Tuesday, June 12, 2012

iT's jUsT a sMaLL TiNy LiTtLe ThiNg


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selawat dan salam atas Nabi junjungan Muhammad SAW,



Aku senyum lebar sekarang. Rasa di hati semakin hari semakin lapang. Sesungguhnya tiada siapa yang Maha Melapangkan melainkan Dia kekasih aku satu-satunya, ALLAH SWT. Alhamdulillah, selesai presentation Information System tadi. Nasib baik leader tukar turn presentation dengan group kedua kalau tak, konfirm postpone presentation tu hari khamis. (Yaw, I prefer to be the early one so that I can breath early jugak) Eh, hari-hari pun nak cakap pasal assignment, presentation, test bagai ni, perlu ke? ^_^ Gomen, gomen. Ok meh kita borak-borak pasal benda lain ye.





Pagi tadi sebelum pergi kelas aku post picture ni dekat wall fesbuk.





Boleh baca kan? Kalau tak boleh, aku post lagi satu versi belog punye... Kejap eh,






Haa, line clear kan? Alhamdulillah, bersyukur Allah masih pinjamkan nikmat melihat itu. So basically that was what I did this morning. Sebab quotes tu macam best je bila pagi-pagi bangun pagi, rasa malas, rasa lemau je macam beskot hup seng yang dah lemau cicah dengan air milo lalu bertambah-tambah lemau wah kemain metaphor aku lama tak tunjuk skill berbahasa kan...^_^ Gomen lagi sekali.




Ok jadi rasa semangat pun terus datang bila baca quotes macam tu di pagi hari. Dan sambil dengar MP3,  melangkahlah saya menuju ke bustop sambil standby duit RM1 kat tangan sekali nampak bas UiTM sedia menunggu, jimat duit seringgit syukur ada bas free.




Nak dijadikan cerita, dalam perjalanan nak pergi lunch dekat DC tengah hari tadi, aku tiba-tiba tergerak dalam hati, "Eh, pagi tadi sebelum keluar bilik dah niat dah nak buat sesuatu untuk orang lain tapi sekarang dah tengah hari aku rasa macam aku tak buat apa-apa pun." Haaa, dalam hati aku cakap macam tu tau. Puas aku fikir nak buat apa? Nak belanja orang makan kang nampak sangat macam pelik tibe-tibe terbaik hati nak belanja orang macam buang tebiat ye tak? Pernah jumpa orang macam tu? Okei maybe la ada tapi normal people don't do that kan?




ok, saje letak sebab boring tak ada pictures ^_^



Dan sampai ke sudah aku tak tahu nak buat apa. Sampai aku pergi kelas retailing petang tadi pun Ya Allah kalau selasa petang je memang aku akan kehilangan lemak paling kurang 3 kilo waaah kemain yakin aku 3 kilo. Sebab dari kenanga aku akan pergi ke Fakulti Bisness dan naik tangga sampai tingkat 7 dan bermandi peluh seperti membanting tulang di sawah. Respiration system pun akan melonjak naik. Tatabahasa akan jadi tak betul bila bercakap. Basically, that is my weekly-tuesday-routine. 





Eh, ini bukan merungut tau. Aku menyatakan syukur sebab menuntut ilmu itu kan fardhu (wajib) bagi orang muslim, maka semestinya kita akan mendapat pahala menunaikannya sebab dalam bab al-ahkam ilmu usul fiqh ada mengatakan begitu. Haaa, jadi menuntut ilmu itu bukan sunat, bukan makhruh apatah lagi haram. So bila hukum dia wajib, bila kita buat perkara yang wajib, kita mesti dapat pahala. Lagi jauh kita berjalan mencari ilmu, lagi baaaaanyak pahala yang kita dapat...hehe, Lupa dah nak cakap apa tadi?




Oh, dan sebab semua orang pun termengah-mengah bila sampai dekat kelas, maka berlakulah penghidratan wah keluar istilah sains tibe-tibe. Kesian weh kawan-kawan aku muka semua macam mandi waterfall. Ok, aku pun. Nampak pulak dekat tangan aku ada botol 100 PLUS. Sejuk lagi tu. Haaa, ambek kau sorang-sorang teguk sampai at last tinggal betul-betul 2 inci dari aras laut eh dari aras bawah botol tu. Kau rasa-rasa apa perasaan aku masa tu?




Weh, aku pun naik tangga jugak taklah tibe-tibe ada telekopter doraemon yang boleh kasi aku terbang senang-senang kan. Peluh aku pun mencurah-curah ke ladang gandum kot. Kalau dulu-dulu, masa aku normal begitulah yang aku akan cakap. Tapi tadi, botol 100 PLUS yang kecik tu, boleh buat dahaga aku hilang walaupun berapa teguk je yang sampai kat tekak. Sebab tak tahulah, mungkin itulah 'little things' yang boleh mengisi 'biggest part' of their heart. Mungkin seteguk air tu sudah menghilangkan dahaga mereka dan membuatkan mereka rasa gembira. Pelik juga kenapa aku tak rasa nak cakap weh-kau-nak-kau-pergi-beli-sendiri-laa! 






Well, itu namanya kuasa Tuhan so aku tak tahu nak komen macam mana. Pelik. Seriyes, perangai normal aku dulu bukan jenis macam tu. Kedekut ya amat. Berkira ya amat. Paling-paling kalau aku bagi pun tapi dalam hati aku mesti menyumpah sakan. Haish, I really had no idea where's my 'normal' being. Sampai sekarang masih tak dapat dikesan. Dah boleh buat report polis belum? Dah lebih 24 jam dah ni.




Jangan berkira sangat dengan oranglah. Kalau tak, Allah pun berkira nak bagi rezeki dekat kita nanti tau~

No comments:

the history

Followers