Tuesday, January 8, 2013

23rd aLrEaDY: KaK LoNg, KaU DaH tUa Laaaa!!!


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
PEACE BE UPON HIM PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT





Aku tak romantik. Sebab aku tak pernah bercinta so aku tak tahu macam mana nak buat benda-benda yang suwit untuk orang. Tapi aku manja sikit. Sikit je. Sekadar cukup untuk tunjukkan ciri 'perempuan' aku disebalik kata-kata biadab dan kegilaan yang tak pernah tercapai di kepala otak kepala lutut sesiapa.




Jadi sebab aku tak tahu macam mana nak ekpresskan rasa sayang dekat orang, biasanya aku tunjukkan dalam bentuk yang indirect. Macam contoh hari ni hari berbahagia kakak aku. Walaupun aku anak sulung tak ada kakak dan abang, tapi kawan-kawan baik aku yang aku sayang sangat sangat aku akan panggil diorang kakak atau adik depends diorang lahir awal atau lambat daripada aku. So cara aku tunjukkan yang aku care atau sayang dekat seseorang, typically on someone's birthday like today, aku akan create satu entry khas untuk orang tu dan cakap dekat dia,




I LOVE YOU LIKE A LOVE SONG BEBEH




aku cuma mahu kau sentiasa gembira dan retarded macam ni. haha




Ok. Kak Long yang aku sayangi. Ada satu pengakuan ones yang aku nak bagitahu. Dulu masa mula-mula kenal kau (masa kau jadi rumet Aliya), perasaan pertama aku dekat kau ialah negatif. Aku tahu kau tak ada buat salah apatah lagi dosa apatah lagi dosa besar dekat aku tapi my 1st impression aku dekat kau ialah -akutaksukakau!



Lepas tu bila dah jadi rumet kau, aku kenal satu demi satu perangai kau. Kau macam ni. Kau macam tu. Kau suka ni. Kau tak suka tu. Kau rumet yang boleh buat aku jadi diri aku. Aku tak perlu nak berlakon depan kau. Aku tak perlu sorok apa-apa dengan kau. Aku boleh gelak macam setan depan kau. Aku boleh menangis macam budak kecik tak dapat pensel kaler Luna depan kau. Pendek kata aku selesa bila dengan kau. 




Memang lumrah dunia ni orang yang kita tak suka itulah yang akan kita sayang. Macam bestfriend aku Nurul, macam Jannah, macam Haajar, macam Hani, macam Encik YB pun, semuanya bermula dengan perasaan aku yang sangat meluat dekat diorang. Aku menyampah. Aku memang suka tanamkan sifat negatif dalam diri. Tak tahu kenapa. Tapi itulah sejarah disebalik cerita aku dan kawan-kawan aku. Last-last sayang macam darah daging sendiri. Aku sendiri tak faham kenapa Tuhan rencanakan introduction begini dekat semua kawan-kawan aku.




Dan kepada kak long sayang busuk masam masin, aku hanya akan cakap benda ni dekat sini je. Kalau kau nak suruh aku repeat depan-depan, buat live confession. Sorry. Dalam mimpi pun kau belum tentu dapat...haha. Aku tak nak jiwang-jiwang sangat. Cukup aku nak kau tahu yang aku sayangkan kau macam aku sayangkan 'adik-beradik' aku yang lain. Semoga kau sentiasa berada di bawah naungan rahmat Tuhan. Semoga kau terus istiqamah dengan segala amalan dan kebaikan yang kau lakukan. Aku tak kawan dengan budak jahat ok. So, be good! hahaha.




HAPPY 23rd BIRTHDAY KAKAK
MAY GOD BLESS
(amin)




p/s: tak ada pi es.

No comments:

the history

Followers