Wednesday, June 6, 2012

HaDiaH BuaT pEnGaNTiN BaRu ^_^


IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL,
PEACE BE UPON HIM, PROPHET MUHAMMAD SAW,
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH



Malaysia sekarang semakin panas ek? - tibetibepunyastatement. Eh, tapi api neraka lagi panas. Ingat tu. Jadi kepada para wanita di luar sana (khususnya kawan-kawan akhowat saya), sedikit peringatan, jangan jadikan itu sebagai alasan untuk tidak memakai tudung labuh, stoking atau sarung tangan. Watch out your aurat. Oh, peringatan untuk saya juga ^_^



Dan sekian saja, iklan tak berbayar. So entry hari ini merupakan sedikit hadiah buat seorang sahabat yang pernah sama-sama menuntut ilmu di bumi Maahad Ahmadi suatu ketika dahulu, sempena perkahwinannya. Tidak ada hadiah yang mampu kami siapkan, cuma sedikit doa yang aku himpunkan daripada kawan-kawan Usratul Uthman mendoakan kebahagiaan yang berpanjangan buat Pengantin Baru kita ni haaa. Azmuddin nama dia.




Tahniah Azmu. Ini saja wakil-wakil yang dapat datang dan berkesempatan berjumpa nta di hari bahagia hari tu. Dan Luqman juga. Tapi dia lambat sikit. Apa pun, lauk kenduri best ^_^




"Perkahwinan adalah satu institusi yang mulia kerana ALLAH SWT telah menjadikan lelaki dan wanita supaya mereka dapat mendirikan rumah tangga dan dengan itu mereka dapat hidup aman damai serta berkasih sayang." 

- in simple term, bercinta dengan cara yang halal.







Jadi first of all, saya sebagai tuan belog ini, ingin mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada sahabat saya, yakni sahabat kami yang bernama AZMUDDIN BIN RAZALI. Sebab beliau kelasmet pertama yang mendirikan masjid antara kami semua maka keterujaan tu jadi lain macam sikit...^_^ - (aku pulak tiba-tiba rasa nak kawen)





"Assalamualaikum wbt Azmuddin dan zaujah. Pertama sekali, mabrouk alaik. Syukran atas jemputan ke kenduri walimahnya. Harap-harap dapat berkat tahun depan turn aku pulak kawen (ochamimpidisianghari). Apapun, aku ucapkan selamat menempuh alam baru. Beralih fasa kehidupan beerti bertambahlah tanggungjawab dan amanah dibahu. Be the best LEADER. Ok, semoga bahagia hingga ke syurga." - nak bagi speech konon macam aku pulak yang dah kawen dulu. (Ain Nathasha Omar a.k.a Ocha Omar - Shah Alam, Malaysia)




Dan kawan-kawan, maaf sebab aku stalk fesbuk korang untuk ambik gambar. Jangan marah yaw. Jadi kepada Azmu...





"Tahniah dan selamat pengantin baru buat Azmuddin dan pasangan :) Semoga jodoh kalian berkekalan hingga ke akhirnya :) Amin :)" - Ainnur Awatif (peminatkpoptegar) - Malaysia.





"Selamat Pengantin Baru buat Azmuddin dan zaujah... Tahniah... Semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah.. Moge kekal ke akhir nyawa kalian berdua dan moge dikurniakan aulaad dan banaat yang soleh serta solehah macam kalian :)" - Nurul Jannah @ Ummu Anisah - Nilai, Malaysia.





"Assalamualaikum. Selamat Melayari Bahtera Rumahtangga kpd Azmuddin dan Iffah. Barakallahulakuma. Semoga tabah dan sabar melayari hari-hari mendatang. Sy doakan kalian bahagia hingga ke syurga." - Rahhayu Abd Rahman (gambartakdapatdikesan) - Rembau, Malaysia.





