BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
SOLATU WASSALAMU ALA RASULILLAH
Hi there.
(Bajet comel aku bagi salam pakai animation)
I got
too much things to say. Pintu Syaaban dah bukak, tirai
final exam jugak sudah naik. But mine, still under cover. Still private and
confidential sebab tu masa balik Shah Alam hantar proposal hari tu rasa gayat
sangat. Ralat seralat-ralatnya. Macam rusa masuk kampung wah keluar peribahasa zaman
UPSR dulu. So that’s why, right now here I’m, in my dearest nest. Tak boleh
duduk Shah Alam masa study week. Pelik dan aneh aku rasa. Maka akhirnya, bagai sirih
pulang kegagang aku pulang ke rumah waah memang paper pertama aku paper peribahasa!
Disebabkan hampir separuh hari
membaham subjek ekonomi, feeling pun dah ala-ala economist, jadi sekarang saya addicted
dengan burger rush. Sebab bila dapat duit hasil jualan burger, rasa bahagia
sangat sampai cakap dengan mak nanti-along-nak-bukak-kedai-burger. Profit lumayan
mampu kau dalam masa sebulan untung 19000 dollar? Dah boleh kira total revenue
hasil jualan burger, then cari net gross profit, marginal cost, bolehlah jadi businesswomen
macam ni.
Sebab ayat-ayat sudah
mula menyimpang dari jalan yang lurus, maka kita cerita pasal Sya’aban terus ok.
Ok, begini ceritanya
sahabat-sahabat yang saya kasihi sekalian,
Selain hadis di atas, yakni berkaitan dengan fadhilat berpuasa pada bulan Syaaban, ada satu lagi hadis yang diriwayatkan
daripada Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Barang siapa yang memuliakan
bulan Syaaban dan takut kepada Allah, beramal dan taat kepada-Nya dan menahan
diri daripada perbuatan maksiat, nescaya diampuni Allah segala dosanya dan
dipelihara Allah ia pada tahun itu daripada cubaan dan penyakit.”
Baiklah. Baca dan renungkan. Tapi
sebelum tu, sekadar nak bagitau kepada sesiapa yang tak tahu, bulan Syaaban
merupakan antara bulan yang mulia dalam bulan-bulan hijrah. Kita tahu yang
Rejab itu bulan Allah. Syaaban bulan Rasulullah. Dan Ramadhan bulan umat Islam
yakni umat Nabi Muhammad SAW. Bulan kita yaw ~ Sebab belum sampai lagi turn
bulan kita, kita sembang pasal Syaaban dulu eh? Oh, dan jangan lupa juga
ucapkan ALHAMDULILLAH sebab umur kita masih dipanjangkan Allah mudah-mudahan
sempat kita bertemu Ramadhan pulak nanti. Chop. Siapa belum habis ganti puasa
angkat tangan! – sila ganti cepat.
So, kalau Rejab hari tu dok
cerita pasal Isra’ Mi’raj, jadi apa yang ada dalam bulan Syaaban ni?
Yang pertama surely bulan Syaaban
sangat femes dengan Nisfu Syaaban. Nisfu Syaaban ni apa ya? Nisfu dalam bahasa
arab maksud dia setengah ataupun separuh ataupun sebahagian ataupun sudah cukup
cukup sudah kau cari sinonim sendiri dalam kamus dewan. So makna dia setengah
Syaaban lah. Setengah Syaaban ni, seperti yang diriwayatkan oleh baginda Nabi
SAW;
Malaikat jibril mendatangiku pada malam nifsu syaaban (15 Syaaban) seraya
berkata 'Hai Muhammmad, malam ini pintu-pintu langit dan pintu rahmat dibuka. Bangunlah dan
sembahyanglah angkat kepalamu dan tadahlah dua tanganmu ke langit!
Aku pun berkata,"Hai jibril, malam ini malam apa?''
