Tuesday, February 21, 2012

BaBy LeT mE lOvE yAa



Assalamualaikum wbt...
(AMARAN: Tajuk entry sangat tak ada kena-mengena.)




Masa dulu-dulu, aku rasa belog aku ni macam best je. Rasa macam hot je semua benda mak nenek gosip ada dalam ni walaupun sebenarnya aku tak tahulah tang mana yang hot pasal gosip tu. Walaupun tak ada yang komen tapi at least bila aku tahu ramai yang baca tu kira ok lah. Tapi tu dulu. Sekarang baru aku sedar, tanpa jalan-jalan cari makan, belog aku ni tak ada function sangat pun sebenarnya.





Obviously, sekarang musim cuti kan? Musim aku kerja part-time. Kawan-kawan seangkatan pulak tengah praktikal. Memang clash teramat-amat sangat jadual untuk berdating. Jadi aku ingat nak buat jalan-jalan cari makan versi Hafiz Tomyam. Promote kedai bos manalah tahu hujung bulan dapat bonus...hik3. (tak ada maknanya). Tapi aku masih berpijak di bumi yang nyata. Kerja waitress bukan senang-senang nak tangkap gambar makanan. Semua nak cepat. Jangan kata nak dapat bonus, silap-silap senduk bos melayang kat aku nanti. Selamba kan nak biar customer tunggu lama-lama. Kelas international sangat profession kau ni.





Jadi aku terpaksa agree dengan Haajar. Beliau yang tak setuju hasrat aku untuk pencen jadi hos jjcm mengatakan (wah ayat mengatakan) bahawa, ‘THATS OUR LIFE MAA’, ok fine, that really is my life sebab tanpa makan, blog aku akan sunyi sesunyi keadaan aku di marikh sekarang. Waaa, betapa aku rindukan bumi. Menikmati cahaya matahari kala bangun tidur pukul 10 pagi, mendengar kicauan cengkerik di tengah malam. Eh, cengkerik berkicau? Ye, kau faham tak kan aku dah cakap tadi yang aku memang sangat rindukan bumi.





Di saat aku tulis entry ni, perasaan di hati sangat melayang-layang gembira sebab jeans kesayangan akhirnya muat di pinggang. Itupun setelah tidak makan nasi selama 2 minggu. (muka bangga) Tapi berat tak turun-turun jugak. So macam mana nak buat hipotesis tu? Pinggang kecik tapi berat tak turun? Baiklah, saya menyelam pakai goole dulu. Boleh jadi faktor genetik? Boleh jadi jugak pembawakan budak? Apakah?





Dan sekarang aku tengah merangka-rangka plan shopping besar-besaran minggu depan. Aku nak date berdua dengan mummy. Nak spend the whole day dengan mummy puas-puas sebelum balik shah alam. Nak belanja mummy makan. Nak bawak mummy pergi spa sri bulan dekat area rumah aku ni. Bersungguh-sungguh usya pekej massage hari tu taw. (angkat-angkat kening). Then plan dengan tomato dengan beruang. Nak main boling. Layan movie. (katahuilah, movie terakhir yang aku tengok is TAK TAHU. Hikayat Merong Mahawangsa?). Dan selebihnya nak buat surprise pergi jumpa ‘dia’ during lunch hour and bawak kek coklat. Romantik tak aku?






saya tujukan lagu ni untuk semua peminat yang saya rindui.
nantikan my comeback stage
3 MAC 2012 - di pawagam berhampiran
(gila, stage mana ntah aku nak panjat)




p/s: ajaa, plan ke melaka aku x knfirm mmandangkn due kita utk balik shah alam smakin hampir. but i’ll try my best, since teringin sgt nk tgk jj melaka yg ko gebang2 selalu tu kan...

No comments:

the history

Followers