BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
PEACE BE UPON HIM PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT
Mula-mula ambil wudhuk.
Lepas tu bentang sejadah.
Lepas tu capai telekung.
Pakai elok-elok.
Berdiri tegak.
Rileks. Istighfar beberapa kali.
Angkat takbir.
Dan...
Allahu akhbar dengan serendah-rendah hati.
Simple steps untuk cari penawar hati.
Aku tak ingat bila kali terakhir aku menangis. Oh ya. Mungkin masa mak aku accident hari tu kot. And tadi aku menangis lagi. Tibe-tibe je tanpa signal. Tanpa warning. Air mata aku menitik dengan sangat laju. Sebab satu-satunya ayat yang aku faham dalam surah yang aku baca tadi;
Aku tak ingat bila kali terakhir aku menangis. Oh ya. Mungkin masa mak aku accident hari tu kot. And tadi aku menangis lagi. Tibe-tibe je tanpa signal. Tanpa warning. Air mata aku menitik dengan sangat laju. Sebab satu-satunya ayat yang aku faham dalam surah yang aku baca tadi;
"La Tahzan, Innallaha ma'ana."
(Jangan bersedih. Sesungguhnya Allah bersama kita)
- At-Taubah 9:40.
Ada ayat sambungan dia tapi aku faham sekerat je. Aku harus asah balik lidah arab ni. Malu dengan Allah bila baca quran tapi tak faham. Baca berlagu-lagu tapi tak tahu maksud. Roh Al-Quran tak masuk. Syaitan pun tersipu-sipu ketawa.
Oh, kisah terserempak dengan ayat 'La Tahzan' itu tadi bukan rekaan. Memang aku tak sangka lidah aku boleh terhenti di situ dan hati aku tersentak lalu terus menangis. Mungkin Tuhan ingin berkata-kata dengan aku. Memberitahu sesuatu. Disaat aku perlukan seseorang untuk mendengar segala luahan hati, kenapa aku lupa bahawa Dia sentiasa bersama aku?
Terlalu mengharapkan telinga manusia untuk mendengar masalah dan cerita.
Sedangkan Yang Maha Mendengar itu ada.
In short, seberat mana pun masalah atau beban atau tekanan, karaoke bukanlah penyelesaiannya. Dah tua-tua ni bertaubatlah wahai makcik. Malu tengok dek anak-anak. Budak-budak sekarang kepala otak masing-masing bukan tak pintar litar pintas. Nak didik anak jadi soleh solehah tapi mak bapaknya tunjuk contoh nauzubillah. Manusia sekeliling semakin menakutkan rupanya.
nothing related. i'm just listening to this rite now :P
p/s: harap kau faham apa yang cuba aku kaitkan dengan La Tahzan dan karaoke itu. aku budak bahasa yang penuh dengan maksud tersirat. aku unpredictable. aku complicated. aku kadang-kadang gila. tapi aku baik. gud nite beautiful world ^_^
No comments:
Post a Comment