Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh (sila jawab
dengan lengkap juga u ollz)
Siapa rakyat Shah Alam di sini pasti tahu bahawa around 12 tengah hari tadi hujan
tak berhenti-henti turun kan u ollz. Penat akak berdoa supaya berhenti (atau
paling-paling kasi selow sikit the speed) sebab akak nak pergi kelas Bahasa
Arab tadi nyaris nak TERponteng dengan alasan hujan lebak ribuk taufang.
Alhamdulillah, azam TAK NAK PONTENG KELAS semester ni masih berjalan dengan
lancar. Muka bangga sekejap.
Maka, dikesempatan ini akak
dengan mood bahagianya (sebab tak dapat assignment lagi) ingin membuang masa
sebab angin sepoi-sepoi bahasa Melayu akak malam ni macam ada baek sikit
nak buat story telling dekat u ollz suma. Pasal cerita cinta tiga segi antara
Spongebob Square Pants dengan adik Pink Panther yang nama dia Bim Bum yang
berebutkan Bum Bum. (amek ngko nama memasing semua nak komersial meletopz kelas kau Jaaah.)
Tu dia gambaq nak kasi fofulerkan para watak.
Bim Bum (dubbing by Queen B) dan Bum Bum (dubbing by akak separuh masa pertama jew and lepas tu by Pwincess S)
(gambar masa zaman percintaan mereka tengah hangat, hot, panas dan kawasan-kawasan yang seerti dengannyew)
Sponge Bob
(orang ketiga dalam hubungan Bim Bum dan Bum Bum)
Dubbing by Cik Akak tau u ollz.
Achelly cerita ni lagi best kalau
u ollz dengar live. Tapi dah berapa tahun hidup pun tak geti-geti nak tukar
format audio nak kasi senang upload kat sini. So akak buat transcription saja recording tadi bagi senang u ollz dapat gambaran we ollz punya dubbing tadi la noh...
Ok, tu depa mai dah…
Bum Bum: Oh Bim Bum.
Bim Bum: Oooh… (eksaited jumpe girlfriend selepas 16 minit
berpisah)
Bum Bum: Saya sebenarnya datang ni nak bagitau awak yang
saya terpaksa tinggalkan awak bum (tersasul nama) …Bim Bum. (muka tak bersalah
nak mintak clash.)
Bim Bum: Tapi kenapa? (Bim Bum punya dubbing tak tahu kenapa high pitch tiba-tiba. So kitorang gelak histeria satu setengah minit.) – apasal suara kau ajaa? Okeh sambung.
Bum Bum: Saya… aaaaa… (konon-konon serba-salah la ni)
Bim Bum: Awak ada pengganti saya ke?
Separuh masa pertama, Hani tibe-tibe menyampuk campur
meroyan jerit
“NAK MASOOOOK!!!”
Bim Bum: Siapa? Siapakah pengganti saya? (berlakon dengan penuh dramatis.)
Sponge Bob pun masuk dengan bangga
(semua pelakon dubbing suara gelak histeria tak cukup tanah
sebab Sponge Bob pakai bahasa Melayu klasik tibe-tibe. Pedia…)
Bim Bum: Siapa kau?
Sponge Bob: Saya ni Sponge Bob. Awak nak saya nyanyi lagu ke?
Bim Bum: Aku ingat…
Sponge Bob tiba-tiba nyanyi intro lagu tema walaupun depa tak mau dengaq:
"Whooooo… who
live in the pineapple under the sea…"
SPONGE BOB SQUARE PANTS!!!
(Bim Bum dengan Bum Bum pun sama menyampuk tanpa rasa bersalah)
Sponge Bob: Ye, sayelah Sponge Bob yang popular tu. Awak ni siapa? Kenapa saya tak pernah kenal awak haaa?
Bim Bum: Saya adik beradik Pink Panther.
Sponge Bob: Pink Panther?
Bim Bum: Sebab tulah kurus macam ni.
Sponge Bob: Oooh, bukan Patrick ke?
Bim Bum: Bukan.
Sponge Bob: Saya ingatkan awak Patrick. Mintak maaf, saya mintak diri dulu. (dengan penuh sopan santun mintak diri padahal tak sedar storyline dah lari.)
Hani gelak histeria lagi separuh
masa kedua. Nasib baik Bim Bum pandai tarik line.
Sekian, cukup untuk part I. Akak sambung tomowow ye u ollz. Pwincess time akak dah tamat. Pukul doblas nanti kereta kuda akak akan bertukar jadi labu, kuda-kuda akak akan jadi tikus, dwess bling-bling akak ni akan jadi kain buruk. Tomowow akak janji akak hapdet sambungan drama penuh konflik ini walaupun u ollz langsung tak heran nak hadap kan u ollz kan kan kan... Kelas kau Jah buat entry nak mintak maki macam ni haish...
p/s: jumpe kak ani n the gang depan koop mawar tadi. taching tak habis sampai sekarang...
No comments:
Post a Comment