Monday, December 12, 2011

KoRea SaNgaT


Assalamualaikum wbt



Baru habis tengok Dream High. Sorry Haajar sebab lambat update kan aku dah cakap tadi baru habis tengok Dream High nak aku ulang lagi ke baru habis tengok Dream High? Sekian aku baru habis tengok Dream High itu pasal lambat hapdet JJCM semalam sowi ok sowi.




U ols pernah dengar kedai makan The Stree Cafe? Haajar kasi tunjuk sikit...








Haa, itu dia. Semalam kitorang lepak kat sini. Tak tahulah kalau u ols pernah sampai sini tapi kitorang tak pernah sebab tu gayat nak masuk belog. Nak promote kedai inilah. Lokasi dia dekat Sunway Pyramid. Level paling atas dekat area street apa ntah nama tu aku lupa pulak oh yes Asian Avenue. Konsep dia memang Korea habis (itu pasal la semangat nak datang). Tapi tak semahal dan se'ekslusif seoul garden la. Tapi memang truly Korean. Makanan yang kau orang tengok dalam movie tu boleh kata semuanya ada kat sini dan yang paling penting HALAL ok!








So firstly aku introduce Korean Tea itu disamping model yang agak pucat sikit. Memang tak berseri langsung model aku kali ni almaklumlah demam batuk selsema semua pekej 3 in one tapi masih gatal nak berjalan jugak. FYI, plan JJCM ni dah dirancang almost 6 bulan yang lalu jadi sedikit sebanyak meroyan tu datang pasal lama gila kan enam bulan weh enam bulan kau bayangkan. Dan teh tu tak sedap kalau minum begitu sahaja tapi kalau makan dengan makanan dia baru best ok sekian cerita pasal teh.




Menu Haajar ni nama dia mixed rice. Sos dia agak manis so memang patut ada kimchi sup kasi pedas-pedas sikit pasal dia ambik yang kombo punya so berbaloi lah bagi aku. Kita close up sikit...




Haa gitew... Harga beliau, RM18 something? Ok la tu kan?




And as for me haaa you see that Dukbogi? 




Menarik kan? Rasa dia lagi menarik you. Nampak macam meggi? But it taste much better than that kalau sama baik aku masak sendiri kan? Yang ini harga dia RM17 something pun combo jugak dengan ni...




Sushi tu set aku, kimci sup tu Haajars'




Kimchi tu set aku and egg sup tu Haajars' again.




Sekian, lepas ni kalau sampai Sunway singgah la ye. Promote habes ni especially para peminat tegar Korea like unnie wahi and cik kayangan, kalau teringin nanti roger I ok. Kita k-pop habes-habesan dekat sana. Aaaaw~




Sekian, tak sampai satu jam kitorang pusing-pusing maka sampailah kami di sini...




Sebab cup dia kaler merah sempena krismas sebab tu nak tunjuk jugak Baskin Robin versi tekak gatal nak aiskrim padahal hari tu baru makan se'cup' godang.




Dan yang paling penting, KHAS BUAT HANI APIKAH CAYANG...












We ols tak lupa dekat u ols sebab tu we ols beli Red Velvet dengan Blueberry cupcakes ni dengan ucapan SIAPA SURUH TAK NAK IKOT SEMALAM hahaha ok sorry saya faham situasi anda sekian, kita kembali ke seri pentas.




And laaast sekali, TAKO TAO yang diidam sekian lama. Pasal JJ Seremban tak ada stall dia so gayat sikit asal datang SP je mesti nak tako tao padahal common dah kat tekak. (Uweek sebaldi). Maksud aku biasalah dah nama pun hos JJCM mesti tak picky so semua makanan pun boleh telan so semuanya berbaloi sebab set Haajar yang kat atas tadi pun aku yang habiskan. Memang tekak kimchi punya orang tapi I tak bajet korea ok gulai lemak cili api tetap nombor 1 bye!




Begitulah ceritanya. Penutup, Haajar borong ubat batuk, balm, panadol active fast and soluble bagai memang boleh jadi PK (pusat kesihatan) bergerak dah budak ni. Tapi yang penting hajat beliau tercapai. Thanks Haajar sebab roger I pasal Street Cafe tu. Lepas ni kalau ada tempat makan best lagi sila emelkan ke alamat kami, jjcm@anamekudotcomdotmydotnetdotorgdotedu dot sekian Dream High daebak walaupun aku rasa macam loser gila simpan dalam hard disk lama-lama sekarang baru nak tengok.











Pasal dah lama sangat movie ni so amatlah tidak patut kalau aku nak review apekejadah semua memang sah konfirm sahih loser ya amat so aku cuma nak cakap gambar couple kat atas tu OMEL SUNGGUH SUMPAH! Conmal..! Cinca...! Ok, siapa dah tengok maka mereka tahu. Dari hari selasa sekarang dah rabu so jangan merepek lagi bye!

2 comments:

GojesYoja said...

woah,,mmg btol2 best eyh??yela,,kalu dlm drama 2 dorg mmg suka mkn gaya mcm sdp gila

nnt nk try la..hehe..btw,,siap mention 2 x bole blah :p

Unknown said...

haha, promote kedai sambil promote kengkawan skali.. baru orang tahu sapa elf sekarang..hik3. wahi kalo nak rasa dtg shah alam k.. nnt ocha bawak..

the history

Followers