Wednesday, May 9, 2012

HaViNg A MoRniNg SiCkNeSs - I LoVe mOm


ASSALAMUALAIKUM WBT


Aku rasa mual tiba-tiba. Macam morning sickness apakejadah pulak tengah-tengah malam begini mengidam nak makan asam kan. Jeling rumet ada dua bijik oren sunquick rasa macam nak mintak sebijik tapi dia dah tido pulak. Maka tahankan sajalah huish seronok pulak nak cerita morning sickness time-time macam ni kan. Alhamdulillah, test retailing akhirnya berjaya aku sudahkan. Pasrah redho dan tawakal, itu yang sebaiknya aku lakukan sekarang.




Dan Mei pun telah tiba. Bukanlah aku menulis entry ini kerana Hari Ibu yang kononnya setahun sekali disambut itu bakal tiba. Aku tak teringat langsung pun pasal Hari Ibu kejadah semua ni. Mother's Day is everyday kan aku pernah cakap dulu. Just suddenly because I feel like morning sickness ni, then I thought about how was my mother during her time, having me in her womb. Having me as her first child. She must really having a hard time struggling with her body changes. I don't know. I never ask detail. Have you?




Bertuahlah ibumu mempunyai anak sepertimu. Aku, dengan jujurnya, rasa malu dengan diri sendiri. Aku bukan anak yang baik. Terus terang. Walaupun ibu katakan dia senang denganku, walaupun ibu katakan aku anak yang baik, patuh kepadanya, akur suruhannya, tetapi aku masih manusia. Aku juga punyai hati yang muda yang kadang-kadang tak mampu aku nak kawal. Seriously, I am worst in handling my own emotion. Kalau diri sendiri pun tak pandai nak kawal, apatah lagi perasaan orang.




Deep inside my heart, I realized that I hurt a lot of people lately. Including my mom. And I regret it to make her tears falling because of me. Sesungguhnya aku telah menjauhkan diri aku dari mencium bau syurga. Sesungguhnya aku telah melakukan dosa besar itu. Sesungguhnya Allah pernah tidak redha kepadaku. Because I hurt her with my words. And I let her hold it for almost a week. I did realized it. But I was too ego to admit that. 




Alaaa, cakap macam tu je bukan aku tengking atau maki hamun dia. Sesungguhnya, itulah bisikan syaitan yang aku dengar masa itu. Without me realized that hati ibu itu adalah selembut-lembut ciptaan Allah, sehinggakan Allah melarang kita mengatakan 'ah' kepada ibu. A word like that will make you become such an ungrateful child apatah lagi kalau ayat yang panjang berjela.




Alhamdulillah, Allah masih beri peluang kepadaku. Allah masih panjangkan usiaku. Lalu aku sembah kaki ibu. Aku menangis memohon ampunnya. Aku katakan bahawa bukan niatku untuk menyakiti hatinya. Aku katakan bahawa aku terlanjur mengeluarkan kata-kata itu. Sesungguhnya, tiada ibu yang tidak akan mengampunkan dosa anaknya. Katakan kepada aku. Ibu mana yang mahu mendoakan anaknya masuk neraka. Katakan kepada aku. Jika kau menjadi ibu, adakah kau akan menyumpah maki hamun anakmu sendiri? Ok, belum jadi ibu lagi so tak payah cakaplah.




Dan Rasulullah bersabda, 
maka taatlah kepada IBUMU, IBUMU, IBUMU dan kemudian barulah AYAHMU.




Nak katakan betapa tingginya darjat seorang ibu sehinggakan redha Allah itu juga akan sampai kepadamu apabila redha ibu itu bersamamu. Dan semestinya bukan aku suka-suka nak share cerita perbadi aku dekat sini melainkan sebagai pengajaran dan iktibar. Aku tidak mahu orang lain juga melakukan dosa seperti aku. Selagi nyawa belum terpisah dari jasad, selagi Allah memberi kita kesempatan, ucapkanlah cinta kepada orang tuamu. Sehari sekali, mak-ayah, aku sayang padamu. Amboih, cakap dekat boyfriend girlfriend doplohpatjam tak da hal pulak.




Sekian. Dan begitulah kataku. Luahanku yang tiba-tiba rindukan ibu malam-malam macam ni. Dan juga sebab tiba-tiba rasa mual tadi. Morning sickness? Jujur. Aku tak sabar hendak mengalaminya.


2 comments:

Nafisah Ruslan said...

sayang ibu bawa ke syurga :)

Unknown said...

sayang ibu juga adalah tanggungjawab kita...

the history

Followers