Baca pasal cover girl
cosmopolitan edisi mac, buat aku rasa nak kahwin dengan duda je (tapi duda kaya macam Yusri ok). Dahlah
suwit romantik dari cerita macam mana diorang kenal sampailah kepada
perancangan rumah tangga honeymoon dan sebagainya. Bahagia Lisa Surihani.
Untung Lisa Surihani. Jeles aku dengan Lisa Surihani.
ini cover majalah yang aku dok hadap tadi
So in conclusion, jadikan Lisa
Surihani sebagai icon untuk berjaya di masa hadapan. Rajin cari duit,
independant, bijak, mesra kanak-kanak. Lepas tu gunakan semua produk yang
menggunakan Lisa Surihani sebagai duta. Lip ice, garnier, celcom, mcd, eh
kontrak dah habis. Dah tak jadi duta lagi dah. Tapi kesimpulannya, tiru semua
gaya Lisa Surihani serba-serbi untuk jadi idaman jejaka atau mungkin juga duda
kaya seperti Yusri.
Kenapa tiba-tiba cakap pasal Lisa
Surihani? Saja. Sebab kan aku baru lepas baca cosmopolitan edisi Mac tadi. Tak
sangka tua-tua bangka si Yusri tu ada juga sweet side dalam diri dia. Hik hik,
aku pulak yang tiba-tiba malu nak cerita. Kau pinjamlah jiran sebelah rumah kau
punya cosmo. Tak kuasa aku nak cerita.
p/s: hari ni last day kerja.
sebab tu excited nak menempuh alam bahagia...hewhew.
walaupun mungkin tak sebahagia Lisa Surihani ketika ini.
Semua orang mesti nak cakap pasal result kan? Semua orang mesti
nak cerita siapa dean list, subjek apa lulus, subjek apa repeat haa, mampu kau
nak cakap ‘aku-repeat-finance’ macam aku? Dari awal sem sampai ke hujung tak
habis-habis menyebut finance-finance-finance kalau berzikir tu dah berapa ribu
ratus pahala dah aku dapat cuba kau kira. Sebab tu orang boleh seriau baca
belog aku pasal asyik kena psiko ‘ni-belog-budak-meroyan-dengan-subjek-finance’
padahal aku sasterawati la gila!
Ha’ah, geli punya sasterawati. Tapi
siapa nak peduli pasal result. Final dah lama habis. Result pun dah lama dapat
cuma tak tahu je nombor pointer tu berapa. Sebab tu aku takkan cerita pasal
result kat sini. Aku tak sibuk tanya result orang, buat apa aku sibuk nak
publish cerita result aku kat sini. Ok, ada la 2,3 orang yang aku tanya. Itu
orang-orang terpilih namanya...
Jadi janda yaya itu akhirnya
termasuk dalam kategori manusia yang paling meng’annoying’kan aku di muka bumi
ini. Sama annoying macam komander-komander yang selamba tengking orang sebab
terlupa pakai skarf putih pada koko hari sabtu, sama annoying macam kawan baik
yang dapat nota tapi tak mahu sebar-sebarkan kepada orang ramai walaupun kawan
rapat sendiri dan sama annoying juga macam bancuh adunan kek konon macam pro
tapi kek jadi kawah. Ye, itu gambaran untuk janda yaya yang sangat meng’annoying’kan.
Janda yaya tidaklah cantik
seperti yang digambarkan di dalam drama melayu, telenovela, akasia, samarinda,
atau lagenda di tv3. Badan gempal dengan berat 68 kg dan aku percaya sekarang
mungkin mencecah 70 kerana rutin makan nasi beliau setiap hari adalah 4 kali
sehari. Nasi ok, nasi! Maka, jauhkan bayangan anda daripada janda seperti
rozita che wan kerana janda yaya bukan begitu. In fact, sangat ngeri untuk
membayangkan beliau begitu.
Cerita ‘annoying’ janda yaya
bermula apabila dia selalu tergedik-gedik melayangkan punggungnya ke hampir
setiap meja yang di datangi oleh lelaki separuh umur, suku umur, ataupun setengah umur di kedai tempat aku bekerja sekarang. As long as dia lelaki, maka janda
yaya akan automatik tergedik tanpa dapat dikawal. Nauzubillah lagi apabila
janda yaya pasti akan menghadiahkan jelingan manja, senyuman menggoda dan
diakhiri dengan cebisan kertas yang tertulis nombor telefonnya. Macam yang aku
cakap tadi, tanpa mengira umur sama ada duda, suami orang, bujang, pemandu
teksi, askar, tukang saman parking. And she’s 44.
Dan dalam masa seminggu, si
lelaki malang itu akan mula ber’sayang2’ dengan janda yaya, mengasihaninya
kerana sudah kematian laki hampir 3 tahun lalu. Mempunyai anak 5 orang. Dan sudah
pasti semuanya sudah besar panjang. Bujang senang. Lenang-lenangan. Nak kena
tangan ke keluar dengan jantan yang baru kenal seminggu lepas tu buat maksiat
berpegang-pegangan, raba-rabaan, cumbu-cumbuan. Janda yaya tak pernah malu
mengaku yang dia mengamalkan konsep ‘kahwin-dulu-baru-nikah’ kepada orang ramai
tanpa rasa bersalah.