"Selamat pengantin baru wat Din dan isteri. Semoga kehidupan baru ni lebih membuatkan kalian lebih bermakna dan sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan dari-NYA. Maap xpat dtg kenduri kawen ri tu. I wish both of you have a great moment in your life. Cepat2 la pat baby, leh tunjukkan kt kitorang ni..hehe" - iklas drp Zul Azreen & Mai (korangbilelagi?) - Nilai, Malaysia.





"Alf mabrouk wat Azmu dan pasangan. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Maaf tak dapat hadir walimah kerana tarikh tu sama dgn walimah kakak mun. Wish both of you all the best.." - Sharifah Munirah & S.M.S's Family - Ex-Morocco skrg Seremban, Malaysia.





"Sekalung tahniah diucapkan kepada Ustaz Azmuddin dan zaujahnye. Semoga kekal bahgia hendaknye. Tiada hadiah yang dapat dikirim melainkan doa agar diberkati keduanya dan menjadi pasangan yang bersatu kerana-NYA dalam membina bait muslim yang akan melahirkan para mujahidin/mujahidat. Buat Azmu, semoga sentiasa bersabar dalam membimbing makmumnye yer. Jadilah IMAM yang terbaik untuk MAKMUMnye. 


Perkahwinan itu seperti laut. Dari pantai kita lihat sungguh indah pemandangannye. Tetapi apabila kita sudah menebarkan layar di tengah-tengah lautan, barulah kita merasai bahawa laut itu penuh dengan ombak dan geloranya. Maka bertindaklah sebagai nakhoda yang bijak dalam membuat sebarang keputusan dalam menentukan hala tuju pelayaran itu. Anak kapal hanya menurut. Nakhoda yang memutuskan kata-kata. Semoga sampai ke muara yang dituju insyaALLAH. Tu je kut...hehehe. Selamat-selamat semuanya. Aku gembira dengan kegembiraan sahabat-sahabat aku :)" 


Nukilan perantau mesir - Sya'rani (tokey donat) - Kaherah, Mesir.





"Amin [via Celcom SMS]"- Sarah Nur Al-Hafiz (Maisarah) - Nilai, Malaysia.





"Selamat pengantin baru. Selamat menjalani hidup berumah tangga yang diredhai Allah. Banyakkan zuriat supaya satu hari nanti dapat menjadi pemimpin yang di redhai. Doakan jodoh kitowang pulak lepas ni...hehehe." - Sayidah Nafisah (budakcomeltaktahukenapa) - Segamat, Malaysia.





"Tahniah Azmuddin n pasangan. Telah selamat masuk ke alam perkahwinan yang serius lain dari zaman bujang. Kalo bujang-bujang dulu bleh men game, FIFA sampai kena belasah 10-0 ngan Lyon. Tapi kalo da kawen ni kena bagi masa untuk family, pembelajaran dan lain-lain. Dah tak leh noty-noty tapi almaklumlah lelaki NORMAL memang noty sket...kikiki. Dan terakhir maaf la tak dapat nak datang walimah. Jarak antara dua benua yang memisahkan kita. Kami cuma doakan dari jauh la...:P Doakan kami yang bujang-bujang ni cepat sampai seru... K, itu je. Assalamualaikum ^_^ "- Izat Saleh a.k.a Bobo - Kaherah, Mesir.





"Tahniah Azmu. Semog bahagia di samping isteri tercinta... cheewaahhhh.... hahahahah. Sampai anak cucu cicit n piut...hahahaha. T time aku kawen kalo ko tak datang aku carik ko sampai lubang cacing... hahahahahaha." - Nur Harzizan Mohd Zaki a.k.a jijan - Nilai, Malaysia.





"Merahnya inai dijari, tanda kasih sudah termateri. Ikatan raja sehari." Kudrat -Nilai, Malaysia.





"Wah, akhirnya Azmu dah menamatkan zaman bujangnya...tahniah." 
- Nabyha Jalal - Nilai, Malaysia.





