Wednesday, May 16, 2012

uR aURaT iS nOt FoR pRoMoTiOn


wanita..

jangan kau robekkan maruah dan keperibadianmu yang sangat tinggi nilainya dengan ditayangkan ke sana sini, cukuplah apa yang digariskan oleh Islam iaitu wajah & kedua belah tapak tanganmu, garisan manhaj Islam itu ada kemanisannya, cuaca panas, rasa kuno dan perasaan angkuh dengan kecantikan yang diberi, harapnya bukanlah alasan untuk aurat-auratmu ditadahkan pada pandangan mata lelaki yang ketagihkan dosa..tutuplah selagi ada masa..takut nanti tak terjumpa jalan ke syurga,jalan neraka pula yang menanti diri-dirimu.....^_^



In the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful,
Peace be upon him, Rasulullah SAW,
Assalamualaikum wbt,



Tersenyum aku melihat status si dia. Bertambah rasa cinta, menyemai kekuatan iman di dada. (pengsan baca tulisan sendiri). Walaupun hakikatnya memang betul. 'Sakit' aku belum sembuh lagi. 'Normal' aku masih tak dapat dikesan lagi. Aku pasrah dan redha saja bila classmate aku tegur semalam. (memang classmate aku sangat concern hari-hari mesti ada nak tegur). Katanya, you're-acting-weird. Kau-ok-ke? - Nodding. Smiling. I'm totally fine. But in different way. My own way. The way that I choose. The way He wants me to choose. Allahu akhbar. I can say this is such a miracle. Not that BIG MIRACLE  macam wahyu turun dari langit ke apa kan, but still it was pretty much affected on me. Pretty MUCH ~




Iklan sekejap sebab mood jiwang tiba-tiba.




I was admired with this statement. Katanya, dia tak mahu perempuan yang bertudung, tapi mahu yang menutup aurat. Boleh bezakan tak? Perempuan yang bertudung memang banyak. Ramai I mean. Alhamdulillah. Tapi berapa ramai yang bertudung dan menutup aurat? Ye. Memang aku suka cakap pasal tudung-tudung ni. No offend please. But this is part of my duty jugak. In the mutual teaching of Truth and of Patience and Constancy. (surah al-asr, 3rd verses). And since my eyes can't stop looking around, observing and thinking, as I used to said in previous entry, depa ni bukan tak tahu guideline yang Allah tetapkan dalam menutup aurat, tapi lagi suka dok buat pekak, buta, bisu. No offend lagi sekali. Aku juga pernah sesat begitu!








"And tell the believing women to lower their gaze (from looking at forbidden things), and protect their private parts (from illegal sexual acts, etc.) and not to show off their adornment except only that which is apparent (like palms of hands or one eye or both eyes for necessity to see the way, or outer dress like veil, gloves, head-cover, apron, etc.), and to draw their veils all over Juyubihinna (i.e. their bodies, faces, necks and bosoms, etc.)..."

An-Nur verse 31




Suka aku main highlight-highlight sekarang ni kan. Ye. Memang. Saja nak kasi mata aku yang dah mula start main-main-rabun dengan aku ni jelaih (jelas versi utara) sikit kang nanti senang aku nak refer kalau tiba-tiba syaitonirrojim datang nak bawak aku ke jalan kesesatan kembali kang. Nauzubillah. And because all these times I do aware and knowledge about it tapi sengaja memilih jalan kesesatan, jadi janganlah hangpa pun dok jadi macam aku - dipersilakanlah kembali ke pangkal jalan. Ingat apa yang ustaz ustazah kita pernah dok ajaq time skulah dulu. Walaupun tak skulah agama tapi mesti ada skulah KAFA pakai baju putih kain hijau kan?








Pakailah tudung ikut guideline al-quran. Tundukkan pandangan. Tutup semua anggota badan melainkan muka dan tapak tangan. Dan LABUHKAN TUDUNG. Just LABUHKAN je. Ada al-quran mention suruh pakai tudung bulat yang hok jahit kat tengah tu? Tak ada. Jadi kalau nak pakai shawl silakan. Nak pakai tudung segera, tudung express, tudung Indons dan adik-beradik dengannya silakan. Nak pakai tudung bawal silakan. Nak ikut gaya Yuna, Hana Tajima, Diana Amir juga dialu-alukan. Dengan syarat LABUHKAN menutup dada dan pastikan ia TIDAK JARANG.




Aku tak rasa dua syarat itu susah. Cuma lagi cantik kalau dipadankan dengan baju yang longgar. Tutup punggung. Tundukkan pandangan. Tak ada istilah nak jadi ustazah dekat sini ok! Kalau mak ayah kita tak kasi buat itu ini, pasti ada sebab. Allah buat guideline macam tu juga pasti ada sebab. Muslimah's beauty is not for promotion. Not for attraction. But special, exclusive just for him entitled your husband. Kesian kat laki hang dok tengok benda yang orang lain dah tengok dulu. Tak ada yang special dah. Gomen.








Malaysia memang panas. Biaq pi. Do you have any idea how hot there in Neraka Allah? Orang nak pandang sinis dekat kita. Biaq pi. Asalkan Allah pandang kita dengan pandangan rahmat-Nya. Orang nak cakap kita kuno, tak up-to-date. Biaq pi. Tanya dia balik, iman-hang-dah-up-to-date ka? Subuh pukui berapa tadi? Jangan bagi alasan belum-dapat-hidayah. Tu lagi kuno! Lagi tak up-to-date. Sudahlah. Korang mesti nak cakap aku poyo tulis entry macam ni kan? Fine. Memang aku poyo! Tapi aku bukan munafik. So mana lagi best? Jadi poyo atau jadi munafik? Ok bye!




Nah. Bonus!


Sekian,
Ambik yang baik-baik sahaja ya,
Yang tak baik, biaq pi




p/s: memungkiri janji juga tergolong dalam ciri-ciri munafik. tapi aku bukan mungkir janji, cuma postpone janji. hani cepat date nanti ada orang update status perli aku! sentap~

2 comments:

Sayidah Nafisah Ruslan said...

sokong seratus peratus entry ni :)
biar kita poyo sekarang sebab dekat akhirat nanti kita yang kene sebab munafik.. huhu

Unknown said...

yep.. panas telinga pun, tahankan saja.. cakap2 org bukannya lama. yg pentingnya dekat akhirat nnt. itu yg selama-lamanya. yg abadi..hew~

the history

Followers