Thursday, May 30, 2013

bEdTiMe StOrY - bLaCk FoReSt ChEeSe CaKe



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Hari ni emosi macam tak berapa nak baik sangat. Jadi after balik keje I godek-godek folder dalam thumbdrive and baca tulisan 'angan-angan' sendiri. Walaupun macam entah apa-apa, like ada aku kisah pulak kan. And this is just a part of it. Adalah dalam bab yang ketiga kot. Yang full chapter so far dah sampai 33 camtu la lebih kurang. Jauh lagi perjalanan sebenarnya. Tengah boring sangat. Nak tido pun tak boleh pasal hidung tersumbat aaah annoying sungguh. So, itu saja. Bye!




"UNTITLED"




Lengan bajunya disinsing hingga ke siku. Lalu dia mencapai tepung, mentega, telur dan beberapa bahan lain untuk memulakan kerja. Kaira, gadis berusia lingkungan 20 tahun yang juga merupakan pekerjanya di kedai itu memandang pelik.


“Amboi Kak Hanis, kabut semacam je. Kenapa ni?” Gadis itu menegur.


Dia mengerut dahi memandang majikannya itu, namun tangannya tetap juga ligat meneruskan kerja menyusun biskut-biskut ke dalam balang kecil untuk dipamerkan di hadapan kedai. Hanis yang mesra dipanggil Kak Hanis itu terkebil-kebil memandangnya.


“Hmm, lupa Kak Hanis nak tanya. Kek apa yang ada dekat depan tu Kaira?” Hanis merujuk kepada rak kaca yang menempatkan deretan kek yang dijual dikedainya. Soalan gadis itu tidak pula dijawab.


“Kek kat depan?” giliran Kaira pula terkebil-kebil. Dia tergesa-gesa berlari keluar dari dapur itu mendapatkan kek yang dipamerkan di dalam sebuah rak kaca berhawa dingin berhampiran kaunter di ruang utama kedai.


Hanis menuruti langkah gadis itu keluar dari dapur. Dia membongkok di sebelah Kaira memerhatikan satu demi satu nama kek yang dipamerkan.


“Black forest cheese ada tak?” Hanis seakan bertanya kepada gadis itu. Namun gayanya yang kusyuk memerhatikan rak empat tingkat itu menampakkan dia seolah-olah bercakap sendirian.


“Tu. Ada lebih kurang 2,3 slice je lagi.” jari Kaira menunjukkan kek yang diletakkan pada tingkat kedua sebelah kiri sekali.


Hanis menghela nafas. Kedengaran agak berat dan dalam. Dari posisi agak membongkok tadi, dia bangun meluruskan pinggang. Kaira tercengang-cengang memerhatikan tingkah laku majikan yang dianggap seperti kakak sendiri itu. Black forest cheese? Urgent sangat ke sampai Kak Hanis gelisah macam ni?


“Kak Hanis nak kek tu sebiji?” soal Kaira apabila melihat gadis itu diam seakan berfikir dengan agak lama.


Hanis sekadar mengangguk perlahan. Sempat dia melarikan pandangan di sekitar kedai. Petang-petang begini memang tidak ramai pelanggan. Cuma terdapat dua orang lelaki di suatu sudut kedai sedang menikmati minuman petang dengan empat ketul brownies coklat bersaiz sederhana. Masing-masing berpakaian formal. Mungkin melibatkan urusan kerja agaknya. Entah. Dia malas mahu peduli.


Kaira pula bertaut pandangan dengan teman sekerjanya, Susan yang sedang mengemaskan meja pelanggan yang baru sahaja keluar sebentar tadi. Gadis sebayanya itu memberikan isyarat mata kepadanya merujuk kepada Hanis. Kaira mengangkat bahu. Bunyi loceng pintu yang kedengaran, menandakan ada pelanggan masuk ke kedai mereka itu, membuatkan Kaira dan Susan menoleh hampir serentak. Hanis yang masih diam berfikir turut menoleh ke arah pintu masuk.


“Auntie Hanis...” Seorang kanak-kanak perempuan berumur lingkungan enam tahun berlari-lari anak mendapatkannya.


Adrianna yang muncul dari belakang sekadar memberi isyarat untuk pulang sebaik sahaja memastikan anak kecil itu selamat bersama Hanis.


Hanis mengangguk seraya mencapai tangan kanak-kanak perempuan itu.


“Lily tak nak ikut Auntie Anna?” gadis itu bertanya kepada Lily yang sedang meletakkan beg sandang bewarna ungu lembut bergambar kartun kesukaannya, Tangled, di salah sebuah meja di dalam kedai itu.


