Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
^_^
^_^
Ketika hayatnya sebagai anak, dia membuka pintu syurga untuk
ayahnya. Ketika hayatnya sebagai seorang isteri, dia menyempurnakan agama
suaminya. Ketika hayatnya sebagai seorang ibu, syurga di bawah telapak kakinya.
Jika setiap orang tahu status sebagai seorang wanita dalam Islam, mesti lelaki
juga mahu menjadi wanita. - Sheikh
Akram Nadawi
First of all, credit to Saudara Syafiq Ibrahim for sharing such a beautiful article and made me realized how much that I appreciate myself and all muslimah in this world, Alhamdulillah ^_^ Nak baca belog beliau, boleh kelik sini, Diari Si Introvert. Best sangat. Boleh jadi leka belek-belek semua entry dia. Ok, sebab hari ni tak rajin nak tulis belog sendiri, maka kita share artikel daripada belog orang lain eh. Semoga bermanfaat!
Kadangkala ada
rasa cemburu yang sedikit. Cemburu dengan mereka. Cemburu kepada kaum hawa.
Mereka ada sinar yang tiada pada lelaki. Mereka istimewa. Mereka berbeza dengan
kaum adam dalam pelbagai segi. Ya, diulang mereka sangat bertuah lagi beruntung
dijadikan di muka bumi ini.
Kaum hawa, mereka
ramai. Ramai menghadiri ke kelas untuk menangkap lambakan ilmu. Tiga per empat
kerusi di dewan kuliah milik mereka dan majoriti antara mereka punya sepasang
mata yang tertacap penuh fokus di layar skrin putih. Dibantu oleh tangan yang
menangkap sebanyak ilmu dengan pena di muka kertas. Sebaliknya, lelaki satu per
tiga ada yang tewas dibenam adrenalin yang perlahan. Kesat-kesat mata mengantuk.
Mahu ke kuliah
agama, lelaki perlu berfikir sejenak. Mahu ke kelas tambahan biologi,
lelaki perlu berfikir sejenak. Mahu ke senamrobik untuk mendapatkan markah
ko-kurikulum, lelaki perlu berfikir sejenak.
"Ada, ramai perempuan laa. malu plak nak pergi"
Untuk mendapatkan
kerja part time bukan mudah bagi seorang lelaki, perlu keras sahaja kerjanya.
Merayu-rayu untuk mendapatkan kerja di kedai-kedai. Perempuan sahaja yang
berbeza, mudahnya diberi peluang. Tarikan kedai. Pelaris jualan. Bikin
komersial.
Saudara dan
saudari sekalian,
Ketahuilah, zaman
kini media massa gemar mempromosikan wanita di skrin elektronik mahupun paparan
akhbar. Para artisan memuja kaum wanita dalam baris lirik yang bermelodikan
cinta. Iklan atau komersial yang jika dihitungkan ramai wanita yang menghiasi
produk-produk. Rancangan televisyen tidak kurang juga menampilkan barisan
wanita; Wanita Hari Ini, Soal Wanita , Safiyyah , Bella , Solehah dan lain-lain.
Mereka selalu
disayangi sehingga sentiasa dipuji dan dipuja. Mereka dipuji kerna tarikan yang
ada pada mereka. Dipuja kerana lambang cinta manusia sejagat .
Mereka dilayan
penuh dengan rasa lembut. Tika seorang lelaki berminyak mahu duduk di hadapan
bersebelahan dengan tempat pemandu, pak cik teksi itu mengeluarkan jari jemari
kasarnya ke muka lelaki berminyak, membentuk tiga jari .
"Ladies first !" tegas pakcik teksi.
Nada tinggi bersama oktaf yang buat lelaki berminyak terperanjat. Diulang tiga kali seiring dengan dijatuhkan tiga jari jemari kasar milik pak cik teksi bermisai lalu terus membuka pintu hadapan teksi kepada seorang perempuan yang bertudung merah jambu comel.
Perkara yang sama
juga berlaku, apabila pak cik drebar bas lebih mengutamakan perempuan dihantar
pulang dahulu selepas habis jamuan malam. Jika difikir kembali rasanya
perempuan waktu itu amatlah besar bilangan jemaah mereka. Tiga kali ganda
daripada bilangan lelaki. Lebih bagus rasanya jika lelaki yang dihantar pulang
dahulu.
'Oh, oh pak cik
yang penyayang, kenapa pak cik tidak beri kami (lelaki) pulang dahulu?'
'Perempuan
penyambung generasi!'
Perempuan sangat istimewa. Hampir beratus penulisan artikel berkenaan dengan perempuan. Dan yang larisnya selalu bertopikkan perempuan. Artikel-artikel tidak kiralah bergenrekan ilmiah atau tidak ilmiah. Mampu sahaja menambat hati si pembaca. Termasuklah artikel yang dituliskan oleh tuan hamba sekarang. Tuntasnya , perempuan itu eliksir yang punya abiliti untuk merawat luka lara kebosanan manusia.
