Monday, March 14, 2011

pRoMoTe KeDai aH cHeNg


Assalamualaikum. Hi guys. 
(When I say guys, I mean GUYS sahaja ok)




Yelah, I guwaw je. Untuk girls pong same jugak. Because entry ini saya tujukan kepada Cik Fara Fauzana dan Lydia Ibtisam yang konon rajin sangatlah baca belog akak Ocha ni kan. Alaaaa, kalau ada cerita pasal kau je kau teruja kalau aku dok potpet pasal english education kau nak baca ke?




Haaa, sebab kau orang sangat teruja masa keluar hari rabu hari tu kan dan sangat excited juga bergambar dengan harapan those photos will be uploaded here, iyeee baiklah, jangan risau dan gundah gulana sebab memang owner belog ni suka nak upload gambar you all dan nak potpet pasal you aaaaalllllzzz sentiasa. (Oh mak kau, gila sentap) Ok tak, sebab achelly memang nak post entry ini dengan motif utamanya...




Nak promote si AH CHENG ni punya kedai. Nama kedai dia AHCHENG LAKSA. Ni seriyes punya promote okeh bukan nak menghentam ke mengkondem ke mengkondom pun bukan aku paaaang kang. And walaupun nama dia cina tapi halal dan suci. Jadi kepada umat islam seluruh dunia bolehlah menikmati makanan di sini tanpa ragu-ragu dan syak wasangka dan was-was dan insyaAllah terlepas azab neraka daripada dosa memakan makanan yang syubhah aicheh.




I google bout this restaurant also (restoran ke?), and it does have a franchises around subang, PJ and Sunway. They even have a trademark which sound like Phua Chu Kang punya tagline, “Best in Subang Jaya & Sunway & some even said in PJ!!”  Gigih gila sampai buat homework pasal AhCheng ni kan. Haiyaaa, wo pu che tao laaa...





Omoh omoh, look at those sexy back (sorry, abang kamere tak dapat cari angle better than this). And those are the girls. Checking for menu lists. I memang oweys being a far distance observer sebab makan dekat mana pun lantaklah asalkan kenyang dan sedap. 




But I don't say everything is 'sedap' dekat sini. Macam contoh Pan Mee dekat atas tu. Oooh, tolonglah jangan order. You will never taste anything but a string of flour. Seriyes tak luak sikit pun. Cuma kurang beberapa inci daripada paras asal sebab 'food rotation' yang kitorang buat di situ. Ok, bye Pan Mee.




But the rests is ok I guess.

Nasi lemak rendang by Fara. 
Aku sepatutnya order ini untuk menaikkan hormon gembira aku petang itu.




Asam Laksa by Lydia. 
Err, bagi aku yang ni boleh la. Tapi diorang cakap sedap. 
Alaaa, biasa la tekak masing-masing.








Curry Mee by the twins. 
Tekak memang sentiasa nak sehati sejiwang. Gasak kau lah. 
Anyway, yang ni pong aku rasa sedap. Tapi tahap mabeles tu idoklah. 
Sedap lagi omak den masak. 
(Harus la puji omak sendiri kang dia halau aku dari rumah kang canne?)




Ok dah habis. Memang datang semata-mata nak makan dan pulang lah kan? Dan sempat merasa macam artis sekejap bila at first just nak ambek gambar dengan Lydia je, sekali semua peminat datang serbu aku tak boleh nak buat apalah. 




Ye, terima kasih kepada makcik India tu yang aku rasa macam dia pon tergolong dalam golongan peminat jugak kot. Kuah kuah kuah, makan selipar kau karang. Baiklah makcik, saya bergurau saje. Tapi kenapa tangan makcik bergegar ish kan dah blurr gambar kelas ini. Aaai gooo...





Okeh, jangan lupa datang ke AhCheng Laksa yew. Dekat Giant Hypermarket seksyen 13. (Tapi jangan order Pan Mee ok. JANGAN). 




Sekian, bye. Assalamualaikum.

the history

Followers