Friday, October 7, 2011

I hEaRd ThaT aGaiN




Assalamualaikum dan selamat hari Jumaat semuwaaa...!!!
(nada gembira)


Ini cerita minggu lepas achelly. Lambat sikit update pasal over malas dan bizi. Masa balik rumah hari tu saja la mengadap mak aku yang tengah gunting baju si tomato tu. Tak tolong apa pun, memang tolong tengok semata-mata. Tiba-tiba member aku mesej ajak lepak Alam Sentral padahal dia tak tahu aku balik rumah ni. Tu dia mak aku dok jeling semacam. Aku ingat dah tak dengar dah "ayat" tu, sekali bila mak bukak mulut...




Mummy: Kau ni dah patut mencari dah.



(muka blur selepas enamplohsaat baru digest soalan)



Me: Cari? Rilek la mak, baru 21.



Mummy: Habis kalau kau nak kahwin 25, takkan 25 baru nak cari.



Me: Siapa nak kawin 25. Paling awal pun 30 kot.



Mummy: Hoih. Agak-agak sikit kau ni nak kawen 30.



Me: Alah, ok apa. Banyak benda nak kejar ni mak. Nak senang mak ayah, nak sara adik-adik. Keluar kereta satu, rumah sebijik (hujah standard). Lepas tu baru cari laki.



Mummy: Tak payah nak beriya pikir mak ayah ni. Cari calon je dulu. Bukannya mak nak suruh kau kahwin terus.



Me: Bukan tak cari mak. Ada pun tak berguna nak buat apa.



(mak aku gelak)



Mummy: Tak berguna macam mana pulak?



Me: Yang suka kat along tu semuanya hampeh. Yang tak hampeh tu pulak masalahnya tak pandang along ni haa camne?



(mak aku gelak lagi)




Muka tension, aku sambung reply mesej member aku yang dok ajak melepak dekat Alam Sentral tadi. Gila menyesal menebeng depan mak. Tapi kesimpulannya mak dah tak sabar nak menantu. Bakdatang abang MPP orang Pahang tu hantaq cincin kat Negeri Sembilan meh...

2 comments:

Sayidah Nafisah Ruslan said...

ocha da layak kawen dah skrg ni.. hehe

Unknown said...

mmg dh layak, tp xde calon ni haaa cmne...?

the history

Followers