“Auntie Anna nak pergi airport kan?” gadis kecil itu bertanya kembali sambil mencapai tangan Hanis.


Hanis tersenyum lalu mengangguk.


“Tak naklah. Lily nak buat cuppies.” Lily menggoyang-goyangkan tangan Hanis membuatkan gadis itu tertawa perlahan.


“Ok, Lily nak buat cuppies apa?” soal Hanis lagi.


Lily kelihatan berfikir sejenak. Hanis juga mengelamun seketika. Cuppies? Kek?


“Alamak, Anna!” Hanis seraya berlari mendapatkan pintu masuk kedai cuba mencari kelibat Adrianna di luar.


“Aaahh...” Gadis itu mengeluh berat melihat Altis milik kawan baiknya itu baru sahaja meluncur keluar dari simpang jalan utama.


Telefon bimbitnya dikeluarkan lalu mendail nombor gadis itu.


“Yup.” Adrianna menjawab dihujung talian.


“Aku lupa nak cakap tadi, black forest cheese yang kau pesan tu tak ada.” ujar Hanis sambil menapak kembali masuk ke dalam kedai.


“Tak ada? Buatlah.” selamba Adrianna menjawab. Gadis itu terkekek-kekek ketawa mengusik.


“Kalau boleh buat, tak adanya aku telefon kau ni. Now your option. Nak tukar dengan kek lain atau nak aku beli je?” soal gadis itu lalu mengambil tempat di hadapan Lily. Kanak-kanak itu mengeluarkan sebuah buku dan pensel warna lalu melakar sesuatu di atasnya.


“Hmmm...” Adrianna berjeda agak lama.


“Itulah, lain kali tempah awal-awal. Ini tidak. Birthday hari ni, hari ni kau cakap.” Hanis terus mengomel. Jarinya turut mencapai beberapa batang pensel warna Lily dan turut sama mewarna bersama gadis kecil itu.


“Sorry lah beb. Kes banyak minggu ni.” ujar Adrianna lagi.


“Banyak pun takkan sampai lupa birthday abang sendiri?” Hanis ketawa perlahan.


Adrianna turut ketawa memikirkan bagaimana kalam-kabut dia seharian ini. Ibunya menelifon mengingatkan dia membuat tempahan kek dan restoran. Balqish pula menggesanya untuk ke lapangan terbang bersama kerana keretanya masih diservis. Dalam perjalanannya menjemput Lily di sekolah tadi, ketika itulah dia baru meminta Hanis menyediakan kek tersebut.


“Ok kalau macam tu kau beli jelah. Nanti aku bayar. Aku rasa Mahfuz tak kisah makan kek apa pun. Yang beriya nak black forest cheese tu ibu aku sebenarnya.” ujar Adrianna lalu ketawa lagi.


Mendengar kata-kata gadis itu, Hanis ketawa kuat. Lily memandang pelik ke arahnya. Siap mengerutkan kening lagi.


“Sabar jelah. So pukul 8 dekat Pearl Restaurant?” gadis itu bertanya sekadar untuk memastikan.


“Yup. Ok beb, polis kat depan. Aku tak pakai hands free ni. Bye.” Adrianna menggelabah mematikan taliannya.


Hanis sekadar tersenyum lalu kembali menumpukan perhatiannya kepada Lily yang leka menyudahkan kerja-kerja mewarnanya tadi.


“Lily, apa kata kalau hari ni kita tak payah buat kek. Auntie Hanis bawak Lily jalan-jalan nak?” soal Hanis tersenyum-senyum memandang anak kecil itu.


“Nak!” ringkas dan lantang sekali bibir mungil itu menjawab.


Hanis tersenyum girang lantas memimpin tangan Lily dan mencapai beg tangannya di dapur sebelum melangkah keluar.




* Sekian, sebarang cadangan amatlah dialu-alukan walaupun aku rasa korang mesti tak faham apatah lagi nak bagi cadangan kan kan kan. Whatever. Yang penting aku tak ada kena mengena dengan cerita ini. Ok bye! - Now dah mengidam nak makan black forest cheese cake. Delivery service apa nombor dia weh?





2 comments:

Sayidah Nafisah Ruslan said...

masa mula2 tu pening sebab banyak sangat watak. dah lama2 baru faham. ingatkan adrianna tu yang budak kecik tu. hahaa

Unknown said...

hik3, boring teramat.. maap laa.. benda merepek je aku letak weh..

the history

Followers