Assalamualaikum, hai guys...
Dah tiga hari dah aku kat rumah. Tapi teruja hari jumaat dengan hari sabtu hari tu macam tak hilang-hilang lagi. Hari jumaat punya teruja sebab masih teringat-ingat filem CUN tu. Teruja hari sabtu pulak sebab teringat itu adalah hari terakhir koko KEMBARA rasa macam tak percaya pulak dah meninggalkan arena ko-kurikulum dengan jayanya seriyes ni rasa macam dah grad tunggu masa je nak konvokesyen. Melampau tak weh menyimpan perasaan begitu?
Gambar dinner koko yang lalu. Anggap sajalah ini gambar graduation sempena lepas ni DAH TAK ADA KOKO LAGI DAH. Yeay yeay yeay. (tulis sambil melompat-lompat). Kan dah nampak kegembiraan pada wajah-wajah itu. Itu saya, Ann, Marina dan Za. Best KEMBARA MATE EVER!
Tapi sebelum tu, mintak maaflah ye komander kalau tiba-tiba tersinggah dekat belog saya ni. Mintak tabahkan hati mendengar sedikit sumpah seranah sebab agak konfiden lepas ni takkan kutatap batang hidung muka kau lagi semuwanya. Kau berpanas hujanlah sendiri dekat padang kawad itu setiap hari sabtu jangan ditanya ke mana aku pergi bye-bye dan sayonara. Tak dapat aku bayangkan betapa HEAVEN hari sabtu aku lepas ni.
Eh, tapikan dah janji dulu tak mahu buat sesi sumpah seranah dalam belog lagi. Okei lah. Aku sumpah dalam diari saja. Kau orang abaikanlah apa yang aku tulis kat atas tadi. Kebetulan mood masih baik sebab masih dalam dunia 'bunga-bunga-cinta-layu-di-pusara' sebab tengok CUN hari tu, maka kita bermaaf-maafanlah ye para KOMANDER. Saya tahu, saya selalu menyumpah seranah awak selama ini. Bukan apa, sebab awak semua ni bajet bagus sangat. Saya annoying tau. Annoying tang mana tak payah sebutlah. Cukup dah saya buat dosa dok mengumpat awak dalam belog ini selama ini. Sekarang mari kita beramai-ramai jadi insan yang baik dan beriman pulak.
Soo, sebelum menutup tirai Akademi Fantasia Kembara ni, a few more pictures from Dinner Kembara hari tu yang bertemakan BAJU KOTAK-KOTAK, sampai meragau aku cari sponser untuk baju dinner ni. Anyway sayang, as usual, of course korang dah boleh agak siapa penaja utama baju dinner itu.
Yaaaww. Siapa lagi kalau bukan CIK HAAJAR MOHD PUAD. Tak sangka, PINK juga pilihan hatiku. Whateverlah. Hanya satu malam je. Maka lantaklah apa masyarakat nak kata. Tenkiuw Haajar, TENKIUW TENKIUW SO MUCH sebab sudi sponser baju. Kau tahulah tak pernah ada sehelai baji kotak-kotak pun dalam almari aku kan, so, silalah faham betapa aku menghargai jasa dan pengorbanan kau ni. Geli-geleman la pulak rasa.
Sooo, dinner malam itu...
Aku banyak habiskan masa dengan Marina. Budak kecik yang every friday nite pasti akan text aku dan tanya esok ada koko atau tidak even dou dah tahu jawapannya. Dan perangai? Yup, almost seperti aku yang SANGAT RAJIN tidak DATANG KOKO. Harap-harap lepas ni kita dapat berjumpa lagi di lain rancangan okei Marina kau memang best.
Cikgu Tun Erman. Satu-satunya cikgu yang datang malam tu. Cikgu Asri dan Cikgu Azizi, saya ucapkan terima kasih dari jauh sajalah. Tiada gambar kenang-kenangan bersama. Tapi saya tetap sayang cikgu-cikgu semua lebih daripada saya sayang komander-komando-komodo semuwa. Pssst, jangan lupa bagi saya A tau cikgu tau tau.
Last but not least, just to share HER HAPPINESS together. Sebab aku tahu kau pun seronok pada hari last koko kau hari tu kan Fay kan. Maka here you go. Inilah Fay, ex-rumet saya tapi every sem tak pernah miss singgah ke bilik means? Yaa, ada relationship yang baik di situ. Seronok kan Fay dah habis koko. Yeay yeay yeay. (Lompat tinggi lagi. Lompat. Lompat.)
Itu saja entry hari ini. Sekian. Assalamualaikum.
(Lompat lagi. Lompat. Lompat. Lompat. Lompat. Lompaaaaat...!!!)
No comments:
Post a Comment