Sunday, June 10, 2012

BeRtEmU kEraNa ALLAH, bErPiSaH PaSTi TaK gELiSaH



Rasa macam nak jadi aktivis alam sekitar sekejap. Nak suruh semua orang pakai kipas je instead of air-cond. Jangan pakai kereta, pakai public transport je. Jimatkan elektrik please. Tapi bukan senang nak cakap macam tu dekat semua orang sekarang masak pun bukan pakai gas lagi. Tak ada elektrik, laparlah. Tak ada elektrik, macam mana nak siap esaimen? Sebab bumi Malaysia semakin hari semakin panas. Suhu melampau-lampau sampaikan sidai baju dekat tingkap je pun. Tapi tak sampai sejam dah kering.






Kalau matahari tak terik pun peluh boleh mencurah-curah ke ladang gandum apatah lagi kalau tengah terik rasa macam sejengkal bertenggek atas kepala Allahuakhbar, macam manalah agaknya saat di padang mahsyar nanti ye? - terusmuhasabahdiri.




Astaghfirullah-al-azim, lupa nak bagi salam. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang. Juga selawat dan salam atas junjungan baginda Nabi Muhammad sollallahu alaihi wassalam. Maafkan saya. Excited sangat nak bercerita sampai terlupa. Siyes terlupa.




Semalam selesai dua aktiviti. Pagi sampai petang dekat FRIM, Kepong sempena Family Day APB (Akademi Pengajian Bahasa) aka Program Mentor Mentee yang mungkin untuk kali terakhir. Dan sebelah malam pula, Dinner MCC (Melati Computer Club) yang terakhir jugak. Memang at the end of dua-dua aktiviti tu air mata tak boleh berhenti mengalir sebab rasa sedih sangat bila mengenangkan ini kali terakhir dapat bersama dan berkumpul dengan mereka. Mudah-mudahan diberi izin untuk bersama lagi di masa hadapan. Insya-Allah.





Dah buat pertama kalinya dalam hidup, selama hampir 22 tahun bernafas di bumi Allah ini, saya membeli t-shirt muslimah. T-Shirt yang memang labuh selabuh baju kurung tu. Malu nak mengaku. Tapi seriously, this is the only t-shirt muslimah I had. Yang ditempah khas sempena Family Day semalam oleh kelasmet. Jadi, bila semua orang tempah yang biasa, saya tempah yang 'luar biasa' sikit. Bayar lebih tak apa. Mak ayah sure tak marah. Dan mungkin sudah sampai masanya perubahan luaran seiring dengan perubahan dalaman. IsyaAllah lepas ni akan bertambah banyak koleksi baju begini. Sebab bila pakai semalam rasa best sangat. Rasa macam ^_^  <----- macam ikon ni...hihi.




gambar yang di edit dengan keterlaluan.
macam kena penyakit kuning semua orang hahah.




Dan semalam juga, abang sepupu saya kahwin. Dah seminggu akad nikahnya. Tapi semalam kenduri belah lelaki. Tapi dua-dua belah pun saya tak datang. Maaf sangat-sangat. Apapun, kepada abang Ali and kak Ain, Tahniah ye.






Baik, baik. Melalut pun sudah panjang. Kerja pun terhenti separuh jalan. Apapun, kenangan semalam teramatlah indah rasanya dah hampir tahun 3 tahun bersama tapi rasa cepat sangat masa berlalu. Baik dengan APB mahupun dengan MCC. Tapi yang memang berpisah terus tu dengan MCC la. Kawan-kawan APB, insyaAllah lepas habis praktikal 3 bulan nanti boleh jumpa lagi sebab nak masuk kelas untuk part 6 dan viva dan finishing school dan dinner juga. Moga panjang umur mudah-mudahan dapat berkongsi gelak tawa macam semalam lagi.




Walaupun sedih, ingatlah, bila hati bertemu kerana Allah, kita tidak rasa gelisah bila berpisah. Berdoalah, semoga ukhuwah yang terjalin itu berpanjangan. Moga dipertemukan di lain kesempatan hendaknya. Amin. InsyaAllah. ^_^




untuk kalian yang sentiasa dalam ingatan,




2 comments:

Sayidah Nafisah Ruslan said...

fsa pun teringin nak pakai baju muslimah macam tu tapi tah bila nak start tah.. huhu..

doakan untuk fisa jugak ek :)
kita jangan berpisah sekarang.. biar kita sentiasa bersama.. cewah.. hehe

Unknown said...

kalo fisah pakai, xjd bju muslimah, jd jubah teghoih..haha. insyaAllah, satu hr nnt..

p/s:selagi ada usratul uthman, selagi itulah kita akn bersama ^_^

the history

Followers