Assalamualaikum wbt...
Semua orang mesti nak cakap pasal result kan? Semua orang mesti
nak cerita siapa dean list, subjek apa lulus, subjek apa repeat haa, mampu kau
nak cakap ‘aku-repeat-finance’ macam aku? Dari awal sem sampai ke hujung tak
habis-habis menyebut finance-finance-finance kalau berzikir tu dah berapa ribu
ratus pahala dah aku dapat cuba kau kira. Sebab tu orang boleh seriau baca
belog aku pasal asyik kena psiko ‘ni-belog-budak-meroyan-dengan-subjek-finance’
padahal aku sasterawati la gila!
Ha’ah, geli punya sasterawati. Tapi
siapa nak peduli pasal result. Final dah lama habis. Result pun dah lama dapat
cuma tak tahu je nombor pointer tu berapa. Sebab tu aku takkan cerita pasal
result kat sini. Aku tak sibuk tanya result orang, buat apa aku sibuk nak
publish cerita result aku kat sini. Ok, ada la 2,3 orang yang aku tanya. Itu
orang-orang terpilih namanya...
Jadi janda yaya itu akhirnya
termasuk dalam kategori manusia yang paling meng’annoying’kan aku di muka bumi
ini. Sama annoying macam komander-komander yang selamba tengking orang sebab
terlupa pakai skarf putih pada koko hari sabtu, sama annoying macam kawan baik
yang dapat nota tapi tak mahu sebar-sebarkan kepada orang ramai walaupun kawan
rapat sendiri dan sama annoying juga macam bancuh adunan kek konon macam pro
tapi kek jadi kawah. Ye, itu gambaran untuk janda yaya yang sangat meng’annoying’kan.
Janda yaya tidaklah cantik
seperti yang digambarkan di dalam drama melayu, telenovela, akasia, samarinda,
atau lagenda di tv3. Badan gempal dengan berat 68 kg dan aku percaya sekarang
mungkin mencecah 70 kerana rutin makan nasi beliau setiap hari adalah 4 kali
sehari. Nasi ok, nasi! Maka, jauhkan bayangan anda daripada janda seperti
rozita che wan kerana janda yaya bukan begitu. In fact, sangat ngeri untuk
membayangkan beliau begitu.
Cerita ‘annoying’ janda yaya
bermula apabila dia selalu tergedik-gedik melayangkan punggungnya ke hampir
setiap meja yang di datangi oleh lelaki separuh umur, suku umur, ataupun setengah umur di kedai tempat aku bekerja sekarang. As long as dia lelaki, maka janda
yaya akan automatik tergedik tanpa dapat dikawal. Nauzubillah lagi apabila
janda yaya pasti akan menghadiahkan jelingan manja, senyuman menggoda dan
diakhiri dengan cebisan kertas yang tertulis nombor telefonnya. Macam yang aku
cakap tadi, tanpa mengira umur sama ada duda, suami orang, bujang, pemandu
teksi, askar, tukang saman parking. And she’s 44.
Dan dalam masa seminggu, si
lelaki malang itu akan mula ber’sayang2’ dengan janda yaya, mengasihaninya
kerana sudah kematian laki hampir 3 tahun lalu. Mempunyai anak 5 orang. Dan sudah
pasti semuanya sudah besar panjang. Bujang senang. Lenang-lenangan. Nak kena
tangan ke keluar dengan jantan yang baru kenal seminggu lepas tu buat maksiat
berpegang-pegangan, raba-rabaan, cumbu-cumbuan. Janda yaya tak pernah malu
mengaku yang dia mengamalkan konsep ‘kahwin-dulu-baru-nikah’ kepada orang ramai
tanpa rasa bersalah.
Dan janda yaya juga tidak
segan-silu merokok di khalayak ramai. Ketawa seperti ahli sihir ketika dirasuk
jampi serapah syaitan. Dan menjadi benar-benar syaitan apabila line ‘maxis’
buat hal sehingga menyekat sebarang call atau mesej daripada menerjah masuk ke
dalam telefon nokia warna merah jambunya itu. Maka aku dan orang-orang kampung
yang lainlah yang akan menjadi mangsa janda yaya menghamburkan kemarahannya
kerana dia rasa tanpa telefon, nyawanya seakan putus.
Gosh, kalau masuk ranking manusia
paling meng’annoying’kan aku, janda yaya mungkin akan menjuarai carta itu.
Tahniahlah janda yaya. Semoga Tuhan mengampunkan dosa-dosamu dan menerima
taubatmu di saat usia semakin menginjak ke liang lahad.
p/s: lelaki sekarang pandang perempuan yang badan macam tulang je. kalau boleh satu inci lemak pun depa taknak. tapi depa tak tau otak manusia ni pun terdiri daripada lemak. apa depa nak cari bini takda otak ka?
No comments:
Post a Comment