Thursday, June 30, 2011

~Dia, sKaNdaL tErBaRu, EnCiK L~


Assalamualaikum wbt...



Hari ni tak ada sekuel. Cuma nak update pasal Encik L sebab baru lepas nampak dia dekat padang tengah main bola sepak dalam hujan. Sebab hujan lebat, aku pandang dari jauh saja. Dah la malam. Baru lepas balik kerja. Penat tu dah mesti. (Kau bayangkan usya orang main bola sepak pukul 3pagi time hujan lebat.) Nak jerit nama dia of course tak dengar punya pasal game tengah berjalan. So, balik rumah dengan perasaan sebel dan berazam dapat jumpa Encik L dalam mimpi.



Memang dah agak. Tak sempat naik katil, lelaki yang pakai jersi warna merah nombor 14 tu masih lagi dalam kepala otak. Main dalam hujan pulak tu kan sengaja melencunkan badan bajet seksi padahal memang pun. Dengan rambut basah terjurai-jurai kat muka. Ada pulak part tergelincir tengah padang tadi sampai ternampak aurat paha dia yang seksi itu aaawww. Ni bukan kata mimpi, nak lelap mata pun belum tentu dapat ni.



Astaghfirullah... Tu je yang aku mampu ucap sekarang. Baca doa tido. Dan bye!

Wednesday, June 29, 2011

pEnGaJaRaN DaN LeSsOn - SaYa BuKaN MaNja aTaU cENngEnG (part 2)



Assalamualaikum wbt...



Almost a month belajar berdikari cari duit sendiri. It’s not like I’m really need the money tapi sampai bila nak sara diri selama empat bulan pakai duit mak ayah kan. Bak kata besties jugak, okey la tu tak kisah kerja apa pun yang penting cari pengalaman. How thankful, sebab lokasi tempat kerja sangat dekat dengan rumah, maka environment pun tak jauh beza. The most important, ada tempat nak solat, nak lepas hajat, maka the rest turns flexible.




Restoran Hafiz ni besar. Tak padan dengan tuan dia. (Hehe sowi abang.) Tu pun dalam proses tumbesaran lagi pasal tengah renovate bangunan baru kat belakang. Kalau sekarang punya customer pun dah boleh buat semua orang patah riuk terduduk terlentang, lepas siap renovate tu apatah lagi. Sigh. Nightmare tu nightmare.




So sebagai pengajaran dan lesson yang pertama. Make the best 1st impression terhadap semua orang. Jangan bias sebab life norm doesn’t allow it. Lepas beberapa hari, fiksyen akan menjadi fakta dan di situlah kesakitan bermula. Bunyi sangat anafora macam tengah karang puisi padahal the truth is saya tak boleh reveal dengan begitu lurus sebab takut nanti dikenakan tindakan tatatertib ye tuan-tuan kerajaan Malaysia dah bagi amaran kepada seluruh penulis belog agar berhati-hati kang tak pasal-pasal TERfitnah orang tak merasa duit gaji pertama pasal nak bayar saman.




Dan bercakap pasal gaji, I think it’s worth it kalau nak dibandingkan dengan kerja yang dibuat. Walaupun tak officially tahu berapa total yang sebenar and rakan-rakan sekerja (ayat geli) pun cakap kalau kedai untung lebih, gaji pun lebih. If not, basic salary itu rasanya lebih daripada cukup kalau setakat nak sara diri sendiri. And that’s the 2nd lesson which is don’t expect too much on something. Yang penting niat kita nak bekerja tu kena betul. And Alhamdulillah, it works on me. (Tipuuu, padahal hari pertama pun rasa nak quit)




Nah 3rd lesson. Itulah yang saya cakap tadi. Kalau betul-betul nak survive in reality, give up is forbidden. Tapi sebab dunia fiction is always beautiful macam fairy tale, maka saya jadikan itu sebagai salah satu cara nak motivate diri sendiri. Mana boleh harapkan kata-kata semangat daripada orang lain semata-mata. Normal. Bukan semua orang suka tengok kita bahagia. Tapi once they made it difficult for me, I doubled it for them. (Tersenyum sinis depan laptop.)




Okei apa lagi nak bagitau? Aaaaah, sekarang the biggest secret’s in the house. Walaupun benda ni tak ada kesahihan dari pihak tertuduh, tapi pihak pandakwaraya menunjukkan bukti-bukti yang sangat konkrit untuk saya meletakkan statement, Lelaki-Sekarang-MAKIN-Susah-Nak-Dipercayai. And saya akan dapat title anakdaratua atau homoseksual chooooy nauzubillahi minzalik baiklah maka dengan itu I’m definitely going to ask him BY MYSELF!




Over sangat karangan hari ni. Sambung nanti part 3 okei. Itupun kalau rajin. Eh, harus rajin sebab point masih tak ada kena mengena dengan tajuk. 

Tuesday, June 28, 2011

SaYa BuKaN MaNja aTaU cENngEnG (part 1)


Assalamualaikum wbt...



