Friday, June 8, 2012

SeBaB KiTa BuKaN MahRaM



"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik" (Al-Ankabut : 69)



Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt kawan-kawan,
Eh, selawat ke atas Nabi SAW jangan lupa...^_^



Ok, Alhamdulillah. Terkejut macam beruk makcik ocha ni bila tengok traffic entry lepas macam peak hour dekat highway KL-Seremban. Maklumlah, belog saya ni tak glamer, siapa je yang bace, siapa je yang nak stalker (evenIdontreallycareaboutit). Tapi bila post pasal kawen, amboih, kemain semua orang.




Maaf, sebab dalam kelas tadi saya teremosi lagi. I guess I still can't get him out of my head. Suka tau berperangai macam ni. Tak tahulah boleh klasifikasikan diri ni sebagai matang atau tidak. Haish, dah la proposal bab 3 tak start-start lagi ni. Tibe-tibe. Padahal bukak laptop tadi memang dah aim nak bukak folder proposal, nak buat bab 3, tapi bila klick connect dekat celcom broadband terus hilang pedoman tak nampak jalan yang lurus dah (geleng-geleng kepala) Teruk betul perangai kata hari tu dah insaf.






Ok saya ambek masa sekejaaaaap je tulis entry ni. Lepas tu disconnect and tidur eh bukan, disconnect dan buat proposal. Macam mana nak cakap ye. Oh, sebab sekarang saya dah berubah, saya tak mahu gedik-gedik lagi dah. Sebab saya nak simpan gedik tu untuk suami saya nanti. Macam kartun kat atas ni cakap. Tapi dengan orang lain, saya tak tahu nak cakap macam mana. Kalau cakap direct kang takut orang-orang yang berkenaan tu terasa.




Sebab mereka yang saya maksudkan tu, kawan-kawan lelaki saya. Mereka bukan mahram saya. Mereka haram sentuh saya. Tapi halal bila dah kahwin dengan saya. Jadi saya kena behave. Bukan depan mereka saja tapi depan laptop pun sama. Meaning that kalau saya tak boleh sembang-sembang, gedik-gedik dengan lelaki face-to-face, sama la jugak saya tak boleh sembang-sembang, gedik-gedik, saja suka-suka tak ada motif tak ada hal penting walaupun dalam fesbuk, twitter, telefon, sms dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya. Saya tak pastilah apa hukumnnya. Tapi strictly, ISLAM ask us to avoid it.




Jadi kepada lelaki yang tak ada apa-apa relationship dengan saya yang kot tiba-tiba tersinggah dekat belog saya ni, kalau setakat nak tanya tengah buat apa, kat mana, dah makan ke belum, dah mandi ke belum, maaflah kalau saya saja buat-buat offline. Surely, sikit pahala pun saya takkan dapat dengan menjawab soalan-soalan tu. Sebab saya ni bukanlah cukup ibadahnya lepas tu nak tambah dosa pulak kan. Eh, bukanlah berdosa setakat borak-borak dekat fesbuk tu tapi bila hmmm perkara-perkara macam ni boleh je sipi-sipi nak sampai tahap dosa. Lagipun, buang masa tu kan kerja yang sia-sia.








Ok lah. Tak faham tak apalah, nanti saya explain detail. Tapi buat masa ni ada banyak lagi priorities dalam planner yang harus didahulukan. Mungkin suatu masa nanti, InsyaAllah. Mudah-mudahan diberi kesempatan. Kalau tak sabar sangat, gugel jelah. Awak dah besar, awak mesti faham. Jangan terasa dengan saya ye. Jangan buat smiley yang tak smile tu dekat chatbox saya lagi ye. Jangan perli-perli lagi tau. Oh, dan jangan gugel dalam bahasa Jerman sudahlah. Memanglah sampai ke sudah pun awak tak faham ^_^




(kalaudahsepulohtahondokjermanlainceritalah)




Sekian, assalamualaikum wbt.

4 comments:

Sayidah Nafisah Ruslan said...

betul cakap ocha tu.. fsa pun kalau boleh tak mau gedik2 lagi. fsa akan cuba kawal diri.

tapi kadang2 fitrah gedik fsa tu terkeluar sendiri tanpa fsa sedari.. huhuhu

Unknown said...

Aku baca komen ko ni pun dh ada unsur2 gedik weh..haha. Mmg susah nk kawal perangai yg dh jadi habit kite ni. InsyaAllah, prctice makes perfect. pesanan utk diri sdiri dan semua:)

budak degil^_^ said...

hahaha....

Unknown said...

kau kenapa budak degil..??

the history

Followers