Assalamualaikum wbt
Dan sebab dah terlalu letih menunggu upload gambar yang tak berapa senonoh di bawah ni maka darjah kerajinan aku untuk menulis sudah pun menurun. Finance aku terbengkalai lagi tu kau tahu semata-mata nak post pasal Red Velvet ini.
Ok, biarkan dulu. Kau ingat lagi last entry yang aku tulis pasal jalan-jalan cari makan dekat The Manhattan Fish Market dengan Baskin Robin sebelum ini? Aku lupa nak mention kakak aku yang sorang itu sebenarnya mengidam Kek Red Velvet. Tapi puas pusing-pusing satu Subang Parade masih jugak tak jumpa. Dan kesudahannya aku tak tahu sama ada beliau masih kempunan lagi atau tidak. (harapnya tidaklah)
Maka disebabkan itu, petang tadi aku tiba-tiba terajin untuk beli bahan-bahan kek tersebut. This is my first try okeh SEUMUR HIDUP maka rupanya memang kalah habis-habisan dengan secret recipe lah fine aku tak nafikan kejujuran kau orang dalam menilainya (tu dia ayat). Apapun, mummy approve rasa dia yang memang best apatah lagi disaluti krim keju yang berlapis-lapis dan disimpan pulak dalam freezer pergh, memang kenikmatan berganda dan lemak kau pun berganda-ganda.
ni gambar sebelum potong
dan ni gambar selepas potong.
Itu je yang aku mampu caption. Sebagai baker amatur dan sebagai percubaan pertama, aku boleh katakan kek ini BERJAYA dari segi rasa. Mungkin aku tak biasa decorate kek sebab tu rupa dia jadi DEVIL lagu ni. Ok Hani Afiqah, sila jangan seriau kalau jumpa Red Velvet dekat mana-mana lepas ni mereka tak bersalah. Nanti once I improved, I'll bring it to you. Sila jadi juri saya yang pertama ok. You too Haajar.
p/s: it's actually agak merah jugak. tapi biasalah camera akuuu...
4 comments:
yummeh! lama sangat tak makan kek ocha buat since form5 dulu..
tq buatkan kek hari jadi untuk fsa :)
haaa, nak rasa kek lagi, meh dtg umah...^_^ ocha buat spesel pnye utk bdk kecik ni..
alololo..dah potong masuk mulut sedap daa...bkn hang dah buka kedai kek sekrng pun..i dont care..by spoon or fork...kna bawa balik utuk dirasa juga....tq
by chopstik buleh...? haha..My mom cakap kek tu kalau jual dia nak letak harga rm50.. kelas kau jah. we'll see.. ikut bajet ok. kalau cukup i buat lebih... hantar tepat depang idong u yang..
Post a Comment