Sunday, March 25, 2012

nEw CrUsH At sEcReT rEciPe - CBCC


Assalamualaikum wbt



I woke up almost at 10 o'clock. Sunday morning biasalah. Celik mata tengok ada 3 mesej dalam inbox and one of that from Kak Totoy Bie, my senior yang sekarang tengah tunggu nak pakai jubah konvo hewhew untungnya dah nak grad so nak pinjam buku dia la niatnya. Maka bila kak Totoy kata dia nak pegi Jakel, maka aku sepantas kilat mencapai tuala pergi mandi dan ber'marathonkan diri berjalan kaki ke Jakel. Gigih kan aku?




Maka syaitonirrajim pun mula menjalankan misi jahatnya untuk aku sumbat anasir-anasir mewah di pagi hari. Pukul 10 pagi boleh mengidam nak makan kek secret recipi. Mengada ke tak mengada tu? Padahal at first dah berniat dah sahaja aku nak makan nasi dekat dc sekali kaki bagai autoset teghuih tanpa rasa bersalah dia masuk secret recipe. 




Dah lah makan sorang-sorang. Bukan weh. Aku nak lepak-lepak je sejukkan badan sementara tunggu Kak Totoy Bie tu haa. Tiba-tiba masa tengah dok scan kek dekat kaunter tu (scan tanpa niat nak makan), pap terus nampak Creme Brulee Cheese Cake (CBCC) so aku dengan rakus dok bukak beverage menu order Banana Milkshake tanpa rasa bersalah lagi. 




 Maka inilah yang terjadi.




And that was super heaven ok.




Macam mana perasaan Neil Amstrong ketika pertama kali menjejakkan kaki ke bulan, begitulah perasaan aku pertama kali makan CBCC ini. I bet, you don't even notice about it, right? Hahaha (gelak orang riak)




Ok sorry. Jadi lepas ni tak payah susah-susah nak pergi Full House semata-mata nak Creme Brulee. Pergi je mana-mana SR outlets, konfirm bahagia.




p/s: rasa macam nak tukar header belog ni laa. pendapatan u ols?

Friday, March 23, 2012

BaHaSa MeLaYu SuCkS - YoU sUcKs!


Peace be upon u people,
Assalamualaikum,
Selamat Hari Jumaat,



Rajin pulak aku menghapdet belog semenjak-dua menjak ni. Update bahasa mat saleh pulak tu. Kemain. Padahal der, wa ambil course bahasa Melayu je. Bahasa Melayu Komunikasi Profesional dan Bisnes. Then apa yang profesional sangat pasal course wa ni? Bahasa Melayu pulak tu. Budak English for Professional cakap course wa ni suck. Padahal depa cakap dengan kawan-kawan pun -korang-nak-makan-kat-mana-weh? Apasal tak cakap -where-you-wanna-eat-weh? Kan?




Memanglah. Kalau Bahasa Melayu je semua loser. A big capital letter L kalau boleh nak tayang depan mata. Der, jangan kau ingat kau student bahasa Inggeris kau hebat sangat cakap omputih. Setakat seketul dua yang dok pung pang pung pang speaking depan interviewer hari tu kau dah riak bangga takabur jangan der. Allah marah. Mummy daddy marah. Penyakit riak ni kalau simpan lama-lama boleh jadi munafik der. Sia-sia pakai tudung tutup aurat perfect gaya muslimah sejati macam ustazah pilihan dah complete pekej dah dengan muka lawa hebat speaking yelah dulu belajar oversea kan. Tapi kalau dah dapat title munafik, what's the point?




And if you're thinking that bahasa Melayu is sucks, then you're the one who sucks! Live anywhere you want but not Malaysia. We're practicing bahasa Melayu everyday. It's our national and formal language. Our symbolic. Our proud. Dalam parlimen pun cakap bahasa Melayu der. Until you don't even speak a single word in bahasa Melayu then I can accept your damn suck statement. Jangan nak poyo sangat dengan lidah mat saleh kau tu.




You know what? There are still thousand of people out there who really fluent and always comfortable with other languages. They can even speak Japanese, Mandarin, Arabic, Spanish yet they are still proud to communicate in bahasa Melayu. What is wrong with bahasa Melayu? And what is so proud with bahasa Inggeris? It's just a part of our talent and don't forget it's also a gift from our Creator. Setakat tahu satu bahasa, are you proud enough?