"Tahniah diucapkan kepada Ustaz Azmuddin yang akhirnya menempuh alam perkahwinan, dimana nikmat dunia yang ditunggu-tunggu oleh setiap insan yang bernama manusia. Semoga hidup kalian berdua setiap dilimpahi rahmat & nikmat oleh tuan empunya dunia. Satu ungkapan yang boleh dikongsikan "ramai orang mencari kebahagiaan tetapi tidak mencipta kebahagiaan." Jadi ciptalah kejayaan dan kebahagiaan di dalam rumah tangga Ustaz. Satu lagi, jangan lepaskan peluang dan ruang yang diberi. Sambar jew...hehehehe." Muhammad Qayyum (bajetartissangatkemain) - Bangi, Malaysia.




gambartakdapatdikesan

"Selamat melayari bahtera rumah tangga... ✿♥‿♥✿ " - Atas Satu Nama (Luqman) - Petaling Jaya, Malaysia.




"Moga bahagia Azmu dengan pasangan & diberkati oleh-NYA kerana perkahwinan adalah satu ibadah yang paling agung. Pandulah dengan cermat agar tak tersasar dari destinasi. Haa, macam pandu kereta daa." - Siti Humaira a.k.a missmyra - Kaherah, Mesir.





"Buat Azmu dan Iffa, selamat pengantin baru ~ Semoga bahagia hendak-NYA" - Siti Salbiah - Kuala Lumpur, Malaysia.





"Tahniah dan Selamat Pengantin Baru untuk Azamuddin dan Nur Iffah, serta pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu, iman yang sempurna, ilmu yang memberi menafaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumah tangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang berbayar, keselamatan di dunia dan akhirat nanti." - Muhammad Firdaus Hadi - Kaherah, Mesir.





"Kepado Azmuddin dan bini er, selamat berbahagio sampai ko penghujung nafas terakhir. Semoga dikurnikan anak yang soleh dan solehah. Tapi ko ingat!!! Bini ko bukan kilang nak buek anak reramai." - Mujahid (Gaban) pencegahmaksiat - Seremban, Malaysia.





"Selamat Pengantin Baru buat Azmu dan isteri. Bercinta hingga ke syurga InsyaAllah. Jangan lupa doakan untuk kami pulak :D" - Nur Shaliza Shafie - Ex-Morocco skrg Seremban, Malaysia.






"Tahniah dan selamat pengantin baru to Azmu dan zaujah. Barakallahulakuma wabaraka alaikuma wa jam'a baina kuma fi kheir.. doakan kami2 plak menyusul pas ni e..hehehe." - Fatihah Mohamad Fisal a.k.a Teha - Mesir.








"Selamat pengantin baru, moga kekal ke anak cucu..:)" - Citra Warna a.k.a Mudd Al-Azim





Sekian. Boleh tahan jugak budak-budak ni punya ucapan. Kemain lagi ye korang. Jadi ada beberapa orang yang tak dapat nak mention kat sini tu kira kategori takdapatdikesan la ye. Apa pun, they will surely pray for ur happiness, Azmuddin. Sebagai penutup, once again, TAHNIAH...^_^ (tulisdenganteruja)









4 comments:

Sayidah Nafisah Ruslan said...

hahahahahahhahahahahahahhahahaha

tergelak je aku baca ko punye ni weh.. sengal.
perlu ke mention2 untuk setiap gambar tu?

satu kata "SENGAL"
hahaha

tapi tengkiu weh :)

Unknown said...

Haha, sengal itu adalah aku.. haa, cepat2 kawen, nnt aku buat entry mcm ni utk ko pulak..haha.

mudd said...

kenape ucapan saya xde?

Unknown said...

Mudd nak buat ucapan jugak? ke nak terima ucapan? hehe.. oh, boley2, nnt msj ocha ye. anytime nnt ocha edit balik. tmbah yg mudd punya ucapan tu ^_^

the history

Followers