IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL
PEACE BE UPON HIM PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT
"Maka berkahwinlah (dengan) sesiapa yang kamu berkenan daripada
perempuan-perempuan (lain) dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang
tidak akan berlaku adil (antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan)
seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang
demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan
kezaliman."
(Surah An -Nisa':3)
Someone asked me about
polygamy. Not about the detail explanation about polygamy or what. Soalan tentang
poligami yang simple. Macam contoh,
“Tak-nak-share?”
As simple as that. Dan
aku pun menjawab dengan satu ayat yang rigid,
“Tak-nak”
Agak terkejut dengan
jawapan sendiri actually. Sebab secara jujurnya, selama ni aku rasa macam ‘what-is-wrong-with-polygamy?’
Islam tak larang kan? So, kenapa sampai nak emotional sangat tak mau bagi suami
kahwin lain?
Ya. Memang Islam tak
larang. Malah poligami itu diharuskan dengan beberapa sebab contohnya kalau
isteri uzur, uzur yang bukan datang bulan ye. Ni uzur yang sakit sampai
terlantar tak boleh nak menguruskan suami, tak boleh nak menjalankan
tanggungjawab sebagai isteri dan sebagainya. Macam tu jugaklah dengan sebab
untuk membela nasib kaum wanita yang balu atau janda yang kehilangan suami di
jalan Allah misalnya. Atau mungkin juga atas sebab-sebab untuk menyelamatkan
kaum wanita yang berstatus andalusia. Ya. Islam benarkan.
Tapi jawapan yang aku
berikan itu sebenarnya sangat spontan. Sebab aku membayangkan diri aku berada
pada situasi bakal isteri kedua. Isteri kedua bermaksud ‘orang ketiga’ dalam
rumah tangga seseorang. Orang yang datang kemudian. Yang kalau bahasa kasarnya, ‘perosak rumah tangga’. Ouch.
Apa perasaan bila dilabelkan begitu? And maybe because that is the reason why I
said “tak-nak” spontaneously. Ok. Mungkin bukan semua isteri pertama akan
berfikir begitu. Tapi bagi aku, even kalau kakak itu sanggup bermadu, bukanlah
aku yang menjadi madu dia. Ok. That’s it.
Tapi berbeza kalau aku
sebagai isteri pertama. Maybe orang akan cakap, “Ala-kau-tak-kahwin-lagi-boleh-la-kau-cakap-macam-tu.”
Hmm, macam mana eh nak explain? As I said earlier. Kalau Islam tak melarang,
kenapa harus aku pulak nak halang? Tapi tipu la kalau tak rasa sakit. Rasa tersisih.
Rasa tak disayangi lagi. Yelah, what’s wrong with me sampaikan suami nak kahwin
lagi satu kan? That’s why, aku rasa aku boleh menerima poligami dengan alasan
dan sebab yang aku dah sebut awal-awal tadi. Maybe it sounds like ntah apa-apa,
tapi aku pegang kata-kata ni,
“Biarlah-orang-nak-interfere-rumah-tangga-aku-(dengancarabaik)-daripada-aku-interfere-dalam-rumah-tangga-orang.”
Hmm, InsyaAllah.
Semoga Allah kuatkan hati aku kalau ditakdirkan aku harus berkongsi suami. Haish.
Tiba-tiba rasa sedih pulak. Tapi bila difikir-fikirkan balik, kenapa aku harus bersedih?
Suami itu kan hak Allah. Allah pinjamkan dia kepada kita. Allah berikan kita
perasaan cinta sementara. Sedangkan yang patut kita cinta, yang patut kita
sayang lebih ialah Allah. Pencipta kita. Bukan makhluk yang diciptakanNya. Pernah
dengar ayat ni?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ianya baik untukmu, dan
boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ianya buruk bagimu. Dan Allah Maha
Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
(Surah al-Baqarah :
216)
Dulu masa sekolah,
ayat ni femes sangat. Sebab dari kecik lagi dah biasa beremosi dan bermain
perasaan. Dah tua-tua ni lagilah kan.
Jadi, jawapan bagi soalan
tadi,
“Abang, kalau ada
apa-apa yang kurang, kalau ada apa-apa tingkah-laku Ain yang tak menyenangkan
hati abang, mengguris hati abang, sampai menyebabkan abang berhajat hendak
beristeri lagi, abang cakaplah. InsyaAllah Ain akan perbaiki. Tapi kalau tanpa
kekurangan Ain pun abang masih nak beristeri lagi, abang beritahulah kenapa. Cerita
baik-baik dengan Ain, InsyaAllah, tak ada yang lebih hebat di mata Ain
melainkan abang berani berterus-terang dan tidak curang di belakang Ain.
Kahwinlah kalau abang mampu berlaku adil dan memberi nafkah zahir batin sama
rata antara isteri-isteri abang. Jangan sampai abang abaikan Ain dan anak-anak.
Itu amanah abang. Semua itu akan dipersoalkan Allah di akhirat nanti.”
Lepas tu menangis
sorang-sorang. Call BFF ajak pergi shopping. Haha. Tak adalah. Really. I mean it.
I wish I could find this entry if I really meant to “bermadu” suatu hari
nanti. Hmmm. Pedihnya macam dah terasa pulak. ^_^ Tuhan, kuatkanlah hati ini. Jadikanlah
rasa cintaku kepadaMu melebihi dari segala-galanya. Amin.
p/s: Jangan lupa berdoa untuk saudara-saudara kita di Palestine. Sekian. Wassalam ~
6 comments:
wuaaaa... dont worry i sentiasa ada untuk u time u call untuk shopping.. itupun kalau husband i benarkan...huhuhuhuhuh
haha, jgn husbnd kita sama, suda laa..^_^
cet..xmaulaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...haha.. tp klau sama best jgak..snng nk story mory..heheehe
haha, u wish ^_^ aku x mau weh.. biar dgn org lain asal bukan dgn hang.. :P
oh fsa memang tak leh terima poligami. kalau betul dia nak kawen lain, fsa snggup diceraikan.. terukkan? huhu
Lain org lain pendapat.. That's normal dear.. But remember, God always plan the best for us ^_^
Post a Comment