Bismillahirrahmanirrahim
"...mencapai sesuatu yang diinginkan bukanlah sesuatu yang mudah..perlu usaha dan keyakinan yang tinggi di samping kemantapan dalam menyusun strategi kehidupan..sekarang mahupun akan datang..pandangan insan-insan berdekatan dijadikan pilihan dan panduan..agar setiap jalan yang dipilih tidak mengikut jalan nafsu semata-mata...kemudian...bila masih lagi sukar membuat pilihan..beristikharahlah,sera hkan pada Dia yang Maha Kuasa..sesungguhnya itulah sebaik-baik panduan duniawi & ukhrawi...Insya-Allah.."
Bukanlah aku yang namanya bijak menyusun strategi itu,
Bukanlah aku yang namanya suka berteman rasa putus asa,
Bukanlah aku yang namanya tidak yakin mencuba,
Bukan jualah aku yang tidak merujuk insan-insan sekeliling,
Yang terdahulu makan garam daripadaku,
Yang terdahulu merasa pahit manis kehidupan,
Aku juga mahukan kejayaan,
Sudah aku istikharah kepada Tuhanku,
Sudah aku mohon petunjuk dari Kekasihku,
Mengharapkan jawapan terbaik,
Yang tidak menghampakan,
Yang menenang dan melapangkan,
Ternyata,
Dia telah memberiku petunjuk itu,
Dia menjawab persoalanku,
Membalas keluh kesahku,
Kata-Nya,
Bersabarlah...
Sesungguhnya, itu yang baik untukku,
Kata-Nya,
Bertahanlah...
Sesungguhnya, sabar itu indah,
Katanya,
Percayalah,
Ada hikmah dia siapkan,
Ada hikmah dia siapkan,
Diamku dalam tangis,
Aku bertanya sendiri,
Bagaimana harus aku
kuatkan hati ini,
Bagaimana harus aku kukuhkan iman ini,
Di mana semangatnya,
Di mana cekalnya,
Rapuh,
Tidak mampu aku ucapkan,
Nescaya jika semilir angin lalu pun,
Pasti mampu menggoyahkannya,
Ketahuilah,
Aku tidak kuat,
Aku bukan seperti yang kau sangkakan,
Aku tidak mampu berterus-terang dengan semua orang,
Aku tiada mampu mengorak langkah memulakan perhubungan,
Apatah lagi denganmu,
Ketahuilah,
Hanya yang aku mampu,
Bertahan dalam tahajutku,
Berdoa dalam munajatku,
Meratap dalam sembahku,
Kerana aku hawa biasa,
Nafsunya sembilan berakal tunjang...
ketahuilah juga,
aku tidak tahu sejak bila aku pandai bermadah begini...
6 comments:
nice :)
aku suka.. macam kene je dengan perasaan aku yang sekarang ni.. huhu
weh, ak dah padam fb. aku dah lantik ko sbg admin usratul uthman.. ko handle group tu baik2 ea.. hehe.
kimslam kat sume..
weh, asal nk memadam2 fb bagai ni... ada masalah ke? citer kt aku weh bk..
beselah.. kalau bercinta jumpa yang kita tak suka kan.. so better aku padam je.. aku lagi senang xde fb ni.. hehe
tak mahu share? ceritalah.. tulis entry, express ur feeling. I did e same n it works even just a little bit.. kalau xmau, txt me huh..
aku dah tulis dah pun.. yang entry cercur tu.. tapi im ok now :)
dah bace dh.. tp x detail pun. but sure ni ko ok?
Post a Comment