Assalamualaikum,
Semalam keluar tengok CUN dekat Bukit Raja. Saje mengada. Orang suruh study malas. Orang ajak tengok wayang laju pulak. Memang stok nak kena tamparan wanita punya orang. Marah kezen saye yang gatal sangat dengan Remy Ishak tu okei.
Tak tak, jangan marah dia. Terima kasih dekat dia sebab beriya nak tengok cerita ni kalau tak memang rasa rugi tak tengok cerita ni seriyes. (Walaupun hari raya nanti probably nak muncul kat tv tu KONFIRM ADA!) Tak apalah. Pergi hari jumaat tiket sebelashengget pun berbaloi sebab cerita best dan memang CUN! So siapa yang tak pergi tengok lagi silalah tengok sebab kalau korang fikir cerita ni sama macam cerita melayu lain, errmmmm, you better think twice. Tak ada salahnya support filem sendiri. Tak faham betul kenapa tak sampai separuh orang penuh dalam panggung wayang semalam. Tak balik sembayang jumaat lagi kot time tuu. Positif positif.
Eh, producer tak bayar aku untuk promote filem ni okei. Cuma aku suke sangat tengok Remy Ishak cakap Kedah dalam cerita ni. Walaupun perangai dia panas baran dari awal cerita sampailah habes cerita, tapi suwit doe. Terus rasa macam nak cari mana-mana mamat kampung yang taff pastu terus masuk meminang macam yang Luna buat at the end of the cerita. But, tak sesuwit Atan keluarkan duri ikan keli dari jari Luna tu and time dia propose Luna atas kerbau tu... alahaaaai, lomah lutut akak dek.
Part lawak pulak memang seriyes lawak dan kalau part sedih tu pulak memang seriyes sedih. Aku tak tahulah kot emosi aku ni hiperbola ke semalam tapi kalau korang tak percaya, cuba try test tengok trailer dia dulu...

And Remy Ishak berduet dengan Maya tau nyanyi soundtrack filem ni. Ya Allah, seriyes sepupu aku hafal lagu ni kau tahu. Dalam kereta semalam balik-balik nyanyi part Remy Ishak cakap "kau buat aku senyum ke telinga". Haaa, itu ajelah yang dia asyik sebut. Aku rasa macam nak paaang pun ada.
Okei, ini lagu mereka kalau kau rasa macam sudi nak dengarlah. Tajuk dia CUN SELALU...
Eniwei, lupa nak cakap. Ini hapdet live dari rumah wan dengan atok dekat Rembau. The point nak cakap is, AKU DAH BALIK NEGERI 9...!!! Apa perasaan anda setelah kembali ke kampung halaman? Nanti I hapdet lain kali dan cerita dengan sepenuh hati. Daaaan, I terbau sesuatu dari dapur. Wan baru lepas masak lauk kari ayam Ya Allah sepupu aku main kejar-kejar atas serambi ni bergegar la sengal! Okei aku nak blah. Tak panjang umur laptop aku kalau begini.
Oooh, gambar tu. First time makan Mee Goreng Mamak dekat Pak Li semalam. Ye. FIRST TIME. So, nak promote jugak. Lain kali kalau pergi, sila order ye tuan-tuan. Sebab sodap. Ok bye!
No comments:
Post a Comment