BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT
Hari ni emosi macam tak berapa nak baik sangat. Jadi after balik keje I godek-godek folder dalam thumbdrive and baca tulisan 'angan-angan' sendiri. Walaupun macam entah apa-apa, like ada aku kisah pulak kan. And this is just a part of it. Adalah dalam bab yang ketiga kot. Yang full chapter so far dah sampai 33 camtu la lebih kurang. Jauh lagi perjalanan sebenarnya. Tengah boring sangat. Nak tido pun tak boleh pasal hidung tersumbat aaah annoying sungguh. So, itu saja. Bye!
"UNTITLED"
Lengan bajunya disinsing hingga ke siku. Lalu
dia mencapai tepung, mentega, telur dan beberapa bahan lain untuk memulakan
kerja. Kaira, gadis berusia lingkungan 20 tahun yang juga merupakan pekerjanya
di kedai itu memandang pelik.
“Amboi
Kak Hanis, kabut semacam je. Kenapa ni?” Gadis itu menegur.
Dia
mengerut dahi memandang majikannya itu, namun tangannya tetap juga ligat
meneruskan kerja menyusun biskut-biskut ke dalam balang kecil untuk dipamerkan
di hadapan kedai. Hanis yang mesra dipanggil Kak Hanis itu terkebil-kebil
memandangnya.
“Hmm,
lupa Kak Hanis nak tanya. Kek apa yang ada dekat depan tu Kaira?” Hanis merujuk
kepada rak kaca yang menempatkan deretan kek yang dijual dikedainya. Soalan
gadis itu tidak pula dijawab.
“Kek
kat depan?” giliran Kaira pula terkebil-kebil. Dia tergesa-gesa berlari keluar
dari dapur itu mendapatkan kek yang dipamerkan di dalam sebuah rak kaca berhawa
dingin berhampiran kaunter di ruang utama kedai.
Hanis
menuruti langkah gadis itu keluar dari dapur. Dia membongkok di sebelah Kaira
memerhatikan satu demi satu nama kek yang dipamerkan.
“Black
forest cheese ada tak?” Hanis seakan bertanya kepada gadis itu. Namun gayanya
yang kusyuk memerhatikan rak empat tingkat itu menampakkan dia seolah-olah
bercakap sendirian.
“Tu.
Ada lebih kurang 2,3 slice je lagi.” jari Kaira menunjukkan kek yang diletakkan
pada tingkat kedua sebelah kiri sekali.
Hanis
menghela nafas. Kedengaran agak berat dan dalam. Dari posisi agak membongkok
tadi, dia bangun meluruskan pinggang. Kaira tercengang-cengang memerhatikan
tingkah laku majikan yang dianggap seperti kakak sendiri itu. Black forest
cheese? Urgent sangat ke sampai Kak Hanis gelisah macam ni?
“Kak
Hanis nak kek tu sebiji?” soal Kaira apabila melihat gadis itu diam seakan
berfikir dengan agak lama.
Hanis sekadar mengangguk perlahan. Sempat dia melarikan pandangan di sekitar kedai. Petang-petang begini memang tidak ramai pelanggan. Cuma terdapat dua orang lelaki di suatu sudut kedai sedang menikmati minuman petang dengan empat ketul brownies coklat bersaiz sederhana. Masing-masing berpakaian formal. Mungkin melibatkan urusan kerja agaknya. Entah. Dia malas mahu peduli.
Kaira
pula bertaut pandangan dengan teman sekerjanya, Susan yang sedang mengemaskan
meja pelanggan yang baru sahaja keluar sebentar tadi. Gadis sebayanya itu memberikan
isyarat mata kepadanya merujuk kepada Hanis. Kaira mengangkat bahu. Bunyi
loceng pintu yang kedengaran, menandakan ada pelanggan masuk ke kedai mereka
itu, membuatkan Kaira dan Susan menoleh hampir serentak. Hanis yang masih diam berfikir
turut menoleh ke arah pintu masuk.
“Auntie
Hanis...” Seorang kanak-kanak perempuan berumur lingkungan enam tahun
berlari-lari anak mendapatkannya.
Adrianna
yang muncul dari belakang sekadar memberi isyarat untuk pulang sebaik sahaja
memastikan anak kecil itu selamat bersama Hanis.
Hanis
mengangguk seraya mencapai tangan kanak-kanak perempuan itu.
“Lily
tak nak ikut Auntie Anna?” gadis itu bertanya kepada Lily yang sedang
meletakkan beg sandang bewarna ungu lembut bergambar kartun kesukaannya, Tangled, di salah sebuah meja di dalam kedai itu.
