Saturday, January 12, 2013

sToKiN bUkaN bEnDa ReMeH TaU!


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
PEACE B UPON HIM PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT




Oh My God! Nak dengar satu cerita tak I kena ambush dengan Mummy petang tadi? It's that when I was playing with Alicia, mummy suddenly asked me this,




"Sekarang kalau balik rumah dah tak pakai stokin eh?"




Gulp! Telan air liur dengan kepayahan. Pedas pulak rasa air liur sendiri. Muka tiba-tiba berbahang. Padahal petang tadi hujan lebat okeh nak bahang apanya, bahang apanya??? Dah tak senang duduk pulak. Habis tune gitar berterabur. Phew ~




"Malas la mak. Lagipun balik rumah kan."




I tersengih-sengih selepas diam for few seconds. Selamba macam tu dengan mummy. It's not because I tak hormat mummy ke apa, tapi that's the way to cover the shame yang teramat sangat masa tu. So what? Dengan Allah pun tak malu, inikan pulak dengan mummy. Alaaa, apalah sangat setakat tak pakai stokin je. Tudung still labuh tutup dada. Baju tak ketat. Tak terkinja-kinja, tergedik-gedik apa semua.




"Malas? Tutup aurat malas?"




Uhuk uhuk. Batuk pulak tibe-tibe. Tekak gatal yaw. Terus diam. Terus teringat entry kak long about istiqamah tuu. Honest. I don't like this normal feeling. Feel weird but it's just that I ignore the guilty feeling. Buat tak tahu macamlah Allah tu tak Maha Melihat. Padahal dulu masa gatal miang sangat jatuh cinta dengan senior sekolah tu, kalau boleh 24 jam nak duduk atas tikar sejadah. Bila jiwa kacau barulah nak fikir Allah sepanjang masa.




Dulu rajin baca Ma'thurat pagi petang. Sekarang seminggu sekali pun susah. Yaasin, bukak malam jumaat je. Al-Quran pun untung la dapat selak kalau lepas Maghrib tak rushing nak buat apa-apa (normally, rushing for assignment menjadi alasan padahal boleh je take 5-10 minutes untuk selak dua mukasurat at least). Subuh pun kemain liat nak gagahkan diri. Qiam jauh sekali.




See. The thing that I afraid the most just happened. I can't istiqamah with myself. But I keep asking people to be good. Perangai apa tu? Ingatkan tahun baru nak berazam jadi lebih matang dan solehah dan bertanggungjawab dan jadi contoh kepada orang lain. Rupanya...




I'm so poor :(




Mummy jarang buat aku malu macam ni. But I truly thank her with that very direct sound. Because I know, it's not from her, but from Allah SWT. Who reminds me and wants me to realize that, stokin itu bukan benda remeh tau! 




Haaa, ni baru namanya bestfriend. Selamba sound direct. (Bestfriend yang lain, sila terasa...haha)



Orang yang memilih akhirat, dunia akan datang bergolek-golek kejar dia. Allah tak janjikan kesenangan dunia, tapi Allah janjikan syurga. Wanita yang berjaya di dunia dan di akhirat adalah wanita yang hatinya dekat dengan Allah, merasa terhibur dalam melakukan ketaatan terhadapNya dan amat bersungguh-sungguh menjauhi laranganNya. Meskipun untuk itu diri mereka menderita. Berbahagialah untukmu, wanita yang memilih jalanan taqwa.





Kamon, ayuh berjihad!

No comments:

the history

Followers