri aku. Kawan-kawan cakap aku ni lurus. Mak ayah pun cakap begitu. Dulu aku tak tahu lurus tu apa? Dalam konteks mak ayah mungkin sebab aku ni patuuuuuh je kerjanya. Tapi dengan kawan-kawan, tang mana pulak aku patuh? 






I did open my KAMUS DEWAN yang GEDABAK tu sebab teruja nak tahu. Dan maksud yang aku jumpa ialah jujur. Kau orang senang sangat nak detect aku punya facial expression kan? MAKA BENARLAH AKU INI LURUS! Macam bodoh-bodoh bajet innocent gitu. Kang kalau aku mengaku HEY-I-REALLY-AM-INNOCENT-TAU... Pengsan semua orang masuk wad pesakit luar nanti.




Tapi aku tak suka perasaan itu. That’s why sometimes I really wish that kind of nature yang wujud dalam diri tu, pergi main jauh-jauhlah sebab aku tak suka kau En.Lurus. Especially bila melibatkan benda yang tak pernah berlaku seumur hidup aku. Macam contoh, memang aku mengaku aku selalu crush dekat orang. Tapi tak pernah ada satu crush pun yang berakhir dengan BAHAGIA. Bahagia macam mana tu aku tak tahulah sebab tak pernah merasa. 






Tapi siapa tak bengang bila dapat tahu yang kadang-kadang orang sengaja ambil kesempatan atas keLURUSan perasaan aku tu mentang-mentanglah aku tak pernah bercinta, kau saja je nak kasi aku perasan konon ‘ada yang mencintai’ bila semua kelasmet kau mention nama aku depan kau dan nama kau depan aku, tag gambar aku dengan nama kau, hei cakap dengan kelasmet kau tu kau jangan memainkan perasaan budak bawah umur begini ok.






budak tak layak mengundi lagi. sekian.



Dan paling aku pantang bila aku mula keep asking WHY and WHY and WHY? Tanya kawan-kawan aku saja macam mana aku paling meluat bila berada dalam question marks? Ini satu lagi perasaan that I really want to campak jauh-jauh. Meluat tau tak bila sentiasa ada soalan yang bermain dalam kepala macam kau ingat aku ni puppet or what nak buat suka-suka hati macam tu? I’m not a clown untuk kau ketawa or jadikan bahan ketawa. And it is much pain when it’s about something that I really am zero about. 






Ya Allah, CINTA tu benda yang indaaaaah sangat. Kalau kau frust baru putus cinta sekali pun, tak perlulah mainkan perasaan aku begini. Aku bukan punching beg untuk kau lepaskan perasaan begitu. Tak baik mempermainkan perasaan orang. Apatah lagi macam aku yang totally innocent in love. (Geli)



It’s take a lot of effort to heal ‘her’ heart. Percayalah. Sekali ‘dia’ dah sayang kat orang, susah ‘dia’ nak lupakan. Jadi jangan buat ‘dia’ mula sayangkan kau kalau kau cuma setakat nak try test market. Memang market kau agak tinggi sekarang. Sampai tidur pagi, tidur tengah hari, tidur petang, tidur maghrib, tidur malam, tidur lepas subuh dalam mimpi dia, semuanya mimpi basah pasal kau. Apa kau nak lagi? Best dapat jadi makhluk yang paling ‘dia’ rindu setiap hari?





Dah hujung-hujung sem ni biasalah. Setiap sem pun akan dapat wabak begini. Nak buat macam mana. Love is about time. So, nyanyi saja lagu Hei Ladies untuk hilangkan sakit dihati. KUAT-KUAT.




Tu saja merepek saya hari ini. 
Sekian. Assalamualaikum.

the history

Followers