Now let me tell the details. Tempat saya bekerja sekarang ni dekaaat sangat dengan rumah. Jalan kaki tak sampai pun sepuluh minit. Kalau naik kereta apatah lagi. Macam gedik bila fikir-fikirkan tempat kerja dekatlah ya amat tapi pergi kerja naik kereta, ehem... itu semua pasal office hour saya tamat pada jam 2 setengah pagi. Maka saya harus sayangkan diri saya dan sayangkan keselamatan saya dan ikut nasihat emak saya supaya bawak kereta pergi kerja.




Then. More details. Saya bekerja dekat kedai makan sebagai pencuci pinggan merangkap pembantu abang-abang tukang masak sebab saya yang paling hampir dengan diorang. At first mak tak kasi saya kerja. Muka dia seriously like 'apa-anak-aku-kerja-basuh-pinggan-ni?' masa saya dapat mesej daripada Abang Hafiz, merangkap bos saya dan tuan punya Restoran Hafiz Tomyam tu. Tapi saya tak kisah. Why not merasa the phrase yang selalu bila pergi restoran and cakap 'kalau-tak-de-duit-nak-bayar-haa-pergi-kau-basuh-pinggan-kat-belakang'. Sumpah nak tergelak pun ada jugak kadang-kadang.




Yelah, Gemencheh ni bukan ada Hypermarket pun even bajet-bajet nak jadi salesgirl ke. Shopping Center apatah lagi. Kepci, McD, Pizza, ada la dalam 25 minit kalau naik kereta haaa bayangkanlah (bak kata Kak Ain). And it's just nothing to me. Memang la bukan bandar besar tapi at least tak la sampai kategori kawasan pedalaman. Haaa, begitulah nak cerita pasal lokasi tempat kerja saya. Dan kerja-kerja yang katanya bermula pukul 3.30 petang dan berakhir 2.20 pagi itu adalah seperti berikut...



1. Masuk kerja, the 1st thing yang saya capai is periuk nasi. Sukat pakai gayung okei. Sekali masak tu adala dalam 3 gayung. So lepas ni, kenduri-kendara kalau nak cari pakar masak nasi dalam kuantiti yang banyak, orangnya di sini. And, Abang Apis akan suruh simpan air basuhan beras yang pertama tu untuk dimasukkan dalam ramuan sup. Secret recipi yang pertama. Ok dah. Habis.



2. Lepas masak nasik, saya akan take over udang dulu. Tak tahulah berapa kilo, tapi yang pasti plastiknye agak besar dan gedabak. Maka sekarang dah boleh dapat title 'pakar-pancung-kepala-udang' dalam masa yang singkat. Lepas siap udang, kerjakanlah apa yang ada di depan mata. Kalau ada kerang, basuh kerang,.kalau ada ayam, takuk ayam. Secret recipe yang kedua, tulang dan kulit ayam yang tak digunakan sebagai rencah, akan dibuat air rebusan untuk sup ayam. Sekian terima kasih. Yang pasti saya akan avoid sotong untuk menjaga kesucian baju daripada dinodai dakwat haiwan itu (walaupun pakai apron) dan juga ikan siakap sebab makhluk tu sangat tajam dan merumitkan.




3. Lepas siap segala lauk pauk, of course dah basuh dan simpan dalam freezer. Then either saya akan kerjakan ikan bilis atau pipih cili padi. Kalau dua-dua tu tak ada, maka goyang kaki saja sementara menanti customer masuk. (Tapi goyang kaki itu jarang berlaku.) Fine. As a dish washer, adalah tugas saya juga untuk tadah air sabun dan air bersih dalam EMPAT BESEN BESAR sebelah sinki tu. Dua besen untuk pinggan dan dua besen lagi untuk cawan. Satu besen kecik untuk para sudu dan garfu waaah very the systematic kan kawan-kawan.



4. And bila nasik dah masak, once again, it's my duty to fill up the rice tank. Ada ke tangki nasik di situ? Tak tahulah nak panggil apa. Yang penting bekas tu gunanya untuk isi nasik. And bila sudip dan senduk abang-abang tukang masak di dalam tu dah berlaga, saya akan mula mengira-ngira berapa ramai customer yang datang. Dan juga mata akan sentiasa menjeling pandang bill dekat dalam. Banyak ke orang order? Makan ke bungkus? You know the feeling when you really wish to avoid something. Of course kalau boleh nak semua customer yang datang semua nak bungkus je makanan tu. Tak payah makan kat kedailah. Betapa tak baiknya perangai.



5. Done. Begitulah sampai matahari dah bertukar jadi bulan. And another thing, sepanjang duty tu kadang-kadang abang-abang tukang masak kat dalam tu jerit, "Ain, air satu!" maknanya, saya kena tadah air paip sebaldi dan bawak masuk dekat tempat masak tu. Air tu tujuannya untuk masakan yang berkuah-kuah macam sup ke, tomyam ke, the rest I don't know. And kadang-kadang bila nasik dah nak habis, you know it's time for the 2nd trip untuk tanak nasik. Sometimes sampai 3,4 kali dalam sehari. Depends pada customer. That's why saya cakap, memang dah expert daaaaah. Masa ni baru la terlintas, orang melayu ni tak ada benda lain ke nak makan? (Memang soalan gila.)



