BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
PEACE BE UPON HIM PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT
Baca salam sekali lagi lepas tu cakap macam ni, "sari berita utama". Haha, aku menggila lagi. Hari Jumaat kau buat perangai gila kenapa? Maaf. Hari tak Jumaat pun perangai saya memang gila. Sebab tu bila toki mintak tulis artikel untuk majalah, aku cakap dengan dia, "itusajayangakumampu." Pasal aku susah sikit nak ubah cara menulis aku ni. I mean, apa yang aku nak sampaikan dekat orang tak kiralah sampaikan perkara yang baik atau tak baik, aku main lantak je dengan cara aku. Jadi hari ni hari Jumaat. Menghitung hari untuk habis praktikal. Tapi hari ni, sempena hari Jumaat aku nak cakap pasal Jumaat sahaja. Praktikal tak ado. Siyes tak ado.
Ocha Omar, Kak ET, Kak Nan Ayu
(don't get me wrong. ini iklan sahaja)
Jadi apa kelebihan hari Jumaat? Siapa jawab betul aku bank in RM100 dalam akaun. Boleh percaya cakap orang gila tak? Ok, jangan percaya.
So hari Jumaat precisely is my favorite day in a week. Sebab dia hari terakhir bekerja dalam seminggu dan hari yang kalau office hour, merupakan hari yang paling panjang lunch break. Hari yang setiap pagi semua staf akan duduk dalam bilik mesyuarat tapi bukan untuk mesyuarat tetapi untuk membaca Yaasin. Hari yang membuatkan aku rasa seperti di pagi raya apabila semua staff lelaki memakai baju melayu. Kan aku dah cakap, jangan percaya dengan orang gila. Konon tak nak cerita pasal praktikal. Tuu tadi tu apa?
Essential okeh essential.
Mandi tu intro saja. Mandi sunat hari Jumaat. Tapi jangan kau terjah masjid pulak pagi-pagi macam sembahyang raya tu. Sembahyang Jumaat tengah hari. Tunggu azan dua kali then there you go. Tapi bukan semata-mata itu, hari Jumaat ni kalau nak dikira kelebihannya boleh tengok seperti di bawah,
Pertama: Berlaku hari qiamat. Seperti sabda Nabi SAW, "Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya. So tak dinafikan bila hati aku ada rasa something bad pada hari Jumaat, aku terus akan terdetik 'hari-nak-qiamat-ke?' - haaa, itu part of munasabah diri jugak tu. Bila kita terfikir hari nak qiamat, rasa-rasa ada tak niat di hati nak buat jahat buat maksiat buat benda-benda yang berdosa?
Kedua: Hari Jumaat juga merupakan hari Nabi Adam diciptakan dan diturunkan daripada syurga. Sabda Nabi SAW lagi. "Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itulah Nabi Adam diciptakan dan pada hari itu jugalah Nabi Adam dikeluarkan dari Syurga." Next!
Ketiga: Hari Jumaat ni yang bestnya seperti yang aku cakap dekat atas tadi sebab dia penghulu segala hari. Maknanya hari Jumaat ni dia special sikit daripada hari-hari lain. So kalau buat amal jariah macam bersedekah ke, tolong orang ke, senyum ke, pahala tu isyaAllah dapat la extra sikit eh.
Keempat: Ini part of dream jugaklah. Iaitu sesiapa yang mati pada hari Jumaat, maka akan selamat daripada fitna kubur. Sebab tu bila dengar ada sesiapa yang meninggal dunia pada hari Jumaat aku mesti akan rasa 'untungnya-dia-meninggal-hari-Jumaat' - Sebab dah set dalam kepala otak betapa specialnya hari Jumaat itu. Mari tadah tangan sama-sama dan amin...
Kelima: Berbalik kepada mandi sunat tadi, lepas tu kita pakejkan sekali dengan memotong kuku, memotong rambut, mencukur bulu-bulu yang sepatutnya dicukur. Berhias cantik-cantik. (sepatutnya aku tulis ni yang pertama tadi) - Lepas tu pakai baju cantik-cantik. Tapi niat dihati kena jaga eh. Nak berhias tu sebab apa? Apa? Siapa? Kenapa? - Ok dan selamatlah anda menunaikan solat Jumaat! Tuu imam dah panggil bentang karpet.
p/s: pagi tadi pengarah pelajaran negeri sembilan datang melawat, makan besar kita hari ni...lalala.
Tuan Pengarah dan Bos Besar PPD (the red one)
Segan nak join bos makan beradab so dia biadab dengan kamera di luar.
En. Ridwan jangan nak senyum-senyum eh. Baca yaasin!
Ustaz Zikri, Mr. Rama, En. Azman, En.Nazri, En. Amin.
Pilihlah yang mana satu berkenan?
Semalam ada cerita best. Tapi minggu depanlah I cerita ok. It's a lunch time bebeh!
No comments:
Post a Comment