Jadi janganlah dok riak sangat dengan bahasa omputih tu sampai nak menghina-hina bahasa sendiri der. Wa pun belajar grammar. Tapi tak la sampai nak tukar rambut kaler blonde macam lu. Eh, rambut lu blonde ke?




i love apb
hewhewhew
salah der




SAYA CINTA AKADEMI PENGAJIAN BAHASA!
(dah, pegi solat jumaat sekarang)

Thursday, March 22, 2012

cOmBiNe ThE LeTtEr S To ThE o To ThE R To tHe r To ThE Y


Peace be upon you people.


So here the story.

I walked along the way from seksyen 7 to Melati.

And I was carrying not even 1kg of her KFC.

Not a big deal since I carried along my roommates'.

And I called her to wait down stair.

To pick her meal by herself.

It's just a single level different.

Nay. She refused.





Still it's not a big deal.

But I just can't hide my emotion.

I just can't hide my expression.

My facial expression cingu yaa.

You know me better than others.

Right?





But indeed,

I know it was part of my mistake as well.

I shouldn't do that.

I know you hurt.

So do I.





So, could you gimme another sorry?

Could you forgive me?

Could you still be my gossip mate?

Shopping mate?

Jogging mate?

Eating mate?





Kissing mate?
E.....................
E..............
W.......
W.




Sumpah lepas ni tak mau makan kfc seksyen 7 lagi dah. Damn you chicken!

Wednesday, March 21, 2012

aNd I'm CrAviNg FoR sWeEt


Assalamualaikum wbt


I feel so dizzy.

The moment I write this entry.

I feel so lazy, sleepy, hungry.

And all negative feelings are mixing right now.




I just wake up from my sleep.

Dreamed about 'bubur pulut hitam'.

Suddenly.

And I'm thinking of mummy.

I don't know why I'm always craving for something sweet lately.

I ate 2 cupcakes last night.

I ate 3 pieces of green, sweet and soft kuih for lunch.

But I don't know their name.




And suddenly I remembered the secret recipe I ate yesterday.





Not the black paper grilled chicken.





Not the lasagna beef either.




BUT





this superb cute and gorgeous chocolate walnut and pecan butterscotch cakes.





plus the apple celery




Then apa lagi? I want BASKIN ROBIN and BIG APPLE pulak...!!!

Darling do you hear me?

Tuesday, March 20, 2012

iT's TiMe To bE hEaLtHY


Assalamualaikum wbt




Sekarang musim untuk menyihatkan badan yaw.

Hari-hari joging, hari-hari harus ada aktiviti fizikal.

Sekarang dah kenal petanque, dah kenal snooker,

dah makin mesra dengan mini gym,

dah berkawan dengan sport shoes dengan lebih rapat,

bukan sebab untuk dapatkan badan sekeping macam artis korea,

tetapi atas kesedaran diri sendiri betapa pentingnya kesihatan tu.




And as for me, kalau tak ada masa untuk exercise setiap hari,

then ambil masa untuk pergi kelas jalan kaki.

Bila dah kerja nanti belum tentu dapat rasa semua ni.

In bracket, belum tentu kesedaran macam ni ada lagi.




And the most important is,

I don't want to look older than I supposed to be,

I don't want to be obese or overweight,

I don't want to get sick easily,

Because I still had a lot of things to do.

Because I still had a long journey to go.

And to you...




Thank you Haajar and Linda for being the best companion,

And you too roommate,

And you too jiran-mate,

And you too...




















...donghae oppa yang seksi gilos dalam video ni...:D aaaww

part mana yang seksi? Stop at minute 1.55.. Daa~




Sekian, entry ini ditaja khas oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tuesday, March 13, 2012

EnOuGh WiTh GoSsiPiNg AnD wAtCh ThiS


Assalamualaikum wbt




This is the worth seeing video I've ever watch. Just for sharing. Enough with gossiping...








I don't know how do you feel after watching it but my tears just can't stop even the moment I write this. Tell me what should I do?




p/s: Nak cari la filem Qurbaan ni. Sangat lama tak layan hindustan.

Monday, March 12, 2012

iT's ToMaTos' BiRtHDaY


Assalamualaikum wbt



Kalau tipu, aku akan cakap aku sedang tulis entry ni dengan penuh excited. Tapi kalau cakap jujur, aku sebenarnya mengantuk. Walaupun kelas sampai pukul 4 hari ni habis pukul 3 dan aku sebenarnya ada banyak masa untuk tido, maksud aku, boleh je kalau nak tido tapi memandangkan hari rabu ada kuiz economi dan lecturer economi itu bukanlah jenis yang boleh siapa-tak-datang-boleh-ambik-kuiz-next-class oh jadi a big NO to tido di petang hari.