6. Ada lagi. Kadang-kadang abang-abang tu akan cakap macam ni "Ain, tolong ambik daging dalam peti", "Ain, tolong ambik air limau", "Ain, tolong ambik cendawan", "Ain, tolong ambik isi ayam", "Ain tolong ambik ais bawak sini", kesimpulannya, Ain jadi assistant abang-abang tukang masak walaupun abang-abang tukang masak memang dah ada assistant kat dalam. (Pengsan).



7. Lastly, tepat pukul 1. The rest of pinggan mangkuk atau cawan saya tak akan usik lagi dah. Berapa ramai customer datang pun saya dah tak pedulik. Because it's time for me to sental segala periuk kuali chef-chef di dalam tadi dan kasi clear all the equipments. You know, sudip, senduk, tapis, tangki nasik tadi tu semua, like my dearest boyfriend yang harus saya date setiap hari. Dah clear. Masa untuk balik!



Maka, it's all about the schedule. Nanti part II, saya sambung lagi. Banyak benda lagi nak reveal. Tapi untuk hari ni, ini saja. Ok bye. nak pergi kedai. Dah berapa hari dah singgah Yee Fong (kedai magazine dekat rumah) tapi masih tak ada Cosmopolitan or Cleo edisi Julai. Apasal lembab sangat ntah nak publish. Bosaaaaanggg!!!

Sunday, June 26, 2011

aNyWaY...



Fact and fiction is always different. 





p/s: keterangan lanjut, tunggu la bila dah ada masa terluang sikit nak cerita. kesimpulannya penat.

Friday, June 17, 2011

SeLePaS 3 MiNgGu


Assalamualaikum wbt


Laporan ini bersiaran secara langsung dari dapur Cik Bedah.



  • Fisrt of all, saya sekarang sedang bekerja di sebuah kedai makan ataupun kalau nak komersial sikit orang panggil restoran laa. Sebab sangat penat at first sampai laptop pun dah jadi jeruk dalam bilik memang terbengkalai habis pada minggu pertama dan kedua. Begitu juga dengan cik diari yang dah jadi pekasam. Tapi sekarang dah pandai nak balance sikit, maka kesian dekat belog yang turut terbengkalai, maka saya HAPDETLAH!


  • Sejak dah bekerja, sekarang dah tak dapat main badminton dengan mak petang-petang. Dah la adik-adik sume dah balik asrama. Tapi mak cakap takpe since dia sekarang dah pandai sumbat hard disk dekat dvd player and layan Super Junior dekat tv gabak dekat hall tu. Fine. Nampaknya dah ada geng nak gaduh sebab nak menangkan fave member SuJu masing-masing.


  • Oh yes, cakap pasal SuJu lagi (sorry kalau annoying), yang beriya nak emo pasal tak dapat pergi konsert sempena Hari Belia kat Putrajaya hari tu, kan dah cakap si beruang tu pasti akan menggodam telinga akak ni. Tapi mujur, the fave tak datang sebab shooting untuk movie terbaru yang bakal reveal hujung bulan ni (waaah, tahu segala). Yang pasti itu bukan KyuHyun yang digembar-gemburkan sebelum ini. Of course the precious one tak boleh reveal kepada masyarakat.


  • And semestinya operasi untuk ber'movie tak dapat dijalankan sebab bila dah mula bekerja tak tahu apasal mood berjimba macam tak dapat dikesan. Tapi beruang keluar dengan rakan-rakan beliau hari tu tengok KL Gangster. Kemain dia gula-gulakan akak dengan Aaron Aziz macam la aku heran sangat. Maaflah dik, akak kau ni dah bertukar 360 darjah jadi hantu korea.


  • And beberapa minit tadi, baru buat course registration. Result exam pun dah check. Akibat meng-ignore mesej Mrs.Dz semalam dan akibat tak terlalu memikirkan result itu I mean Alhamdulillah sebab tiada sebarang rasa berharap. Tapi rupa-rupanya kali ni punya result serius buat mata terbeliak memang sumpah tak percaya. Nak cakap macam mana pun tak tahu. Ish tibe-tiba tak pandai nak express perasaan sendiri. Anyhow, ALHAMDULILLAH lagi sekali. Rasa macam ada orang baru cakap "Would you marry me" sambil hulur aiskrim sundae tapi ada diamond ring kat tengah-tengah. (Cheh, berangan propose diri sendiri bajet macam gantlemen.)




  • And finally, siapa tak solat jumaat lagi sila berbuat demikian. Pesanan ikhlas dari pihak penaja kopi cap tupai ekor berbulu.




p/s: bila rindu nak jjcm dengan gossip girl, maka buat jjcm dengan rakan sekerja padahal restoran yang sama je hari-hari...

the history

Followers