Assalamualaikum wbt...
Akhirnya, Kembara Hati itu selesai. Dah agak dah memang tak ada pun yang nak call konon la nak bagi sumbangan dekat rumah kebajikan anak-anak yatim tu. Sangat menyedihkan poster kemainlah banyak bertampal sana-sini dekat Melati ni tapi berapa kerat je yang prihatin. (Even PPP dengan JPK pun tak) Tak payah nak sentap sangatlah kan, ini hakikat. Anyway, kepada warga Melati yang sudi menghulurkan barang-barang derma untuk program Kembara Hati yang lalu, hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian. Terima kasih yang tidak terhingga dari pihak kami. (kesat air mata dua-dua belah tangan) Mucho arigatou.
Walaupun hari program tu jatuh pada 27 NOV bersamaan hari ahad dan bersamaan juga dengan MAAL HIJRAH (saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah di sini), tapi komitmen daripada AJK-AJK akak ni memang terbaik. Tak tahu macam mana nak express keterharuan ini di sini. Yang korang harus tahu, bukan senang nak handle projek dan projek yang di handle itu berjalan dengan lancar. Amin Alhamdulillah.....
Baiklah, macam orang selalu tulis, wordless wednesday hari ni akak memang wordless (padahal atas esei kemain dah). Ok, sebab kejap lagi ada test Bahasa Arab so tak boleh tulis panjang-panjang. Cuci mata tengok gambar saja ye darling. Ok chiow...
Location - Rumah Siti Khadijah
Meru, Klang.
Game pertama - Menara straw
Game kedua - Toxic Box
Game ketiga - Fishing Bottle yeay...!!!
(Tak faham kenapa nak yeay)
Separuh masa pertama, rehat di bawah matahari terik.
Tengok bayang-bayang pun dah tahu macam mana dia punya terik kan.
Kakak-kakak MCC yang terbaik pasal belanja 26 orang adik-adik tu ais-krim ya Allah kau bayangkanlah pahala bagi makan dekat anak-anak yatim begitu. (obviously there's no me in the picture)
Ok, continue with the last game - Balloon stomp.
Gigih adik-adik ni buat benteng tamau kasi akak-akak ni pecahkan belon depa.
Habis game, adik-adik lepak dok lepas lelah goyang kaki and turn kakak-kakak ni take over the places. Take over gotong-royong okeh. Nampak gigih tak gigih tu?
Lunch time. Nasi ayam dengan tembikai dengan sirap.
Seronok tak?
Separuh masa kedua after lunch and solat, sesi indoor game pulak.
Not really care masa ni sebab kakak pengarah tengah karang ucapan untuk majlis penutupan kejap lagi.
Kejap je dah ending. Itulah tuan rumahnya. Ustazah Hasnah Bahari.
Speech yang sepatutnya disampaikan oleh ketua pengarah sudah bertukar di saat-saat akhir. You know who's that makcik kan?
Pengarah naik time nak bagi hadiah je.
Fine Roy, fine!
Last performance. From kakak-kakak fasi. Ada permintaanlah kononnya padahal budak-budak menguap mengalahkan badak dah.
Sesi bergambar.
Supposedly by group and dengan kakak fasi saja, tapi kakak tak fasi pun nak join jugak so sila fahamlah ye.
In conclusion, as the first timer, aku rasa program yang aku dan Roy handle ni dikategorikan sebagai berjaya. Bangga jugaklah sebab it's a charity program walaupun bajet sangatlah teramat ciput, but we managed to succeed it till the end. Dikesempatan ini, saya nak mintak maaf kepada para AJK (kot ada yang baca entry ni) kalau sepanjang kita bekerjasama ni, assistant director awak ini sangatlah meng'annoying'kan. Apapun, you guys did a great job. Thank you for helping we both.
In conclusion jugak, I need THIS more than I need my NASIK!
Oh, seriuosly, jam tangan aku tetap nampak di tangan walaupun tak pakai jam.
No comments:
Post a Comment