Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Ok, this is just for fun. Memang belog aku ni sudah semakin kurang nilai-nilai pengajarannya, unsur nasihatnya malahan membuang masa sahaja orang yang menaip dan membaca. Ya, kau dan aku sama sahaja. Apa yang kau mahu dengan membaca laman sesawang ini aku sendiri pun tidak tahu. Tapi aku tetap berterima kasih kerana tanpa kau, aku tidak akan terus menaip. Ya, kadang-kadang beginilah kita saling berinteraksi walaupun sekadar interaksi sehala. Sekadar menguatkan lagi fakta bahawa perempuan sememangnya merupakan makhluk yang dijadikan Tuhan dengan sifat ekpresif yang tinggi. Seperti akulah.
Entah apa angin malam Jumaat begini ayat aku lain macam sikit. Sekali-sekala bertukar mode. Selalu kerja aku asyik menjahanamkan bahasa. Hari-hari merojakkan bahasa Kebangsaan. Hari ini aku akan berbahasa Melayu sepenuhnya. Oh, kecuali ayat pertama selepas bagi salam tadi ya. (Kau mesti baca kembali kan?) ^_^. Maklumlah hari Khamis aku akan ke kelas Policy in Education. Maka bila balik kelas, perasaan dan kepala otak akan dipenuhi dengan anasir-anasir politik dan patriotik dan adalah sedikit-sebanyak perasaan cinta akan tanah air yelah sebab kita belajar pasal perlembagaan, pasal sistem pendidikan di Malaysia, pasal isu semasa. Kalau dah 'semasa' tu apa lagi kalau bukan PRU? Setuju sajalah. Lagipun hari Khamis sahaja aku begini.
Maka disebabkan itu, agak susah untuk aku bantu orang lain nak memahami teks bahasa Melayu mereka bukan sebab aku tak nak atau malas tapi memang sangat-sangat dikekang oleh masa. Boleh bayangkan bila hari isnin kepala otak aku akan penuh dengan subjek research proposal dan tajuk yang aku pilih adalah tentang Women Leadership (lebih kurang begitulah). Dan hari selasa pulak mulalah bersiap untuk mengadap segala Theories of Learning dan ditambah lagi dengan segala instrumen yang diselang-selikan dengan cerita lama. Almaklumlah yang mengajarnya pun 'orang lama'. Dan hari Rabu ialah hari untuk berlakon seolah-olah jadi cikgu gitu. Masuk kelas belajar bagaimana nak tarik perhatian pelajar, macam mana nak buat kelas jadi hidup dan seronok, belum masuk sesi pembentangan lagi...
Itulah pasal, bila dah malam Jumaat atau sebenarnya memang dah hari Jumaat pun, perasaan di hati rasa lega (sekejap) sebab boleh lepak dekat kedai mamak lepas kelas dengan kawan-kawan minum teh tarik makan tosai dan tak perlu risau besok nak hantar apa dekat pensyarah eh? Yaa, lebih mengujakan ialah tunggu Sabtu dan Ahad. Sabtu sebab nak dating dengan Lee Byung-Hun dan Ahad, eh eh adalah, mana boleh bagitahu.
Dan disebabkan malam ni dah boleh bernafas sedikit, maka peluang melayari internet dengan agak lama membuatkan aku jadi sangat teruja back-to-back tengok blind audition The Voice dekat Youtube. Terasa macam meroyan bila hujung minggu ni tak balik sebab rindu dekat AXN dan lagi-lagi bila The Voice season 4 ada juri baru iaitu Shakira and Usher. Macam tak percaya je bila aku mengaku benda ni. Ya, saya peminat setia rancangan tak berfaedah itu. Haish, tak sangka boleh jadi sebegini. Dan Common Law jugak. Kalau tak faham apa yang aku cakap ni tanyalah Encik Gugel. Dia tu tahu je segala benda. Sekian.
Saja nak kongsi. Ini blind audition The Voice Season 4 yang paling banyak aku ulang dekat youtube. Sebab lagu ni antara lagu Shakira yang aku suka selain Objection, Dancando, Eyes Like Yours walaupun semua lagu tu langsung tidak menenangkan jiwa. Alah, setakat dengar je nak buat erobik. Apapun Shakira sangat comel. Stop dekat 1.14. Melting okeh ^_^
Dan selain Komander Mc Garret, aku crush dengan mereka juga (ni cerita yang kat bawah ni). Tak apalah episod akhir tak dapat tengok, ulangan kan ada... (pujukdirisendiri)
Ok, mood malam ni gedik. Bye!
4 comments:
sama la melayan dua tuh...hehehehe...
xpe...tulis je...ada je yg akan baca nnt
Really? Haha, yeay ada geng!!!
aku pun suka jugak tengok the voice tu tapi rumah takde astro, selalu tengok dekat rumah orang je lah. huhu
Haha, membuang masa.. Keje lagha mcm ni memang aku suka buat weh.. :P
Post a Comment