Saudara dan
saudari sekalian,
Apabila waktu engkau merungut tidak suka melabuhkan pakaian kerna panas hidup di garis khatulistiwa. Aku hairan. Apabila waktu engkau tidak suka pakai stokin kerna takut basah terkena air. Aku hairan. Apabila ditegur bahawa bahayanya penangan manis mulut seorang lelaki dan engkau endahkan. Aku hairan .
Adakah anda tahu
yang diri anda sungguh istimewa? Ketahuilah aku sangat cemburu. Hiperbola .
Perempuan secara
fitrahnya dijadikan untuk suka akan ilmu. Tidak kiralah matematik, bahasa
melayu, english dan biologi juga kuliah agama. Sebelum hendak pergi kelas
tambahan biologi kena fikir banyak kali, tidak asing jika merekalah yang
memenuhi kerusi majoriti . malah kuliah agama pun mahu diminta buat kelas
tambahan juga untuk mereka. Luar biasa !
Khadijah itu
memberi semangat kepada baginda, nabi Muhammad usai menerima wahyu pertama.
Lihat, di belakang utuhnya seorang lelaki itu membentang empayar yang luas
terdapat seorang wanita yang disayanginya. Di kala baginda ragu, Khadijah
itulah yang menyelimutkan rasa tenang.
Jiwanya berpegang
teguh yang baginda itu manusia terpilih. Manusia yang mencintai umatnya hingga
ke alam yang kekal abadi. bersama baginda, seorang wanita yang taat dan setia
mendampingi baginda di kala senang dan susah.
Perempuan itu
punya kuasa relati. Bisa menguatkan tangan seorang lelaki bagi mengetuai bala
tentera dan juga bisa meranapkan kerajaan dihakis korupsi nafsu .
berhati-hatilah dalam bermain kuasa, supaya bisa menghasilkan generasi al Fateh
yang seterusnya .
Saudara dan
saudari sekalian
Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara' (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita. - (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)
Walaupun wanita
itu ramai tempatnya di neraka, namun manusia yang terakhir keluar daripada
neraka dan manusia yang terakhir masuk ke syurga ialah jantina yang bernama
lelaki.
Abdullah bin
Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesungguhnya aku
benar-benar tahu ahli Neraka yang terakhir keluar dari sana dan ahli Syurga
yang terakhir masuk ke Syurga iaitu seseorang yang keluar dari Neraka secara
merangkak lalu Allah Taala berfirman kepadanya: Pergilah, masuklah ke dalam
Syurga, maka dia pun mendatangi Syurga, tetapi terlintas di fikirannya bahawa
Syurga itu telah pun dipenuhi. Oleh itu dia kembali dan berkata:
Wahai Tuhanku,
aku telah temui Syurga itu namun ianya telah penuh. Allah Taala berfirman:
Pergilah, masuklah ke dalam Syurga, maka dia pun mendatangi Syurga, tetapi
terlintas di fikirannya bahawa Syurga itu telah dipenuhi lalu kembali semula
dan berkata: Wahai Tuhanku, aku telah temui Syurga itu tetapi ianya telah
penuh.
Allah berfirman:
Pergilah, masuklah ke dalam Syurga kerana sesungguhnya ianya untukmu seumpama
dunia dan sepuluh kali gandanya atau sesungguhnya ianya bagimu sepuluh kali
ganda dunia. Lelaki itu berkata: Adakah Engkau mengejekku atau
mempermain-mainkan aku, kerana Engkau adalah Maharaja?
Maka Abdullah bin
Mas'ud berkata: Aku benar-benar melihat Rasulullah s.a.w tertawa sehingga
ternampak gigi geraham baginda dan dikatakan: Itulah Ahli Syurga yang paling
rendah kedudukannya.
(Hadith Sahih
Riwayat Imam Muslim)
Sumber : manusia yang terakhir masuk ke syurga
Ketahuilah, ingin
ku ulang kembali yang aku terlalu cemburu dengan perempuan. Dapat pergi kelas
tambahan biologi tanpa fikir banyak kali. Dapat tempat duduk di dalam bas dan
komuter. Mudah menangis jika mahu meluahkan perasaan yang terpendam.
Nikmat dan
balasan kalian terlalu eksotik dan menyelerakan. Janji tuhan pasti benar. Dia
tidak pernah mungkir. Percayalah, yang panas di sini untuk sementara. Menanti
sejuk di alam sana. Percayalah, yang perasaan lemah itu bukan binasa di sini,
tetapi kekuatan yang utuh untuk naik ke darjat seterusnya .
Percayalah,
kerana wanita yang paling percaya ialah wanita yang paling baik. Dan yang
paling baik itu akan sentiasa dipayungi dengan rahmatNya daripada teriakan
nafsu yang menggila .
Ketahuilah
saudara, saudari sekalian. lelaki ini selalu cemburu. Apapun aku bersyukur
yang diri ini seorang lelaki.
Honestly, I just really love this writing! Again, nothing to say. Just, Alhamdulillah.
2 comments:
untungnya jadi perempuan.. :)
tapi ramai yang tak sedar betapa beruntungnya dia menjadi perempuan.. termasuk aku :p
Jadi sama2 lah kita bersyukurlah..^_^
Post a Comment