Dan sebab itu aku berpura-pura rajin konon untuk bukak buku economi tapi bila dah mengadap laptop teringat pulak ada cerita jalan-jalan cari makan semalam yang tak tercerita lagi.




So, semalam birthday TOMATO. Ye, my one and only sister. Yang ke SEMBILAN BELAS. And it was celebrated at MELAKA...wohoo.




Dan sudah semestinya mummy and daddy ada bersama. Jadi dikesempatan ini,




"Tomato ayang, A VERY HAPPY 19th BIRTHDAY TO YOU. May God bless. Be a nice veggy. Eh, silap. Be a nice person. Be a wonderful daughter for mom and dad. Be a good friend. And always be my tomato ok. Remember that I love you so much. And I always do."




And trip to Melaka semalam, sila enjoy the pictures. It's TWIN version.

























Haaa, kau ingat peribahasa orang putih je ada like father like son. Tu yang kau tengok tadi, like sister like sister la tu. Penat la kalau upload sebiji-sebiji kan. So, itu pasal la dia jadi kembar




And the best part is...









The sisters naik Menara Taming Sari yaw. 
(Hei orang melaka, u dah naik ke?)




Sekian, the bonus one...





~The hottest couple on earth~
Depa pun nak honeymoon jugak.


Saturday, March 10, 2012

PhOtOsHoOt vs JaLaN-JaLaN CaRi MaKaN - CoMeBaCk SeaSoN BaBy...!!!


ASSALAMUALAIKUM WBT



Kalau tanya macam mana opening season 5 JJCM kali ni, my answer would be, 


it was awesome and daebak!
(tak tahu maksud 'daebak', sila rujuk kamus korea atau kawan-kawan yang hantu korea)




So macam tulah gambaran dia walaupun tak berapa nak tergambar sangat dekat fikiran korang kan. Jadi first and foremost, paling terima kasih sekali saya tujukan kepada Miss Queen B saya. you-know-who. (macam Harry Potter pulak sampai tak boleh sebut nama). Sebab pinjamkan DSLR NIKON dia yang sangat gojes tu. And juga Linda. you-know-who. Sebab completekan team ni. Sekian, foreword daripada saya. 




percubaan kamera.




Then, we're heading to PUTRAJAYA. Sebab masih terlalu awal untuk JJCM so kitorang pun ber'photoshoot' sepuas hati. And of course the pictures is more than you can see here kau gila ke nak aku upload satu folder kat sini? And yes, tangan Haajar adalah tangan yang paling ber'SENI' antara kami bertiga. Dapat tang gambar yang aku tangkap, semua hancus. Bagilah kamera mahal macam mana pun, memang wajib hancuslah.





Menikmati pemandangan di bawah langit yang cerah, (it's panas terik actually).





Melepak depan dataran Masjid Pink. Tengok bayang-bayang pun boleh tahu macam mana sunburn yang bakal aku lalui di masa depan kan? But still we had so much fun and joy.





Akhirnya mencari tempat berteduh di Masjid Besi. It's Masjid Tuanku Mizan actually. Untuk menunggu masuk waktu Zuhur. And since it's Jumaat, maka sempatlah kitorang dengar Khutbah Jumaat sekali. Semoga bertambah keimanan dalam dada. Dan semoga mendapat suami yang soleh. Aminkan untuk saya dan kawan-kawan saya plis.





Posing best daripada Haajar.




Posing vogue daripada Linda




Posing maut daripada aku. Nah!
(cover panas pakai purse. fine, aku sorang tak ada shades)




Yang tengah tu kebanggaan saya.





Dan peduli apa dengan panas. Posing lagi.





Linda pandai cari port cover panas. Still background view photo dia awesome.





And terus buat profil picture. Ambek kau!




Sekian cerita pasal Putrajaya. So sebelum jalan jam dengan kaun muslimin yang berpusu-pusu keluar selepas menunaikan solat Jumaat, maka kitorang cabut terus pergi Sunway untuk menunaikan kewajiban kepada perut.






And everybody can tell it's FULLHOUSE!
baby, shalalalala lalala
(saja buat effect lagu tema drama full house)





Linda punya fresh orange, Haajar punya vanila+strawberry+dragonfruit+iced blended (kau punya menu selalu bikin susah payah aku nak sebut), and mine, banana milk shake. Sekian. Semua memang teramatlah sedap gilos.





Muka teruja apabila makan tengah hari pada pukul 3. Maka lunch set yang jimat dah habis maka kena makan menu yang tak set dan sudah semestinya tak berapa nak jimat. Mereka berdua ambik spaghetti dan semestinya juga aku tak ingat apakenama makanan depa ni suma noh.





