Assalamualaikum wbt
Bukan senang nak dapat courage untuk
merelakan diri di tembak dengan jarum dan tiub besar itu nak bagi darah pada
Tabung Darah Negara. (muka bangga). Ok siapa cakap derma darah scary? Siapa cakap
derma darah sakit? Boleh menangis sekarang sebab abang senior fac mathematic yang
laid besides me semalam cakap,
“derma darah ni bagus. dia kasi
cuci toksin yang ada dalam badan kita ni dan ganti dengan darah baru.”
Yeke bang? Sebab abang lelaki
mana datang bulan memanglah darah kotor tak keluar. Kitorang yang perempuan ni
lain sikit. Mujurlah aku senyum je. Kalau aku jawab macam tu semalam, confirm
abang tu sentap.
Tapi seronok jugak main
cucuk-cucuk semalam. Memang at first rasa nak lari tengok kakak nurse tu set up
tabung darah dia, jarum, tiub, plastic bag darah tu semua rasa macam masuk
bilik operation yuno. Tiba-tiba eh, bila masa darah ni keluar. Pandang tangan
je nampak tiub tu dah merah. Plastik bag tu pun dah suku darah penuh. Apakah ini
mimpi? PAAAAAAANG! Ambek kau.
Lokasi: Menara S&T. (menara faveret yg berkembar tu).
Waktu: Aku pergi semalam time lunch hour
Procedure: Isi borang, check darah, ckeck up borang dan boleh baring atas kerusi tu.
Oooh, itu adek Leeya, yang sama-sama eksaited nak derma darah beliau 4 the 1st time.
(samew lew kitew)
Adek Roy. Yang dah 5 kali derma termasuk yang ni. Padahal cakap datang nak teman je.
Satu-satunya gambar yang ada gambar aku. Gambar baring masa ambik darah tu tak ada pasal malu dengan abang sebelah tu kang apa pulak pandangan masyarakat terhadap aku baring sebelah lelaki begitu pergh. Anyway, nampak wajah satisfied pegang sijil tu?
Dan yang penting jugak dapat makanan free.
Dan yang penting lagi dapat certificate dari Pusat Darah Negara.
Dan pil kasi tambah darah dengan saguhati berupa key chain huruf B sempena jenis darah aku. YEAY!!!
Anyway, tolong jangan gelak sebab aku baru tau yang I’m a B type. Sumpah selama ni ingat aku type O. bajet nak ‘O’ for ‘Ocha’ sangat kan. Sekali kakak tu check, haaaah, bagai nak rak aku kena gelak dengan budak-budak ni. Sumpah kena bahan abes.
And sila cakap YES dengan fakta ini. Penat akak google tadi. Ok bye!
Jenis Darah B adalah Pemburu (Hunters)
- Pantas membuat keputusan
- Boleh menjadi sangat fleksibel
- Tidak kisah pada peraturan
- Menghormati penemuan sains dan perkara praktikal
- Sukar melupakan hubungan terkini tetapi mudah melupakan kenangan masa silam.
- Mengekalkan sepenuh minat pada apa yang mereka lakukan
- Kelihatan tidak sabar
- Tidak sukakan kerja yang berulang
- Golongan yang periang
- Memiliki semangat dan aura personaliti yang kuat dan tersendiri.
- Tidak menghiraukan apa orang lain fikir tentang mereka dan liar
- Boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar
- Namun, mereka juga sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka mahukan.
- Seorang yang ‘expressive’, ‘cool’ dan bersifat objektif.
- Walaupun selalu bergurau tetapi boleh menjadi sangat pemalu
- Cepat menukar ‘mood’ seperti cuaca
- Tidak boleh berhenti merungut apabila mereka kecewa
- Kreatif dan memiliki idea baru
- Tidak boleh membezakan kerja dan hobi
- Sukar menerima arahan
- Tidak gentar mencadangkan perubahan yang inovatif
- Tidak takutkan kritikan.
Untung la orang darah B i buat entry special untuk u olls. Yang bukan darah B, kelik sini untuk keterangan lanjut. Ok meow~
3 comments:
aku pun xtau aku darah ape.. haha
darah manusia mungkin..
xleh derma darah.. berat xcukup..makan sampai gemuk pun nurse kata xleh derma jugak. ape da..
sayang..next time ajak i ok...i nak try jugak..huhu... :) p/s:aktualy nak tau i darah apa je....hehe
picah: haa, cmne nak buat tu.. check boley ape. tak derma pun x pe. nk buat cmne kaaaan...
ajaa: same to you.. kita check je nnt k. takut sgt nk derma kan.. fine!
Post a Comment