Jibril menjawab, "Malam ini dibukakan 300 pintu rahmat. Tuhan mengampuni segala
kesalahan orang yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu, kecuali tukang sihir, tukang nujum, orang yang bermusuhan, orang yang terus menerus minum
khamar (arak), terus menerus berzina, memakan
riba, derhaka
kepada ibu bapa, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan sillaturahim. Tuhan tidak akan mengampuni mereka sampai mereka
taubat dan meninggalkan segala kejahatan itu..."
Onesly aku copypaste. Pasal ayat
dia senang sangat nak faham just aku highlight kan point-point penting wah
mentang-mentang nak exam, blog pun nak main highlight bagai sekarang. Tapi hey
hey dengaq tu. Sia-sia cari pahala tapi kalau terus-menerus bermusuhan sesama
saudara, memutuskan silaturrahim, tak bertegur sapa dengan jiran sebelah apakejadahnya? Lagi-lagi bila nak exam ni kan. Selamba buat orang sentap tanpa menyedari
dirimu begitu berharga tidak dimaafkan kalau mati kejap lagi macam mana? Haaa takuuut.
Yang suka mengadu-domba tu pulak.
Dah besar kan? Dah boleh kahwin kan? Kenapa macam kanak-kanak cengeng
sikit-sikit nak mengadu dekat lecturer cakap kitew menirew dalamw testw? Hei,
kitew budakw baikw taw manew adew menirew-nirew niew apahal kau gedik tulis macam ni? Kita kan belajar sama-sama. Nak menuntut ilmu sama-sama. Bukan nak menjatuhkan orang lain bersama-sama. Malulah orang tengok perangai mecam ni haish.
Jadi, Nisfu Syaaban tu ringkasnya begitulah.
Oh lagi satu lupa nak cakap, pada malam itu juga buku amalan kita akan ditutup.
Jadi sila buat conclusion amalan dengan sebaiknya, wrap up apa yang patut,
touch up balik setahun perjalanan kita dan sekian, tahniah Rakib dan Atid.
Kalian tidak pernah gagal melaksanakan tugas sebagai hambaNya. Aku je yang
selalu fail.
Done! Secondly, sila perbanyakkan
selawat. Ini kan bulan Nabi, jadi sesuailah dengan firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 56:
إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلاَئِكَـتَهُ يُصَلُّونَ
عَلَى ٱلنَّبِيِّ يٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ آمَنُواْ صَلُّواْ عَلَيْهِ وَسَلِّمُواْ تَسْلِيماً
Ertinya: Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu keatas Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya
(surah al-Ahzaab: 56)
Ertinya: Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu keatas Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya
(surah al-Ahzaab: 56)
Nak selawat macam mana tu
terpulanglah. Walaupun dengan rasa ingin menunjuk-nunjuk sekalipun sebab
Rasulullah itu kekasih Allah, jadi selagi mana kita berselawat ke atas Baginda,
Allah tetap akan menerimanya. Susah ke? Siapa cakap susah tu sila lempang pipi
kiri dan kanan sebanyak yang mungkin memang umat yang tak tahu bersyukur kau.
Dan Abu Hurairah meriwayatkan lagi, Baginda Nabi pernah bersabda;
"Sesiapa
yang berselawat ke atasku sekali,
Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh
kali."
Jadi, mari ikhlaskan hati. Rajin-rajinkanlah
diri untuk berselawat ke atas Nabi. Haip! Bukan bulan ni je. Tapi amalkan
sampai bila-bila. Sudahnya bermanfaat juga entry aku. InsyaAllah. Sekian, wabillahitaufiq
walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ^_^
p/s: sumber dipetik daripada iluvislam ^_^
4 comments:
cha,den suko entry nih ^^ weh,skrg dh bape syaaban??mwahaha troknye ak kih3=="
haha, tenkiu2.. aku pun xsure brp.. adela dlm 12 kot..hik3 ^_^
malam ni nifsu syaban..
aku minta maaf kat ko kalau selama ni aku ada salah kat ko. aku dah bukak buku baru ni. aku akan usaha untuk menjadi lebih baik.. insya allah :)
insyaAllah... aku pun mintak maaf jugak.. same2 improve diri ye ^_^
Post a Comment