ASSALAMUALAIKUM WBT
Aku rasa sakit aku sudah datang balik. 2 minggu saja. Cukuplah. Aku rasa macam nak gila stay dekat Shah Alam ni. Bagilah berapa banyak nasihat, motibasi, tazkirah whatever dekat aku, InsyaAllah takkan sembuh penyakit ni. HOMESICK oooi aku dah HOMESICK balik dah. Macam gedik dah besar gabak pun nak homesick-homesick bagai. Tapi kalau aku nak argue karang memang seminggu pun boleh berkampung dok baca sebab-sebab dan reasons kenapa aku mahu balik rumah so cukuplah kau tahu aku nak balik titik.
So kita teruskan dengan babak annoying yang pertama. Kau tahu kan yang aku selama ini berkawan tak pernah memilih bulu. Bulu? Aku tak pernah racist. TAK PERNAH ajar diri aku untuk label orang KEDAH lagu ni, orang KELANTAN hok ni, orang PERAK ghope gini, JOHOR, SARAWAK, PERLIS ok apa-apalah. Aku kawan je dengan semua orang. Tapi sometimes memang ada terlintas dan sometimes itu akan cepat berlalu. Tapi itu once upon a time.
Sebab sekarang MEREKA sendiri me'racist'kan diri mereka dengan mengatakan bahawa ORANG NEGERI SEMBILAN ITU kurang ajar, biadab, bermulut jahat dan sebagainya, maka aku tak boleh maafkan statement itu. Kalau kau ada masalah dengan ORANG NEGERI SEMBILAN yang berperangai begitu, janganlah kau nak samakan aku dengan mereka pulak gila! Kau mahu aku juga me'racist'kan diri aku? Cukup aku jumpa 3 orang macam kau. Kiamat hidup aku!
So sekarang aku tak suka dikir barat kau! Aku tak suka budu kau! Aku tak suka wau bulan kau! Aku tak suka wayang kulit kau! Aku tak suka nasik kerabu eh? Nasik kerabu aku suka. FINE! Yang lain-lain tu aku tak suka! Tapi sebenarnya aku tak ada masalah pun dengan semua benda tu. Senang cerita AKU TAK SUKA KAU!
Babak annoying yang kedua. Bila aku rasa orang yang 'baik' itu mula tidak berbuat baik pada aku. Banyak sangat babak yang meng'annoying'kan tapi aku diamkan saja. Kau tak berada di tempat aku maka kau tak payah bercerita tentang susah dan payah sebab kau bukan orang begitu. Aku perlukan kawan yang memahami bukan kawan yang paksa aku untuk memahami. Aku faham dengan cara aku maka kalau kau kawan aku kau akan faham.
Babak annoying yang ketiga berbalik kepada babak annoying satu tadi which is aku mengaku aku mulai racist dengan 'orang itu' tapi aku juga jatuh cinta dengan orang yang sama kategori dengan 'orang itu'. Oooh, sumpah annoying sangat perasaan ni. Kau tahu tak FINAL EXAM COUNTDOWN LAGI 33 HARI?
p/s: dah boleh print exam slip sekarang bye...!!!
No comments:
Post a Comment