IN THE NAME OF ALLAH
THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
PEACE BE UPON HIM, PROPHET MUHAMMAD, RASULULLAH SAW
Once again Alhamdulillah, my chapter 3 proposal is finally done. Presentation retailing pun done. Tunggu presentation Information System besok which I really feel like Alhamdulillah seriously rasa lega sangat sebab kebanyakan perkara dalam list-to-do sudah 70 peratus selesai. Minus isu tak-tahu-nak-praktikal-kat-mana-lagi. Hmmm, yang tu susah nak cakap. I got no feeling towards that.
Merepek juga APB ni tak mahu bagi student dia praktikal kat tempat sendiri padahal student dia la yang aku rasa paling universal sekali mana-mana department nak masuk pun boleh, administration boleh, editing boleh, publishing boleh, translating boleh, writing boleh, belum masuk skill minor yang marketing, management, retailing tu semua. Haish, semput aku rasa itu pun susah sangat nak lepaskan apa anak emas sangat ke student APB ni?
Haa, ambek dah lama rasanya aku tak tulis entry yang emosional macam ni. Saje la tu, Nak bajet-bajet marah konon geramlah sangat padahal sebenarnya aku ok je. Dah lama pasrah dah sebab second half-semester ni bila hati semakin tenang jadi semua benda pun boleh dilihat sebagai positif. It's true that I'm quite annoying with the decision earlier tapi sekarang aku-dah-lama-pasrah-dah. Tak payahlah sampai nak bergaduh dengan dekan, nak sumpah-sumpah dekan apa sume. Itu pasal la tak berkat macam mana nak dapat dekan?
Oh bercakap pasal dekan eh bukan-bukan, bercakap pasal list-to-do yang dah hampir siap tadi, aku terus teringat nak buat sesi luangkan masa dengan kawan-kawan. Nak jalan-jalan cari makan tapi term tu macam err, term zaman dulu-dulu pulak rasa so instead of that kita tukar dia jadi sesi mengeratkan ukhuwah...hikhikhikseramayatakunih. Dan sempena study week yang bakal menjelma ni. Sempena sem depan saya takkan berada di sisi anda lagi. Sempena musim rindu-rinduan yang bakal menjelma nanti. (kalauakulayakdirinduilah). Aku nak la spent time dengan rakan-rakan sebaya. Alert the name, Haajar, Hani, Linda, Lydia, Fara, Mimi, Yaya, Roy, Zura and Fay! Phew... Anytime ok. Just name it. At least minum ABC dekat DC pun jadilah ^_^
Dan insyaAllah, khamis malam jumaat ni ada majlis baca yaasin dan solat hajat anjuran tidak rasmi MCC dekat blok aku ni. Tapi dekat bilik orang lainlah. Bilik aku santek sangat tak appropriate for that event. Jadi sesiapa yang berkesempatan, dijemput hadir. Ada makan-makan juga. senyum-bahagia-bila-mention-pasal-makan. Harapan paling besar, mintak-mintak bulan tak mengambang. Ok itu saja.
Sekali lagi entry yang tak berapa nak berilmiah. Belum terfikir topik-topik yang sesuai nak post dekat sini. Ada yang umum, umum sangat. Yang sensitif, sensitif sangat. Sudahnya, keluar la entry macam ni.
Saya memang pendiam lately...
Tapi for those I've mentioned above...
Ayat yang last tu GIST dia okeh ^_^
Sekian dulu, InsyaALLAH, ilham itu akan tiba.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
No comments:
Post a Comment