And so do I. Cuma nak bagitahu aku makan mushroom soup yang memang setiap kali suap dalam mulut tu maka mata akan terpejam secara automatik sebab pertama kali datang, dua kali datang, tiga kali datang, memang itulah menu cinta pertama aku dekat FULLHOUSE so darling, next time datang you sila faham-faham ok. And mee korea (konon korea sangat tu) it's actually mee maggi yang dicampur dengan sosej godang je. Macam mana tak meletop perut.





Dan sesi bergosip. (yang fake)





The best thing about FULLHOUSE ialah bila dah kenyang, maka aktiviti berposing di sekitar restoran itu amat baik untuk sistem penghadaman.





Dan kau tahu kenapa mata aku buntang sebegitu. It's actually because of the pencuci mulut. Creme Brulee. Ceritanya begini...



Sem lepas, aku dengan Haajar lepak dekat DC nak beli burger. Then sementara tunggu burger tu siap, aku pun baca la kosmopilitan yang aku baru beli masa tu. Lepas tu ada la terselak satu page ni dia cakap, 50 perkara yang korang jangan behenti buat. Salah satunya is pergi kedai mamak and cakap kuat-kuat roti canai atau teh tarik dekat kedai tu sedap. Then Haajar yang bijak bistari tu dia pun ter'idea' nak cabar aku. Dia suruh la aku cakap dengan abang burger tu yang burger dia sedap. And dia bagi chan sikit tak payah cakap kuat-kuat, just cakap dengan abang burger tu je. Kalau aku buat, dia nak belanja subway. Sekian, I did the challenge and since Subway tak boleh makan, aku pun tukar request kepada Creme Brulee Fullhouse. Dan kesimpulannya, aku yang ajak makan Fullhouse..haha.




Kemain panjang cerita aku. Ok, nanti lain kali aku cerita lagi! Thank you so much kosmopolitan.

Thursday, March 8, 2012

FiNaL YeaR YaW ~


Assalamualaikum wbt


Macam lawak aku rasa masa menaip entry ni. Tak tahulah kenapa tapi aku rasa lawaklah. Masuk sem baru hey saya sudah part 5 yaw. Kakak senior sudah tak perlu menggantung matrik kad di leher lagi tetapi masih bewaspada kalau-kalau pak cik guard terdetect dan terajin nak saman awal-awal sem ni tengah mewah boleh la cuba tunggu hujung sem tiba-tiba jadi junior balik sebab tak mahu kena saman kan. Pandai cover line ayat merapu.




Hari pertama aku ponteng satu hari kelas. Nak salahka natural phenomena hujan di pagi hari tarik selimut lepas subuh sampai terlajak so that's why tak pergi kelas, boleh pakai tak alasan macam tu? Seriously yaw, isu yang pertama ramai kawan-kawan akan berada dalam keserabutan sebab tak dapat kolej. If you ask me how to get in? Saya bukanlah ada link yang kuat dengan kakak-kakak staf melati ni melainkan bergiat aktif dalam kelab MCC. Penat nak promote setiap sem. Anyway, this is my last semester pegang jawatan. Lepas ni pegang jawatan suri rumah pulak...aaawww.




Well, isu kedua ialah masuk kelas semester ni subjek semua kena speaking ok. No more grammar, no more linguistik, no more semantik or whatsoever. It's all about minor subject you know entrepreneur, economics, management, international business management, retailing wow tak lupa juga subjek academic language studies iaitu subjek intro untuk projek paper aku last sem nanti. It's like a real proposal untuk sem depan. Oh, dan bel juga. Bel yang konon-konon akan train aku untuk pergi interview, how to dress up, eh betul ke subjek ni ajar begini? Tapi dengar-dengar macam kena pakai blazer... Haajar, get ready!




Isu ketiga nak tahu jugak. Sudah semestinya aku sibuk mencari bahan-bahan untuk buat draf proposal ni. Mungkin jugak kena buat borang soal-selidik. Nak kaji pasal adat perpatih. Nak ambik kesempatan jumpa  atok-atok sedara kat kampung, boleh balik rembau selalu kalau macam ni. Haha, Dr.Syahril sangat lenient to his student. I mean, at first thought, it's not as tough as you think. Semoga proposal aku ini dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Aku mahu A. Ocha, kau mesti dapat A!!!




Saja letak walaupun tak ada motif dengan tajuk.
Lama bebenaw tak tayang gambaw kat sini yaw.




p/s: prestasi turun dengan mendadak last sem, maka sem ni harus kurangkan kontroversi. doakan saya! harus doakan saya...!!!

