BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT
Alhamdulillah, first of all syukur ke hadrat Ilahi kerana walaupun dah 10 hari tak tengok blog, but I managed to do it today. Since my previous post kalau you all perasan I'm not that well actually. Seminggu Encik Demam attack, rasa macam hilang sekejap jasad daripada muka bumi. Bukan dia je, Encik Batuk, Encik Selsema pun mengada nak join sekali. Ok laaa, bukan attack, saja nak gurau-gurau dengan I kot. Padahal baru dua minggu tak balik rumah, saja nak datangkan symptom homesick barangkali. Rindu I tak? Rindu tak? Rindu tak? Rindu tak? Oh gedik sangat. Happy Earth Day semua. Disebabkan sayang bumi, sebab itulah I decide dah tak nak blogging dah. Jadi this is going to be my very last post. Bye semua! Gonna miss yah!
Hahaha, itu memang statement yang macam sengal. I'm not that very penyayang towards bumi so jangan haraplah nak I berhenti blogging. Yelah, sekarang semua orang dah tak share dalam blog dah. Semua create group je dekat whatsapp, wechat, keek, skype and twitter even tu dah a bit lama kan. Yelah, handphone aku murah je, mana ada application-application canggih tu bagai. Ini pun dah syukur sangat pasal seumur hidup tak pernah beli handphone sendiri. Semua sponsored by daddy. Kau ada ke? Dah. Lepas ni jangan tanya aku ada menatang-menatang tu ke tidak. Kalau ada, dah lama aku tanya dulu. Haish, meluat!
Ni nak cakap apa sebenarnya ni? Kalau awal-awal hari tu asyik cerita pasal study dan stress, baiklah, sekarang tambah satu lagi, study, working and stress. Kau gila ke. Orang yang belajar full-time pun bersengkang mata nak siapkan assignment inikan pulak aku yang bekerja and belajar full-time nak siapkan assignement. Baiklah, admit it I'm not the kind of student yang really perform in academics tapi masih gatal jugak nak take a risk buat part-time. Jadi sebelum apa-apa berlaku like gagal ke sangkut ke apa in this very scary master study, silakan kawan-kawan yang BFF untuk nasihatkan aku ni supaya ubah tabiat especially tabiat suka buat kerja last minutes. Kang bajet tough sangat sekali semua pun tak mampu nak perform. Reason nak buat part-time? Tu, gugel www.tanyalahochasendiri.com.
Baiklah baiklah. I know its getting complicated. Lepas ni siaplah kena ambush dengan pasukan BFF segala. (kalau diorang nak ambush laaa). Tapi mengikut firasat patik, melihat situasi yang macam tak berapa nak free je masing-masing dengan kerja dan assignment menggunung macam sekarang ni, so the chances untuk stay underground itu ada. At this point, benda yang paling aku bersyukur sekali ialah aku tak ada someone yang bernama Encik Boyfriend. Aku bersyukur sebab tumpuan aku 100 percent on mak ayah yang sangat faham my very tough situation. Tak payah sibuk nak fikir dating on weekend or texting tak balas or call tak angkat when I actually super busy 24/7 baiklah baiklah dah hiperbola sangat tu. Back to work! Teacher nak sambung buat assignment ni...
p/s: hari tu pergi library Raja Tun Uda dekat Shah Alam yang memang baik punya spot kalau nak buat assignment ke nak tenangkan fikiran ke or whatsoever kan, lepas tu kononnyalah pinjam few motivation books disamping nak release tension sikit (kononnyalah)...
seriously, dah seminggu dah. kulit pun tak sempat nak baca habis lagi.
Tudiaaa, status baru saya.
Student and teacher at the same time.
Don't mess with me.
I'm trying to do some investment here.
Bye!
4 comments:
Good Luck to my dearesttt puakers group.. :-)
* cuba teka siapa saya??hahhahaa
haha, sayang ko. tenkiu weh...^_^
wahhh tahniah!!!
suka3
tahniah? err... ok, thank u darling ~ suka2 pun nangis jugak kadang2..hee. apapun, doakan aku weh ^_^
Post a Comment