Dan janda yaya juga tidak
segan-silu merokok di khalayak ramai. Ketawa seperti ahli sihir ketika dirasuk
jampi serapah syaitan. Dan menjadi benar-benar syaitan apabila line ‘maxis’
buat hal sehingga menyekat sebarang call atau mesej daripada menerjah masuk ke
dalam telefon nokia warna merah jambunya itu. Maka aku dan orang-orang kampung
yang lainlah yang akan menjadi mangsa janda yaya menghamburkan kemarahannya
kerana dia rasa tanpa telefon, nyawanya seakan putus.
Gosh, kalau masuk ranking manusia
paling meng’annoying’kan aku, janda yaya mungkin akan menjuarai carta itu.
Tahniahlah janda yaya. Semoga Tuhan mengampunkan dosa-dosamu dan menerima
taubatmu di saat usia semakin menginjak ke liang lahad.
p/s: lelaki sekarang pandang perempuan yang badan macam tulang je. kalau boleh satu inci lemak pun depa taknak. tapi depa tak tau otak manusia ni pun terdiri daripada lemak. apa depa nak cari bini takda otak ka?
(AMARAN: Tajuk entry sangat tak ada kena-mengena.)
Masa dulu-dulu, aku rasa belog
aku ni macam best je. Rasa macam hot je semua benda mak nenek gosip ada dalam
ni walaupun sebenarnya aku tak tahulah tang mana yang hot pasal gosip tu.
Walaupun tak ada yang komen tapi at least bila aku tahu ramai yang baca tu kira
ok lah. Tapi tu dulu. Sekarang baru aku sedar, tanpa jalan-jalan cari makan,
belog aku ni tak ada function sangat pun sebenarnya.
Obviously, sekarang musim cuti
kan? Musim aku kerja part-time. Kawan-kawan seangkatan pulak tengah praktikal.
Memang clash teramat-amat sangat jadual untuk berdating. Jadi aku ingat nak
buat jalan-jalan cari makan versi Hafiz Tomyam. Promote kedai bos manalah tahu
hujung bulan dapat bonus...hik3. (tak ada maknanya). Tapi aku masih berpijak di
bumi yang nyata. Kerja waitress bukan senang-senang nak tangkap gambar makanan.
Semua nak cepat. Jangan kata nak dapat bonus, silap-silap senduk bos melayang
kat aku nanti. Selamba kan nak biar customer tunggu lama-lama. Kelas
international sangat profession kau ni.
Jadi aku terpaksa agree dengan
Haajar. Beliau yang tak setuju hasrat aku untuk pencen jadi hos jjcm mengatakan
(wah ayat mengatakan) bahawa, ‘THATS OUR LIFE MAA’, ok fine, that really is
my life sebab tanpa makan, blog aku akan sunyi sesunyi keadaan aku di marikh
sekarang. Waaa, betapa aku rindukan bumi. Menikmati cahaya matahari kala bangun
tidur pukul 10 pagi, mendengar kicauan cengkerik di tengah malam. Eh, cengkerik
berkicau? Ye, kau faham tak kan aku dah cakap tadi yang aku memang sangat rindukan bumi.
Di saat aku tulis entry ni,
perasaan di hati sangat melayang-layang gembira sebab jeans kesayangan akhirnya
muat di pinggang. Itupun setelah tidak makan nasi selama 2 minggu. (muka
bangga) Tapi berat tak turun-turun jugak. So macam mana nak buat hipotesis tu?
Pinggang kecik tapi berat tak turun? Baiklah, saya menyelam pakai goole dulu.
Boleh jadi faktor genetik? Boleh jadi jugak pembawakan budak? Apakah?
Dan sekarang aku tengah
merangka-rangka plan shopping besar-besaran minggu depan. Aku nak date berdua
dengan mummy. Nak spend the whole day dengan mummy puas-puas sebelum balik shah
alam. Nak belanja mummy makan. Nak bawak mummy pergi spa sri bulan dekat area
rumah aku ni. Bersungguh-sungguh usya pekej massage hari tu taw. (angkat-angkat
kening). Then plan dengan tomato dengan beruang. Nak main boling. Layan movie.
(katahuilah, movie terakhir yang aku tengok is TAK TAHU. Hikayat Merong
Mahawangsa?). Dan selebihnya nak buat surprise pergi jumpa ‘dia’ during lunch
hour and bawak kek coklat. Romantik tak aku?
saya tujukan lagu ni untuk semua peminat yang saya rindui.
nantikan my comeback stage
3 MAC 2012 - di pawagam berhampiran
(gila, stage mana ntah aku nak panjat)
p/s: ajaa, plan ke melaka aku x
knfirm mmandangkn due kita utk balik shah alam smakin hampir. but i’ll try my
best, since teringin sgt nk tgk jj melaka yg ko gebang2 selalu tu kan...