Monday, March 5, 2012

uNtUk AdiK-aDiK



Assalamualaikum wbt



Agak lambat aku dapat mood untuk tulis pasal ni. Semuanya sebab sibuk ulang-alik shah alam (konon ayat sibuknya). Spent time dengan family. Shopping puas-puas. As i said before. Memang puas. Sampai habis dah duit gaji aku kerjakan. Tapi orang shopaholic begini kau harus biarkan saja. Jangan tegur, jangan cakap apa-apa. Rakan sebaya aku semua berperangai sama. Jadi anggaplah itu perkara normal.




Tapi walaupun aku seronok dan gembira dah dapat gaji, dah habis kerja, dah shopping sakan, dah lepas gian lepak dengan family puas-puas, tapi aku masih rindu suasana kerja. Pertama kali sejak aku berkerja aku rasa berat sangat nak berhenti. Semuanya sebab aku kenal insan-insan ni.




Wah, ayat ‘insan-insan’ padahal...




Khairil Adli

Orangnya kecik je. Tapi paling kuat cari pasal dengan aku. Paling rajin mengusik aku. Paling suka menyusahkan hidup aku. Sehari kalau tak raging aku buat air, tak sah. Kadang-kadang bila hot tempered dia datang, rasa macam nak nangis pun ada. Selamba je tengking orang. But still, he’s cute. Aku banyak tulis nama dia dalam diary masa awal-awal kerja dulu. And he’s the only guy yang aku rasa macam handsome sangat bila merokok. Maybe sebab dia kecik kot. Tapi smokers lain, sorry. A big NAY to you. Tapi Adli, still merokok tak baik untuk kesihatan ok.




Muhammad Firdaus

My new apperantice dekat western department. Sangat pendiam. Tapi dengan aku dia bising. Banyak benda dia nak tanya. It’s ok lah since aku pun bukan rajin sangat nak start conversation kalau orang tak mulakan dulu. Then he’s the only one yang buat aku rasa selesa sangat dekat kedai tu kot la tiba-tiba rindu nak speaking tapi tak ada sesiapa yang faham kan, so aku akan speaking dengan dia. Really he’s so well mannered guy. Sangat lelaki melayu terakhir.




Hanif

Taklah berapa pendiam sangat. Tapi tak cukup ramah untuk katakan yang he’s a talkative person. Sedikit pemalu dan agak lurus. Tapi dia sangat baik. Willing to do anything. Maksudnya if you ask for a favor, dia takkan tolak punyalah. Aku suka usik dia. Kalau dia sorang-sorang, tengah feeling-feeling ke, aku suka sergah dia. And one thing for sure, dia takkan marah. Paling-paling pun dia akan senyum then geleng kepala.




Hadi

Not really close with me. But dare enuf to start a quarel eh macam apa ayat aku ni? Maksudnya macam bagus sikit la budak ni nak cari pasal dengan aku walaupun aku tak rasa nak cari pasal dengan dia. Paling selamba dan kalau nak cakap dia agak kurang ajar pun eh tak baiknya aku cakap anak orang kurang ajar. Tapi he’s still a nice guy. Masih tak lokek senyuman ataupun pertolongan kalau orang memerlukan. Comel kan?




Azim

Manusia paling bermasalah dan yang paling aku annoying dekat situ. Suka cari pasal dan aku rasa meluat even nak pandang muka dia pun. Sekian, nak cakap pasal dia pun aku malas.




Siti

Comel. Gelabah. Dan banyak mulut. The latest newcomer dekat kedai makan tu dan the only anak dara yang se’geng’ dengan aku. Kuat makan. Tapi rajin. Sometime aku kesian dekat dia. Background family dia. Education dia. Financial status dia. I learned a lot from her. Dia buat aku rasa bersyukur dalam hidup aku. Dia juga buat aku rasa harta-benda tu tak penting mana kalau nak dibandingkan dengan nilai budi bahasa dan kasih sayang. Still I really thankful for everything.




Semua nama dekat atas tu, ialah adik-adik yang mengadap aku selama sebulan dekat Hafiz Tomyam tak tahulah kenapa tapi kali ni aku berat sungguh rasa nak berhenti kerja. Kalau bukan sebab cuti aku dah habis, memang konfirm aku kat kedai tu lagi sekarang. Semua tu sebaya adik aku. Baru habis SPM and buat part time. Comel-comel belaka. Sorry gambar tak ada. Tapi kalau aku dah cakap comel tu memang comellah!





macam depa ni pun adik-adik aku jugak ni




So, aku hanya mampu doakan yang terbaik untuk mereka. Adik-adik akak, kerja baik-baik!

the history

Followers