Saturday, November 17, 2012

TaK NaK sHaRe? - TaK NaK ^_^



IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL
PEACE BE UPON HIM PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT





"Maka berkahwinlah (dengan) sesiapa yang kamu berkenan daripada perempuan-perempuan (lain) dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman."

(Surah An -Nisa':3)




Someone asked me about polygamy. Not about the detail explanation about polygamy or what. Soalan tentang poligami yang simple. Macam contoh,




“Tak-nak-share?”




As simple as that. Dan aku pun menjawab dengan satu ayat yang rigid,




“Tak-nak”




Agak terkejut dengan jawapan sendiri actually. Sebab secara jujurnya, selama ni aku rasa macam ‘what-is-wrong-with-polygamy?’ Islam tak larang kan? So, kenapa sampai nak emotional sangat tak mau bagi suami kahwin lain?








Ya. Memang Islam tak larang. Malah poligami itu diharuskan dengan beberapa sebab contohnya kalau isteri uzur, uzur yang bukan datang bulan ye. Ni uzur yang sakit sampai terlantar tak boleh nak menguruskan suami, tak boleh nak menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan sebagainya. Macam tu jugaklah dengan sebab untuk membela nasib kaum wanita yang balu atau janda yang kehilangan suami di jalan Allah misalnya. Atau mungkin juga atas sebab-sebab untuk menyelamatkan kaum wanita yang berstatus andalusia. Ya. Islam benarkan.




Tapi jawapan yang aku berikan itu sebenarnya sangat spontan. Sebab aku membayangkan diri aku berada pada situasi bakal isteri kedua. Isteri kedua bermaksud ‘orang ketiga’ dalam rumah tangga seseorang. Orang yang datang kemudian. Yang kalau bahasa kasarnya, ‘perosak rumah tangga’. Ouch. Apa perasaan bila dilabelkan begitu? And maybe because that is the reason why I said “tak-nak” spontaneously. Ok. Mungkin bukan semua isteri pertama akan berfikir begitu. Tapi bagi aku, even kalau kakak itu sanggup bermadu, bukanlah aku yang menjadi madu dia. Ok. That’s it.




Tapi berbeza kalau aku sebagai isteri pertama. Maybe orang akan cakap, “Ala-kau-tak-kahwin-lagi-boleh-la-kau-cakap-macam-tu.” Hmm, macam mana eh nak explain? As I said earlier. Kalau Islam tak melarang, kenapa harus aku pulak nak halang? Tapi tipu la kalau tak rasa sakit. Rasa tersisih. Rasa tak disayangi lagi. Yelah, what’s wrong with me sampaikan suami nak kahwin lagi satu kan? That’s why, aku rasa aku boleh menerima poligami dengan alasan dan sebab yang aku dah sebut awal-awal tadi. Maybe it sounds like ntah apa-apa, tapi aku pegang kata-kata ni,




“Biarlah-orang-nak-interfere-rumah-tangga-aku-(dengancarabaik)-daripada-aku-interfere-dalam-rumah-tangga-orang.”





Hmm, InsyaAllah. Semoga Allah kuatkan hati aku kalau ditakdirkan aku harus berkongsi suami. Haish. Tiba-tiba rasa sedih pulak. Tapi bila difikir-fikirkan balik, kenapa aku harus bersedih? Suami itu kan hak Allah. Allah pinjamkan dia kepada kita. Allah berikan kita perasaan cinta sementara. Sedangkan yang patut kita cinta, yang patut kita sayang lebih ialah Allah. Pencipta kita. Bukan makhluk yang diciptakanNya. Pernah dengar ayat ni?





"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ianya baik untukmu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ianya buruk bagimu. Dan Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."

(Surah al-Baqarah : 216)




Dulu masa sekolah, ayat ni femes sangat. Sebab dari kecik lagi dah biasa beremosi dan bermain perasaan. Dah tua-tua ni lagilah kan.




Jadi, jawapan bagi soalan tadi,




“Abang, kalau ada apa-apa yang kurang, kalau ada apa-apa tingkah-laku Ain yang tak menyenangkan hati abang, mengguris hati abang, sampai menyebabkan abang berhajat hendak beristeri lagi, abang cakaplah. InsyaAllah Ain akan perbaiki. Tapi kalau tanpa kekurangan Ain pun abang masih nak beristeri lagi, abang beritahulah kenapa. Cerita baik-baik dengan Ain, InsyaAllah, tak ada yang lebih hebat di mata Ain melainkan abang berani berterus-terang dan tidak curang di belakang Ain. Kahwinlah kalau abang mampu berlaku adil dan memberi nafkah zahir batin sama rata antara isteri-isteri abang. Jangan sampai abang abaikan Ain dan anak-anak. Itu amanah abang. Semua itu akan dipersoalkan Allah di akhirat nanti.”









Lepas tu menangis sorang-sorang. Call BFF ajak pergi shopping. Haha. Tak adalah. Really. I mean it. I wish I could find this entry if I really meant to “bermadu” suatu hari nanti. Hmmm. Pedihnya macam dah terasa pulak. ^_^ Tuhan, kuatkanlah hati ini. Jadikanlah rasa cintaku kepadaMu melebihi dari segala-galanya. Amin.




p/s: Jangan lupa berdoa untuk saudara-saudara kita di Palestine. Sekian. Wassalam ~

6 comments:

Anonymous said...

wuaaaa... dont worry i sentiasa ada untuk u time u call untuk shopping.. itupun kalau husband i benarkan...huhuhuhuhuh

Unknown said...

haha, jgn husbnd kita sama, suda laa..^_^

Anonymous said...

cet..xmaulaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...haha.. tp klau sama best jgak..snng nk story mory..heheehe

Unknown said...

haha, u wish ^_^ aku x mau weh.. biar dgn org lain asal bukan dgn hang.. :P

Sayidah Nafisah Ruslan said...

oh fsa memang tak leh terima poligami. kalau betul dia nak kawen lain, fsa snggup diceraikan.. terukkan? huhu

Unknown said...

Lain org lain pendapat.. That's normal dear.. But remember, God always plan the best for us ^_^

the history

Followers