Monday, December 10, 2012

ToNgUe HaS nO bOnEs


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
PEACE BE UPON HIM PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT










Kata orang, akhlak yang baik tu datang daripada kata-kata yang baik. Betul? InsyaAllah, betul. Orang kalau suka menyumpah, maki hamun, mencarut dan sebagainya, susah nak agree yang akhlak dia baik. Jadi, betul la tu, good manner, start with good speech.




Jadi kalau kita tak boleh nak judge orang dengan perangai dia, kita judge dengan kata-kata dia. Perhatikan, orang tu bercakap dengan kita macam mana? Sopan santun ke, kasar ke, intonasi dia asyik nak meninggi ke, rendah ke? Tak kisah macam mana cara penyampaian kata-kata tu, the main point is haruslah berhati-hati. In other word, fikir dulu sebelum cakap. Bukan tu je. Texting ke, chatting ke, tulis dalam belog macam ni pun, we have to be careful with all the contents, typo, to make sure that Rakib dan Atid mencatat yang baik-baik sahaja, InsyaAllah, itu baru betul. Aku kadang-kadang pun menyumpah jugak. Kalau tak mengaku kang nampak beno menipunya. Sebagai manusia normal, itu normal. Tapi kadang-kadang. Kan aku cakap kadang-kadang tadi haish...




Another thing is, sentiasalah berkata benar walaupun benda tu susah nak diluahkan. Tapi dunia hari ni selalu sangat tau, kita akan stuck dalam keadaan yang memang tak boleh nak cakap benar. Tak boleh nak jujur langsung. Mungkin atas sebab nak jaga hati orang, mungkin atas sebab nak jaga aib atau maruah orang, tak apalah kalau macam tu. Masalahnya yang perangai suka menipu tanpa sebab. Sebab bila dah terbiasa menipu, dia macam tak boleh hidup kalau tak menipu dalam satu hari tu. Betul tak betul tak betul tak? Haaa, sebab tu, onesly, zaman sekarang ni, jangan mudah percaya dekat orang.








Lepas tu tak cukup lagi dengan berbohong, ada pulak spesis yang suka bergosip mengumpat dan sebagainya. Ok. Jujur. Kita aka Aku, selalu buat benda ni. Bercakap tentang orang lain. Aku boleh terima kalau kita bercakap, sebarkan pengajaran, ambil iktibar dan sebagainya. Tapi yang the real world of mengumpat yang depan B dia mengata pasal A, depan A pulak dia mengata pasal B. Itu memang spesis setan punya perangai. Memang pedas gila. Jadi, sedar-sedarlah diri. Kepada yang berkenaan, (termasukdirisendiri), silalah bertaubat sementara masih belum terlambat. Allah Maha Pengampun ^_^




“And spy not, neither backbite one another. Would one of you like to eat the flesh of his dead brother? You would hate it (so hate backbiting). And fear Allah. Verily, Allah is the One Who accepts repentance, Most Merciful” [Al-Hujurat 49:12]




Dan ini part yang paling aku tak suka dan tak sesuai nak memandangnya. Special dedicated to kaum perempuan, aku actually cukup pantang kalau orang cakap tapi nada menjerit-jerit. Cik kak, awak tu perempuan, beradab la sikit bila bercakap. Dah la bercakap kuat-kuat, tambah lagi ketawa terbahak-bahak, memang stok aku rasa nak sebat je muka sorang-sorang. Buruk tak perangai? Buruk yahamat. Ni kalau potential mother-in-law nampak perangai macam ni, memang jadi bahan kutukan seumur hidup konfirm habis di jajanya nama kau jangan ambik buat menantu. Risikonya? Jadilah andartu. Kalau aku pun, tak nak  aku kahwinkan anak lelaki aku dengan perempuan yang ketawa mengilai-ngilai hoh.




"And be moderate in thy pace, and lower your voice, for the harshest of sounds without doubt is the braying of the donkey” [Luqman 31:19]




Dan akhir sekali, say no to cursing! Muka cantik, ayu, suwit alololo tomeynye, sekali beratur panjang beli tiket movie dah menyumpah-seranah what-the *%$#*$. Haaa, teruna ganteng tengok pun terus hilang selera ye tak Encik Teruna? Tak kisahlah apa pun nama sumpahan yang keluar, yang penting, itu bukanlah kata-kata yang baik. Orang yang dengar pun rasa tak sedap. Lagi tak sedap kalau tengok perempuan Melayu yang Islam dok menyumpah-nyumpah macam tu. Alahaaai, nak salahkan siapa tu? Pengaruh rakan sebaya barangkali? Jadi, pilihlah kawan baik-baik. Macam tak sangka aku tulis macam ni...lalala.




Bukan apa, ramai orang anggap bercakap ni perkara remeh je. Alaa, 'bercakap'. Bukan jenayah pun. Memang betul. Tapi kata-kata tu kan ibarat pedang. Silap cakap, rosak binasa jadinya. So, tak kiralah macam mana pun cara kita bercakap. Depan-depan ke, dalam telefon ke, mesej ke, chat ke, tulis belog macam ni ke. Hati-hatilah. Mungkin kita tak sedar apa yang kita cakap tu menyakitkan hati orang. Tapi kesan bagi orang yang dituju itu, lukanya entah bila nak sembuh. Buatnya dibawa sampai ke liang lahad, melalak mintak maaf pun tak guna. Jadi, be careful with your words.






2 comments:

Sayidah Nafisah Ruslan said...

aku pernah tersakitkan hati aku sendiri.. aku ingat nak lepas geram je. aku tulis dekat blog tapi dengan tujuan nak tuju dekat orang yang aku geram tu, sekali orang tu balas lagi pedas dari aku. memang sakit! lepas tu aku dah malas nak tulis macam tu dah.. aku diam kan aje.. sedih aku bila kena berkali ganda :(

Unknown said...

Jadi be careful ok my dear..haha. Peringatan untuk diri sendiri jugak ni..:)

the history

Followers