Thursday, September 12, 2013

BeR'rEuNiOn-ReUniOn' Ber'PiKniK-PiKniK


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Disebabkan kekecohan yang melanda di tebing barat, maka kawan-kawan aku yang belajar di Mesir itu pun pulang ke Malaysia. Ayat macam tiba-tiba kan? Haaa, dengan kesempatan yang ada, kami pun bersepakat menjalinkan ukhuwah yang telah sekian lama terjalin bak kata orang tu yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita rapatkan, yang rapat jangan rapat sangat kang batal air sembahyang...






Apa-apa hal pun kau kena tengok bonet kereta dulu. Lepas tu kena cakap terima kasih dekat dua orang. Yang pertama mummy I sebab dia yang tolong prepare segala menu tersebut. Menu apa tak payah cakaplah. Kang bukan u ols je, dengan ai-ols-ai-ols sekali meleleh air liur. Dan yang kedua kena cakap terima kasih dekat penaja utama iaitu Encik Mesir yang sponsor segala menu tersebut. Nama beliau kita rahsiakanlah eh...




So yang bawah ini menu utamanya. We ols maen bakar-bakar tau hari tu. Sambil nyanyi lagu anak-kecil-main-api-lalalala. Entah dah mengarut tiba-tiba. Sila tengok gambar lepas tu telan air liur.








Aku tak bertanggungjawab terhadap pemilik kaki tersebut. Tukang bakarnye pun biarlah rahsia. Macam mengada sangat kan dari atas sampai bawah semua nak rahsia. Yang penting ayam tu sodap.






Oh mereka rupanya si tukang bakar. Gedik nak ''cheese'' bagai.






Yang ni jiran tukang bakar tadi. In charge satay. 
Tapi tak padan dengan dapur kecik assistants kemain ramai.






Jiran yang lain pulak tak sedar diri berlagak macam pwincess tunggu ayam terbang masuk dalam mulut haaa kemain kau selamba tak turun padang kipas bara api.






Ok lah. Aku tak nak cerita banyak. Sebab nanti dah la gambar banyak potpet pun nak banyak-banyak kang orang ingat ni belog ke thesis? Jadi selesai main bakar-bakar tadi, kami adakan bacaan tahlil ringkas untuk allahyarhamah ustazah kami iaitu Ustazah Khairah. Al- Fatihah untuk beliau.






Habis tahlil, dengan ini dipersilakan kanak-kanak riang terjun ke dalam air.






Kanak-kanak riang yang tak bawak baju extra boleh berdiri buat gaya terencat dekat tebing sahaja.






Kanak-kanak maskulin aku tak tahu nak cakap apalah.






Habis berendam, merangkak masing-masing cari makan.
Macam harimau tak makan setahun bayangkanlah.
Bayangkan sekarang!






Sedang bermuhasabah diri. Tak tahu tang mana yang termuhasabah dengan gaya tangan begitu. Dah macam songsang pulak aku rasa.








Anyway, ini gambar keluarga kecil aku yang tercinta. Minus si tukang ambil gambar ini. Sekejap, aku tunjukkan gambar yang diset dengan self-timer.






Urgh, habit posing macam zaman sekolah masih terbawa-bawa. Apapun, thanks u-ols sebab sudi turun padang ber'reunion' dan berpiknik bersama i ols. Aku terpaksa control untuk tidak terlebih gedik dalam entry ini kang jumpa they ols lagi habis telinga i rabak kena tahan perli. Nak speaking pon tak boley. Entry ni je pun. Entry lain aku redah jugak kau tengoklah nanti.




Sekian, kita tutup majlis dengan kelik tanda pangkah sebelah kanan atas tu. Wassalam. Bye!


2 comments:

Anonymous said...

penat aku golak weh.

Unknown said...

sapo yg golak?

the history

Followers