Inilah aku, yang keje balik pukul 2 pagi dan bangun subuh-subuh lepas tu pergi padang jogging tapi malas nak jogging. Duduk dalam kereta, rebahkan seat, dengan muka tak bersalahnya pandang dan tengok je orang lain ber'jogging. Termasuk mummy aku yang terjerit-jerit setiap kali melintas kereta 'MALAS! MALAS!'
Aku dah cakap, aku bukan morning person. Tapi degil bega sangat nak tahan mata pukul 7 pagi padahal bangun paling awal pun selalu pukul 10. PALING AWAL. Kalau paling lambat tak tahulah. Apasal la semangat aku rajin sangat on off sejak akhir-akhir ni. Nak kata datang bulan, due lambat lagi. Ke ada sebab lain macam... alaaah, kalau malas tu malas jugak.
Ok. Penat kerja kot. Padahal aku rasa department akulah yang paling senang dekat kedai tu. Nak penat apa ntah. Datang kerja setengah jam lambat. Balik kerja setengah jam awal. Memang abang apis nano-nano tu abang akulah kan. Selamba. Sorry abang. Ain dah try nak balik lewat tapi dah kerja habis awal nak buat apa stay lama-lama kan?
Gila, kang aku cakap mood aku swing pasal aku dah mula rasa jatuh cinta dan tak dapat mesej 'dia' pagi ni korang tak percaya pulak. Tapi itulah punca kemalasan aku menjadi-jadi hari ni. Dahlah, bye!
p/s: aku tak mampu nak bayar barang-barang makcik yang beratur belakang aku hari tu, tapi aku bagi dia bayar dulu. rasa-rasa dia hepi tak?
Assalamualaikum wbt eberibody. Aku kan bizi sekarang. Jadi entry dah tak boleh nak panjang-panjang. Jadi kata-kata yang aku nak petik hari ni berbunyi...
Kindness is a language which the deaf can hear and the blind can see
~ Mark Twain ~
Hari ni aku nak buat baik dekat orang. Kejap lagi aku keluar pegi supermarket, aku nak belanja orang yang beratur belakang aku time dekat kaunter bayaran.
Akhirnya, aku buat keputusan untuk melaporkan keadaan aku di marikh sekarang. Kesian dekat kawan-kawan aku, rindu-serindu-rindunyaaa tapi aku buat dono jew hewhew bagus sangatlah perasan begitu kawan mana entah yang gebang sangat nak rindu aku. Kredit daripada aku start cuti ari tu tak topup-topup lagi u-know.
Jadi lepas final hari tu aku ada masa seminggu je bersenang lenang dekat rumah. A day selepas aku panjat gunung angsi tu, abang apis awan nano-nano-nano-nano-nano suruh aku masuk kerja. Yelah of course aku yang mesej dia dulu tapi taklah penuh pengharapan sangat. Ingatkan cuti sebulan dia tamau ambik aku kerja sekali beliau sempoi je suruh aku masuk kerja jadi takkan nak tolak rezeki duit poket dah datang kan.
Maka sebab itulah aku dah tak ada masa nak kawan dengan lappy lagi. And geng MCC sorry aku tak dapat nak join korang untuk pendaftaran nanti. Dah janji nak date dengan beruang. Eh beruang? Tak bagitahu lagi yang dia tak jadi teruskan PLKN eh? Oh, sebab doktor check dia hari tu and disebabkan condition asma dia yang tak mengizinkan maka dia harus dibawa pulang. Dan sekarang after sebulan lebih kerja dekat kedai abang apis nano-nano tu dia dah berenti and kakak dia continue. Sekian.
Dan update ni pun sebab kebetulan aku dapat off satu hari, so curi-curi online kejap walaupun rasa malas masih menghantui cheh ayaaat menghantui kemain. Ooh, lagi satu lupa nak cakap, minggu first aku cuti tu actually, aku ada tulis satu cerita ni. Kau orang tak tahu eh yang aku ni a day dreamer yang berjaya? Maka fiksyen itu aku siapkan dalam masa lima hari dan tadi baru update dekat belog cerpen aku. Kalau rajin nak baca, kelik sini ye tq.
And to be onest, cerpen ni aku dapat idea daripada cerita dream high. Tapi aku ambik story tentang 3rd couple dalam cerita tu. Alaaa, kan ada aku mention dalam entry sebelum ni. Tapi only 30% aku ambik daripada cerita tu and the rest semestinya idea aku yang memang merapu dan merepek ni yaw. Sekian, jangan sampai geli pulak baca. And don't forget to leave ur comment as well eh. Next cerpen akan menyusul. Of course idea daripada k-pop lagi...huh budak-budak sekarang, plastik sangat.
p/s: tengah struggling untuk kecikkan pinggang. jeans feveret dah tak muat... argghh stress!!!