“Auntie
Anna nak pergi airport kan?” gadis kecil itu bertanya kembali sambil mencapai
tangan Hanis.
Hanis tersenyum lalu mengangguk.
“Tak
naklah. Lily nak buat cuppies.” Lily menggoyang-goyangkan tangan Hanis
membuatkan gadis itu tertawa perlahan.
“Ok,
Lily nak buat cuppies apa?” soal Hanis lagi.
Lily
kelihatan berfikir sejenak. Hanis juga mengelamun seketika. Cuppies? Kek?
“Alamak,
Anna!” Hanis seraya berlari mendapatkan pintu masuk kedai cuba mencari kelibat
Adrianna di luar.
“Aaahh...”
Gadis itu mengeluh berat melihat Altis milik kawan baiknya itu baru sahaja
meluncur keluar dari simpang jalan utama.
Telefon
bimbitnya dikeluarkan lalu mendail nombor gadis itu.
“Yup.”
Adrianna menjawab dihujung talian.
“Aku
lupa nak cakap tadi, black forest cheese yang kau pesan tu tak ada.” ujar Hanis
sambil menapak kembali masuk ke dalam kedai.
“Tak
ada? Buatlah.” selamba Adrianna menjawab. Gadis itu terkekek-kekek ketawa
mengusik.
“Kalau
boleh buat, tak adanya aku telefon kau ni. Now your option. Nak tukar dengan
kek lain atau nak aku beli je?” soal gadis itu lalu mengambil tempat di hadapan
Lily. Kanak-kanak itu mengeluarkan sebuah buku dan pensel warna lalu melakar
sesuatu di atasnya.
“Hmmm...” Adrianna berjeda agak lama.
“Itulah,
lain kali tempah awal-awal. Ini tidak. Birthday hari ni, hari ni kau cakap.” Hanis
terus mengomel. Jarinya turut mencapai beberapa batang pensel warna Lily dan
turut sama mewarna bersama gadis kecil itu.
“Sorry
lah beb. Kes banyak minggu ni.” ujar Adrianna lagi.
“Banyak
pun takkan sampai lupa birthday abang sendiri?” Hanis ketawa perlahan.
Adrianna
turut ketawa memikirkan bagaimana kalam-kabut dia seharian ini. Ibunya
menelifon mengingatkan dia membuat tempahan kek dan restoran. Balqish pula
menggesanya untuk ke lapangan terbang bersama kerana keretanya masih diservis.
Dalam perjalanannya menjemput Lily di sekolah tadi, ketika itulah dia baru
meminta Hanis menyediakan kek tersebut.
“Ok
kalau macam tu kau beli jelah. Nanti aku bayar. Aku rasa Mahfuz tak kisah makan
kek apa pun. Yang beriya nak black forest cheese tu ibu aku sebenarnya.” ujar
Adrianna lalu ketawa lagi.
Mendengar
kata-kata gadis itu, Hanis ketawa kuat. Lily memandang pelik ke arahnya. Siap
mengerutkan kening lagi.
“Sabar
jelah. So pukul 8 dekat Pearl Restaurant?” gadis itu bertanya sekadar untuk
memastikan.
“Yup.
Ok beb, polis kat depan. Aku tak pakai hands free ni. Bye.” Adrianna
menggelabah mematikan taliannya.
Hanis
sekadar tersenyum lalu kembali menumpukan perhatiannya kepada Lily yang leka
menyudahkan kerja-kerja mewarnanya tadi.
“Lily,
apa kata kalau hari ni kita tak payah buat kek. Auntie Hanis bawak Lily
jalan-jalan nak?” soal Hanis tersenyum-senyum memandang anak kecil itu.
“Nak!”
ringkas dan lantang sekali bibir mungil itu menjawab.
Hanis
tersenyum girang lantas memimpin tangan Lily dan mencapai beg tangannya di
dapur sebelum melangkah keluar.
* Sekian, sebarang cadangan amatlah dialu-alukan walaupun aku rasa korang mesti tak faham apatah lagi nak bagi cadangan kan kan kan. Whatever. Yang penting aku tak ada kena mengena dengan cerita ini. Ok bye! - Now dah mengidam nak makan black forest cheese cake. Delivery service apa nombor dia weh?
2 comments:
masa mula2 tu pening sebab banyak sangat watak. dah lama2 baru faham. ingatkan adrianna tu yang budak kecik tu. hahaa
hik3, boring teramat.. maap laa.. benda merepek je aku letak weh..
Post a Comment