Tuesday, October 2, 2012

HaBiT YaNg MeNYeDaRKaN DiRi


IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL,
PEACE BE UPON HIM PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT




Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu tetapi mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah."(Riwayat At-Tirmidzi)








Melangkah saja ke luar rumah setiap hari, perkara yang akan aku fikirkan ialah MATI. Ini serius ok. Ayat aku mungkin agak skema tapi tolonglah bayangkan muka aku tengah serius sekarang ni. Fikirkan mati itu dah jadi macam habit. Sebab itu mak ayah ajar, bila naik kereta jangan lupa baca doa naik kenderaan sebab once bila dah keluar rumah tu saraf cautions pun terus akan teraktif secara automatik. Jadi, baca doa naik kenderaan tu pun dah jadi habit. Sebab dulu masa kecik-kecik nak hafal doa-doa harian, doa digubah dalam bentuk lagu. Sampai sekarang, kadang-kadang duduk dalam opis pun boleh terngiang-ngiang doa naik kenderaan lalu aku pun menyanyi-nyanyi kecil sambil bergoyang kaki. Kehabitan melampau kan?




Dan disebabkan aku memang suka cakap tak ikut guideline, sebab tu setiap kali nak tulis entry, aku perlu letakkan hadis Nabi SAW macam di atas. Supaya nanti bila rasa-rasa macam dah tersasar, bolehlah refer kat atas 'aku-nak-cakap-pasal-apa-eh-tadi?' dan macam sekarang nilah aku actually nak cakap pasal mati tapi memang suka menyimpang dari jalan yang lurus. Habit.








Jadi terimalah hakikat. Semua manusia pasti akan merasa mati. Dan semua orang pun takut mati. Aku pun takut mati. Tapi kepelikan which is 'yang-pelik-nya' yang teramat tu, kita mengaku yang kita takutkan mati, tapi kita tak takut pulak buat dosa. Tak takut kesakitan sakaratul maut yang boleh datang bila-bila masa. Lagi best tu bila langsung tak takut seksa api neraka akibat dosa-dosa yang telah kita lakukan. Kalau dosa yang balasan 2, 3 hari kena salai tu mungkin kita rasa macam ' alaaa-dua-tiga-hari-je'. Tapi ini 2, 3 JUTA TAHUN punya pakej duduk dalam api neraka. Selamba kan kita? Buat dosa macam makan nasi. Habit la tu. Habit buat dosa tapi tak sedar diri.




Hidup ni kalau kita perhatikan, ada beberapa stage atau tingkat yang AKAN kita lalui. No exception. Semua orang akan rasa walaupun baby yang mati pada usia sehari, walaupun atok yang mati pada usia 150 tahun. Jadi beginilah ye... 




Stage Satu
Kita (mati) di dalam rahim ibu.  Lepas tu Allah tiupkan roh dalam tubuh kita. Kita pun lahir.



Stage Dua
Kita dilahirkan ke dunia. Masa ni Allah SWT pun berfirman;


"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. Mereka berkata: Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." 

Surah Al-Baqarah: Ayat 30



Stage Tiga
Lepas tu kita mati sekali lagi. 



Stage Empat
Dan Allah bangkitkan pada hari kiamat nanti. Hari amalan kita dihitung dan dihisab.



Stage Lima
Kemudian barulah kita akan masuk ke alam yang kekal abadi iaitu sama ada kita akan ke Syurga atau ke Neraka.




Dan begitulah hingga selamanya. Pada stage yang ke-5 ok stage yang ke-5. Sekarang kita baru stage ke berapa? Baru terkedek-kedek lahir ke bumi ni. Baru pandai berjalan. Baru nak kenal huruf. Tapi perangai nauzubillah macam tuan punya Bumi. Sekali lagi habit tak sedar diri berleluasa. Kesian eh. Kesian sangat dekat orang yang rasa dia akan hidup selama-lamanya dekat muka bumi ni padahal dia tak tahu sebenarnya perjalanan dia masih panjaaaaaaang lagi. 




dan akan merasa berada di sini




Kita yang Muslim ni memang dah tahu la walaupun ada jugak yang buat-buat tak tahu bahawa hidup dekat muka bumi ni hanyalah persinggahan. Harus perbanyakkan amalan dan ibadah sebagai bekalan. Jaga segala anggota tubuh badan. Kaki, ke mana melangkah? Mata, pandang tang mana? Telinga, dengar tang apa? Mulut, bercakap pasal siapa? Sebab dekat padang Mahsyar nanti 'mereka' yang akan berbicara. Jadi, perhatikanlah diri kita. Ke mana kita pergi hari ini? Apa niat kita? Apa yang Rakib Atid tulis dalam buku kita hari ini? Sila renung. Sila amal.




Every soul must taste of death, and We try you with evil and with good, for ordeal. And unto Us ye will be returned.
Al-Anbiya : 35 




Macam biasalah, aku memang selalu lupa diri. Lalu aku pun buat karangan macam ni. Semoga lulus dengan segala ujian dan peperiksaan di dunia dan cemerlang di hadapan Pemeriksa di Padang Mahsyar nanti. InsyaAllah ^_^

3 comments:

Sayidah Nafisah Ruslan said...

moga aku pun lulus ujian ni weh.. amin :)

Sayidah Nafisah Ruslan said...

moga aku pun lulus ujian ni weh.. amin :)

Unknown said...

amin ^_^

the history

Followers